Sunday 28 March 2010

Me and Kereta Bomba



Ini gambar Fireman Sam (abah saya fireman Sim(sebab namanya Kasim)

Bila saya tengok kereta Bomba mesti saya teringat satu kisah yang pernah terjadi dalam kehidupan saya masa kecil dulu.Masa saya kecil saya membesar didalam kawasan barrack bomba almaklumlah bapa saya bekerja sebagai seorang anggota bomba. Ya Allah sebenarnya saya dilahirkan juga dibarrack bomba,didalam sijil kelahiran saya dituliskan tempat lahir saya ialah dibarrack bomba Kelang Selangor. Maka saya ini memanglah tersangatlah pure anak Bomba lahir didalam kawasan barrack Bomba dan bukan di hospital.

Apa yang ingin saya ceritakan disini sebenarnya ialah masa saya bersekolah rendah dulu sekolah saya jauhnya adalah lebih kurang 11 kilometer dari rumah,agak jauhlah juga kerana kena melalui kawasan kampung ,ladang kelapa sawit dan kebun getah. Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang dichatered setiap bulan.Jika saya terlepas bas sekolah ini memang susahlah juga kerana bapa saya tidak mempunyai kenderaan ketika itu.Abah saya hanya mampu mempunyai kereta semasa saya berada di tingkatan satu.

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu kami sekeluarga terbangun lambat dan ini menyebabkan saya dan abang telah terlepas bas sekolah.Kalau diikutkan mak saya memang ponteng je lah jawapnya untuk ke sekolah pada hari itu.Tapi abah telah melarangnya dan tetap menyuruh kami pergi ke sekolah juga.Masalahnya macam mana cara kami nak pergi .Jawapannya jeng jeng ha ha hari itu kami pergi kesekolah dengan menaiki kereta Bomba.Kereta bomba diwajibkan untuk dipanas kan enjin hari-hari .Since kereta bomba itu dirunningkan enjinya dengan melalui kawasan persekolahan kami jadi abah kata boleh saja kami tumpang kereta bomba tersebut. Boleh tu memang boleh.Tapi bila sampai dikawasan sekolah kecohlah sekolah,habis cikgu dan murid-murid keluar terperanjatkan kereta bomba datang sekolah.Nak kata rasa bangga perasaan kami(me and my brother) masa tu,rasanya tidak kot malu adalah.Tersipu-sipu pula rasanya bila turun dari kereta bomba masa itu.Tapi tak pa lah apa-apa pun ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikatakan indah lah juga kan.Bukan senang saje-saje je nak naik kereta Bomba kan.

Sekarang ini anak-anak saya yang bertiga tu teruja tak tentu arah bila dengar bunyi kereta bomba lalu dikawasan rumah kami.Setiap kali itu jugalah saya akan menceritakan pengalaman saya yang pergi sekolah dengan menaikki kereta bomba. Actually ada banyak lagi cerita saya dengan bomba ini antaranya jatuh kedalam kolam air yang cuci hose air bomba tu.Tapi nantilah satu hari nanti jika saya ada masa saya akan ceritakan ya. Bukan apa sebenarnya bila cerita kisah Bomba ini automatic rasa rindu kat arwah abah akan terasa.Dah la ye.Alfatihah untuk Abah (fireman SIM)

No comments:

Post a Comment