Tengok tajuk mesti seram kan, tapi sebenarnya ceritanya ala-ala kelakar seram ha ha.No lah sebenarnya semalam sibongsu Naufal kencing sekali lagi dalam seluar di sekolah. Kali yang kedua untuk minggu yang sama. Saya tak tahu sebab dia tak cakap pun pada saya.tapi saya seperti biasa akan check beg yang dibawa olehnya hari-hari ke sekolah(didalamnya ada seluar spare).Saya tengok dalam beg sekolahnya ada seluar yang dah dibasuh oleh cikgunya dan diletakkan dalam plastic maka sahlah dia terkencing lagi di sekolah tadi.
Memandangkan dia dah tidur semalam ,hanya pagi tadi jelah kami dapat tanya dia kenapa dia terkencing dalam seluar lagi.Nak tau jawapannya ha ha.Jawapannya ialah "adik takut sebab Twailet(toilet) kat sekolah banyak syaitan dengan hantu".Mana adik tahu saya tanya?.Semua kakak dengan abang kat sekolah cakap macam tu.Kakak dan abang darjah satu dan dualah tu.Oleh kerana takut, pasal tulah walaupun dah masuk toilet tapi dalam keadaan kelam kabut disebabkan perasaan takutnya membuatkan sampaikan dia terkencing dalam seluar.
Mentaliti budak sekolah rendah masuk je sekolah telah diterapkan setiap toilet ada hantu.Zaman saya sekolah rendah dulu pun macam tu juga,saya percaya akan diturunkan juga ke zaman-berzaman.Tahun lepas masa dia 5 tahun bersekolah di Tadika Cendakiawan tak pernah pun sekali terkencing dalam seluar. Ini dah umur 6 tahun pula buat perangai terkencing dalam seluar.Abang-abangnya pula tak membantu langsung,main-mainkan adik dia.Takpa lah lepas ini saya akan ingatkan semula kepadanya doa masuk tandas dan cuba beritahu cikgu masalah ini kalau masih berpanjangan.
Cakap pasal hantu ditoilet ini,kami yang kat office ni pun ada yang kena berteman bila pukul 6.30 petang keatas.Saya ini pula biasanya pukul 6.30 petang keataslah tu la perut saya akan mula buat perangai nak ke toilet.Kalau husband ambil saya lambat waktu balik lagilah.Tapi saya kalau darurat redah jugalah masuk toilet tu.Tapi memang betullah sebenarnya kalau kita baca doa masuk tandas Insyaallah selamat.
Sebab itulah setiap perbuatan kita didalam Islam kita akan mulakan dengan Bismillah dan doa. Cuma kita amalkan atau tidak itu aje.Oh ya masa cerita-cerita pasal toilet dan syaitan pagi tadi Nabil pula menceritakan dulu dia sekolah rendah terjumpa tasbih dalam toilet lagi.Saya tanya kenapa nak takutkan syaitan ke? Sambil kenyit mata dengan Nabil saya suruh dia diam.Nak tau kenapa takut nanti ada pula tasbih yang hilang kat rumah.Naufal tu kan Lurus Macam highway (lurus bendul) karang dipercaya pula ha ha.Harap-harap agar masalah ini tidak berpanjangan nanti bukan apa (takut lama-lama mak dia pula naik hantu kat rumah asyik la nak kena basuh seluar yang kena kencing tu).Itulah sebenarnya cerita kelakar tapi tak seram dari saya :-)
Ni gambar Naufal dengan ketayap baru
No comments:
Post a Comment