Wednesday, 10 March 2010

Mak Teh Dearest


Ateh And Achik

Ateh And Amirah (the youngest Daughter)

Semalam Mak Teh saya(adik mak)menjalani satu pembedahan perut yang sebelum ini banyak kali tertunda.Pembedahannya semalam mengambil masa selama 8 jam yang bermula dari pukul 11.00 pagi.Dengar khabar dari cousin saya dia sedar pada pukul 9.00 malam dan asyik mengerang kesakitan.Dan yang lebih saya sedih mendengarnya Maklang saya menyatakan Doktor telah mengesahkan Mak teh saya mengidap ketumbuhan dalam usus yang agak serius.Perasaan saya semasa diberitahu oleh cousin saya Ochu(anak maklang) mengenai sakit sebenar Mak Teh saya ialah saya terdiam serta merta.

Semalaman saya tak boleh tidur mengingatkan Mak Teh saya.Sebenarnya saya amat rapat dengan kesemua makcik-makcik saya terutama sekali makteh saya ini. Makteh saya ini lebih dirasakan seperti emak saya juga.Saya senang menceritakan apa sahaja masalah susah dan senang kepada mak teh saya ini.Kebetulan Mak Teh saya dijangka bersara pada 06.06.2010 (56 tahun).Dia bekerja di DBKL(Dewan Bandaraya Kuala lumpur).Sekarang ini pula saya yang sedang menguruskan fail persaraannya.Tak boleh nak dibayangkan semasa memproses kertas persaraannya dan melihat kenyataan perkhidmatannya saya boleh membayang kehidupannya dari mula dia bekerja di tahun 70an hinggalah sekarang. Sebenarnya kalau nak ceritakan saat-saat manis saya bersama Mak Teh saya memang tak habis sampai bila-bila.Anak-anak saya pun rapat dengan nek tehnya terutama sekali sikecil Naufal.Dia suka usik Nekteh dengan memanggilnya Air Teh.Mak Teh pula biasanya akan menjawab "Nanti Dia" bila diusik oleh Naufal.

Pagi tadi sewaktu selepas sembahyang subuh semasa mendoakan Makteh saya supaya cepat sembuh air mata ini meleleh tidak berhenti-henti memang sayu sungguh rasa hati.Even sekarang pun air mata ini bergenang hingga rakan-rakan dioffice bertanya mengapa.Saya hanya akan berkesempatan untuk melawatnya pada hari Sabtu ini.Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya bila pergi melihatnya nanti.Saya takut sebelum apa-apa saya dah menangis dulu. Saya mesti kuat untuk memberi sokongan kepadanya dan keluarganya. Semoga suaminya yang saya panggil "Achik" yang sangat penyayang orangnya(dia dan mak teh umpama Badan dan Nyawa) dan anak-anaknya Afizah dan Amirah agar tabah menghadapi dugaan ini.Sesungguhnya Allah tidak akan memberi seseorang itu dugaan melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehya.

No comments:

Post a Comment