Ini air mineral yang kami beli masa International Book Fair RM.3.00 satu,kalau botol besar tak taulah.Cuba-bayangkan kalau buat mandi berapa ringgit agaknya diperlukan he he Pagi tadi kami dikejutkan dengan tiba-tiba tiada air dirumah,nasib baik my hubby and Nabil my second son sempat mandi dengan puasnya.Saya hampir-hampir tak sempatlah juga,dapat mandi tapi sekejap je.Si Sulong Naqiuddin kena mandi dari air yang kami simpan,bolehlah mandi dalam sepuluh gayong juga(tu lah susahlah lagi nak bangun bila orang kejut). Yang paling best Si bongsu Naufal, dia bila kita kejutkan bangun boleh cakap lagi tak payah sekolahlah air kan takda nak mandi.Saya suruh juga dia bangun kalau duduk rumah pun tiada air boleh buat apa pun.
Saya dan suami mandikan Naufal dengan air mineral,happy sungguh dia.Budak-budak kan apa yang dia tahu.Dia ingatkan seronok je mandi sambil menyanyi lagi.Tapi kalau nak dikira Naufal lah mandi air paling bersih sebab mandi dengan air mineral he he.Air ada juga mengalir sikit tapi keruh,takkan nak mandikan Naufal dengan air yang keruh pula.
Kami boleh dengar suara makcik yang duduk satu tingkat dengan kami bising-bising bertanya dengan jiran-jiran yang lain rumah mereka ada air ke tidak.Makcik tu pula memang terkenal dengan suaranya yang mempunyai volume yang tinggi bertambah bingitlah dibuatnya.Jiran sebelah rumah pula baby sitter,dia pun terpaksa menelefon ibu-ibu budak yang dijaganya supaya jangan hantar anak mereka hari ini.Jaga baby tau je lah kalau tiada air memanglah masalah besar jadinya. Bengang juga kenapalah pihak pengurusan quarter tak bagi notis kalau nak tutup air.Nasib baiklah pagi tadi perut kami tak meragam untuk mengeluarkan isi perut yang boleh dikategorikan sebagai hajat besar.Kalau tidak tak boleh nak bayangkan bagaimana.Sebenarnya adalah juga rasa sesekali macam nak terkucil tapi nasib baik boleh kami qada'kan sehingga sampai dioffice dan bagi anak-anak pula hingga sampai disekolah le. ngeee.
Bukannya kami tak nak simpan air tadahan dirumah,tapi kualiti kebersihan air di Putrajaya ini memang kuranglah sikit.Jika kita tadah air semalaman sahaja,keesokan harinya kita boleh tengok betapa keruhnya air yang terletak dibahagian bawah.Memang sangat tidak memuaskan hati.Tapi nampaknya kena juga beli bekas besar untuk menyimpan air.Bukan apa kalaulah berlaku lagi keadaan darurat macam pagi tadi bolehlah juga guna air yang disimpan itu kan. So lepas ni kena ingat nak cari bekas simpan air yang sesuai.Nak cari bekas air,nak cari bekas air(cara cakap ikut cara tonasi Labu dalam cerita Labu-Labi.
No comments:
Post a Comment