Monday, 11 January 2010

Half Day Stories

Hari ini tiba-tiba hubby call waktu tengahari cakap dia malas nak pergi kerja,saya tanya balik kenapa tak sihat ke? dia jawab balik saja malas katanya.Amboi senangya cakap,rupa-rupanya hari ini mereka dapat balik kerja half day kerana Isteri bossnya S.M Faisal bin Tan Sri S.M Nasimuddin selamat bersalin,and dia anounce all the staff DiSyarikat Naza dapat balik kerja half day hari ini.Wah bagusnya boss dia,mesti dia happy sangat sampai announce semua staff kerja half day je hari ini.Tapi tak sure lagi beliau dapat anak apa,yang saya tahu anaknya yang sulung ialah lelaki. Kalau dapat perempuan sepasang la nampaknya.

Kebetulan hubby kerja di Putrajaya hari ini,beliau pergi Ke LPKP(Lembaga pelesenan kenderaan perdagangan kerana ada urusan,urusan selesai pun dah tengahari,bila office call bagitahu hari ini dapat half day tentulah dia seronok,tak payah nak pergi office semula.Sebenarnya semalam hari Ahad pun dia pergi office nak habiskan kerja.My hubby pun mengambil kesempatan hari ini mengambil Naufal balik pra-sekolah .Sampai di sekolah dia lihat Naufal dah pakai baju lain,bukan baju yang kami pakaikan pagi tadi. Bila lihat Naufal pakai baju lain aje,dengan secara tersendirinya hubby faham hari Ini Naufal dah terkencing dalam seluar.

Mesti leka sangat kat sekolah,dan tahan kencing pasal nak mainlah tu.Alamatnya hari ini mesti gamat kat rumah dengar Naufal merengek diusik oleh abang-abang sebab terkencing dalam seluar. Semalam baru je dia bagitahu saya "mak kalau adik nak buang air besar atau kecil adik cakap Teacher May I go to the Toilet( tapi dia pronounce toilet "twailet") hari ini dah terkencing dalam seluar pulak. Apa-apa jelah Naufal ni hmmmmm.:-)


Inilah gambar Big Boss hubby and isteri Puan Emilia Hanafi

1 comment: