Tuesday, 12 January 2010

Happy Birthday Encik Yazid


Hari ini hari jadi Mr.hubby yang ke 42 tahun,pagi-pagi lagi saya dah suruh anak-anak wish kat dia.Saya dan suami mempunyai hari jadi yang tarikhnya selang sehari jadi bila nak celebrate tu senanglah sikit.Today tengahari dia nak belanja staff dekat office dia makan nasi beriani.And tadi dia telefon dia ada belikan nasi beriani untuk kami dirumah juga.So nampaknya takkan ada makan luar tonight,maybe tomorrow jelah kami celebrate kat luar ataupun this weekend.

Siapa yang duduk Putrajaya tahu kenapa kami tak suka keluar malam(Susah nak cari parking selepas keluar rumah sebenarnya).Apa hadiah saya bagi untuk Mr.Hubby ,tak tanya lagi dia nak apa.Saya bila tarikh birthday hampir tiba awal-awal lagi dah minta macam-macam,tapi tak pernah tanya pun time birthday dia tiba,dia nak apa(terukkan saya).Sebenarnya hanya doalah yang saya mampu berikan kepadanya setiap kali sembahyang semoga dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang sehat,dan dimurahkan rezeki.

Dulu dia pernah cakap,time birthday dia nanti dia minta saya masukkan youtube lagu Imran Ajmain Selamat Ulang Tahun Sayang.Tapi since saya dah beli cd itu dan selalu diputarkan dalam radio kereta booring pula rasanya nak letak lagu tu dalam blog ini.My dear hubby I pilih lagu ini untuk birthday you ya.Tajuk lagu ini ialah Everything by Michael Bubble sebabnya for me and anak-anak "You Are My Everthing".Once again HAPPY BIRTHDAY TO YOU".

2 comments:

  1. Salam Puan Suzana!
    SELAMAT HARI ULANGTAHUN "HAND IN HAND"

    DEDIKASI KHAS
    http://www.youtube.com/watch?v=LnLVRQCjh8c&feature=related

    TERIMA KASIH SEJENAK BERSAMA CENDEKIAWAN

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Pak Usu! Semoga Panjang Umur & dimurahkan rezeki .. :)

    ReplyDelete