Inilah hasil borongan saya, ini tak termasuk buku komik anak-anak dari keluaran GempakstarzNaufal yang suruh letak gambar iniDengan Kak Aina Emir yang ceria Ini dengan Norhayati BerahimBergambar dengan pengantin dengan naufal yang terselit tak nampak sebab tak cukup tinggiPasangan Pengantin Syahila and FaizSemalam adalah hari yang paling memenatkan bagi saya dimulai dengan bangun seawal pagi dan perlu menghabiskan uniform sekolah anak-anak yang sebanyak 15 pasang untuk digosok, itu belum termasuk baju kerja saya lagi tu.Pukul 12 pula saya perlu menghadiri pula jemputan majlis perkahwinan anak lelaki kawan saya Datin Rohani Saat.Pengantin perempuannya pula ialah officemate saya Syahila.
Sepatutnya saya ada buat entry dibelah Syahila di Sabak Bernam yang saya telah hadiri juga tapi kan sepanjang minggu lepas internet problem so mood pun dah hilang nak buat entry mengenainya.Majlis Perkahwinan anak Datin Rohani Saat diadakan Di dewan INFRA di Bangi. Saya telah mengangkut semua anak-anak saya pergi ke Majlis itu he he.Itu juga adalah permintaan Datin Rohani sebenarnya supaya membawa anak-anak saya dimajlis pihaknya itu.Makanan yang disajikan enak-enak belaka dan pasangan pengantinnya berseri sekali.Tahniah Syahila and Faiz.Tahniah juga Dato Yussof dan Datin Rohani dapat menantu lagi.Bertuah Faiz mendapat Syahila sebagai isteri dan Datin Rohani mendapat Syahila sebagai menantu kerana saya kenal benar keperibadian Syahila ini.Kecuali mulutnya yang macam burung itu(he he syahila jangan mare aaa)
Dari menghadiri majlis perkahwinan kami meneruskan perjalanan ke PWTC untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sesampainya disana sebenarnya agak susah nak cari parking,biasanya setiap tahun saya dan hubby akan mengambil cuti khas untuk pergi ke pesta buku ini.Tapi tahun ini hubby cakap pergi je weekends tak payah ambil cuti.Kesudahannya kena parking jauh le sikit,lemah juga lah lutut ini nak berjalan tapi mengenangkan semangat berkobar nak memborong buku-buku novel kugagahi jua.Saya dah bersedia dari rumah suruh askar-askar kerahan saya (anak bujang yang berdua tu) untuk membawa beg sandang supaya senang nak angkut buku-buku yang telah dibeli nanti.
Sebenarnya saya dan yang sulung Naqiuddin sahaja yang telah menjelajah keseluruhan booth untuk mencari buku-buku yang hendak dibeli.Hubby,Nabil and Naufal tunggu kat satu tempat sambil makan dan minum. Hubby malas nak ikut ronda-ronda sebab malas nak layan kerenah Naufal.Tapi oklah tu janji dia nak hantar dan tunggu.
Setiap kali saya dah beli buku dan tak larat nak bawa,Naqiuddin akan hantar dulu kat tempat hubby menunggu,lepas letak barang kami round lagi.Macam tulah 2 hingga 3 kali.
Saya telah beli banyak novel dan dapat tandatanga Norzailina Nordin,Lynn Dyana,Aina Emir,Mimie Afinie,Syud(Jemari seni) and Norhayati Ibrahim.Saya juga sempat ambil gambar dengan Aina Emir and Norhayati Ibrahim.Saya terkilan sebab tak ambil gambar dengan Mimie Afinie sebab saya adalah peminatnya semua koleksi novelnya saya ada,tapi masa itu di booth KarnaDya agak havoc membuatkan saya terlupa kesudahannya.Kak Aina memang peramah siap promo suruh tengok Drama yang akan dibuat dari Adaptasi novelnya iaitu "Engkau Laksana Bulan " yang akan ditayangkan pada bulan Mei nanti. Bila saya tanya siapa pelakonnya dia kata heroinnya Ayu Raudhah and bila ditanya siapa heronya dia tak ingat dia kata namanya Zul tapi Zul apa dia tak pasti (pelakon-pelakon baru ni bukannya dia kenal sangat katanya)he he.
Kak Aina memang very energetic and sangat jovial orangnya.Saya juga sebenarnya dah janji nak jumpa dengan kak Noor Suraya semalam di booth Jemari Seni.Tetapi akhirnya tak kesampaian kerana Ayah Kak Su telah kembali ke rahmatullah pagi semalam dan sudah pastinya Kak Su takkan ada disitukan.Salam takziah untuk kak Su and semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Kak Su ada SMS semalam.
Kami pulang dari Pesta Buku pada pukul 5.30 petang setelah 2 jam setengah kami berada disitu.Dari Pesta buku kami singgah pula kerumah nenek diGombak untuk menziarah nenek,mak yang juga ada disitu dan Mak teh yang dah keluar dari Hospital. Kami pulang ke Putrajaya selepas maghrib dengan letihnya setelah sehari suntuk berjalan.Tapi hati teramatlah puasnya sebab pulang dengan Novel yang banyak he he.Stock untuk setahun tu(kononya lah).Hubby kata memandangkan hari ini dah jalan sakan keesokannya tak boleh pergi mana-mana duduk rumah je.Yee ke Encik Yazid boleh percaya ke besok kan masih ada lagi Pesta Ballon Panas tu kat Putrajaya.Hmmm kita tengok je lah nanti ya:-)
wah terliuqnya tgk novels semua tuuuu ......
ReplyDeletealaa Noi boleh je pinjam mak usu nanti,takut Qaireen je tak bagi baca,jealous ibunya asyik baca novel
ReplyDeleteSalam. Hi, Suzana... thank you, semoga kita terus kekalkan persahabatan.
ReplyDeleteKak Aina
syoknye buku2 tu~~ huhu~~
ReplyDeleteyg sedia ade kat umah pun tak abis bace..agak2 bleh request utk pinjam yg baru tak?? hehehe