Wednesday, 3 March 2010

Boss Wanita ?



Semalam tengok kartun yang dihasilkan oleh Juragan dalam harian Metro ini tersenyum pula melihatnya.Sejak akhir-akhir ni sibuk pasal kakitangan Awam lebih ramai terdiri dari kakitangan wanita daripada kakitangan lelaki.Masalah ini sebenarnya ditimbulkan oleh Cuepacs yang menunjukkan kebimbangannya dengan trend masa kini semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contoh yang ketara menurut Cuepacs hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik diisi oleh wanita.Sebenarnya kalau dari kami yang berpangkat kecik ni pun ramai yang terdiri dari kalangan perempuan dari kaum lelaki. Dikalangan yang berpangkat tinggi pula apatah lagi kan.

Di Unit tempat saya bekerja sahaja semuanya ada 29 orang,hanya ada 3 orang lelaki selebihnya semua perempuan.Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah di unit saya juga adalah perempuan.Malahan jika ada perhimpunan bulanan setiap bulan, di Auditorium yang boleh memuatkan 500 orang,memang ketara sangat dewan itu akan dimonopoli oleh kaum perempuan hanya suku sahaja tempat duduk dipenuhi oleh kaum lelaki.Tapi buat masa ini dibarisan hadapan yang disediakan untuk pegawai-pegawai tertinggi masih dipenuhi oleh kaum lelaki lah.Tetapi tak mustahil di masa akan datang jika masalah yang dibimbangi oleh Cuepacs ini masih berlaku kerusi-kerusi itu akan dipenuhi oleh kaum Wanita juga.So far tak pernah ada lagi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dilantik dikalangan kaum wanita.Who know one day maybe akan ada juga. Sebenarnya masalah ini adalah global bukan di Malaysia je berlaku malahan diseluruh dunia.Apa-apa pun sebenarnya kedua-duanya(lelaki/perempuan)mempunyai kekuatan dan kelemahan yang melengkapi antara satu sama lain.kan kan kan.

Satu harapan saya disegi perkhidmatan kejururawatan harap-harapnya akan adalah lebih ramai kaum lelaki untuk menyertainya.Saya perasan masa arwah abah duduk Hospital dulu,memang ketara kaum lelaki(jururawat) di wad lelaki amat-amat sangat diperlukan. Sekarang pun saya selalu usha-usha anak-anak lelaki saya dengan bertanya "tak berminat ke bekerja sebagai jururawat lelaki ".(kalau lelaki panggil apa ya jururawat juga ke?).Melalut jauh pula saya ni.Sebenarnya dalam Islam pun ada menyatakan satu hari nanti kaum wanita akan lebih dari kaum lelaki so apalagi terima je lah kenyataan nya.



2 comments:

  1. kak jana, adik sy male nurse kat hosp temerloh..tp disbb kan die lelaki sorang dalam wad tu..asyik kene 'buli' dengan nurse pompuan..huuh

    ReplyDelete
  2. salam munies,
    sudi singgah blog kak jana,tentang nurse lelaki kena buli tu memang perasan pun juga masa abah kak jana kena warded kat hospital putrajaya.Tapi rasanya lama-lama oklah bila dah sama banyak nanti.

    ReplyDelete