Naufal sibuk ajak kami tengok cerita Jumbo Gajah Biru di panggung wayang,masalahnya kami dah lama meninggalkan zaman tengok wayang ni.Tapi bila Naufal asyik sebut-sebut je kesian lah pulak.Tengoklah weekend ni kalaulah cerita ini masih ada ditayangkan di GSC Alamanda mungkin kami akan mempertimbangkan juga permintaannya itu.Lagi satu nak cerita pasal Naufal ni dia kan seorang budak yang bijak bercakap(pada pandangan saya sebagai ibunya lah).Jumaat yang lepas masa ayahnya mandikan dia di waktu pagi mulutnya kecoh menanyakan ayahnya macamana abangnya Nabil nak pergi sembahyang Jumaat tengahari nanti sebab abangnya tak sihat sangat akibat demam.Masjid dengan rumah kami agak jauh juga lah untuk jalan kaki,kalau hari panas lagilah."Boleh tak ayah ambil abang tengahari hantar pergi sembahyang Jumaat" dia tanya dengan suara yang comel.
Ayahnya menjawab mana boleh sebab ayah kerja hari ini dan ayah kerja jauh.Antara Kampung Bharu dan Putrajaya.Adalah mustahil untuk ayah balik tengahari dan bawa abang Nabil pergi Sembahyang Jumaat.Naufal bertanya balik tak boleh kah ayah suruh teksi ambil abang Abil and Udin dan hantar pergi sembahyang Jumaat.Bila ayahnya jawab tak boleh juga Naufal telah memberi satu lagi cadangan yang membuatkan kami terdiam dan lepas tu ketawa.Nak tau apa yang dia kata "Cuba ayah telefon polis minta tolong hantar abang Abil dan Udin pergi sembahyang Jumaat di masjid,kan polis kena tolong orang.Nanti mesti Polis boleh tolong".Hmmm Naufal ni jauh sungguh pemikirannya.Sebenarnya kalau abang abil dia sihat boleh aje dia jalan kaki pergi sembahyang Jumaat,lagi pulak kalau jalan ramai-ramai dengan kawan tak lah terasa jauh sangat.Disebabkan dia demam je tu yang dia tak larat.Kesudahannya Naqiuddin pergi sembahyang Jumaat jalan Kaki macam biasa dan Nabil pula tak pergi sebab memang dia dah tak larat sebab demam.
Itulah Naufal kadang-kadang cara dia berfikir memang diluar dari jangkaan kami.Ada satu kali tu saya nak buka bungkusan gula-gula tapi sangat ketat setelah saya bersungguh-sungguh akhirnya bungkusan itu terbuka juga,nak tahu apa dia kata pada saya "I know you can do it" melopong mulut saya tanya macamana adik pandai cakap macam tu,Jawapannya Tinkerbell cakap macam tu.He he tak sia-sia lah asyik tengok dvd Tinkerbell berkali-kali,sampai dah rosak pun beli lagi DVD yang baru .
naufal oh naufal... somelnye la kamu~~
ReplyDelete