Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)
Kelas Mumtaz
Mengenang nasib nak jumpa kawan baru
sempat posing dengan abang abil
dengan kawan-kawan baru
Teruja ada pentas kecil dalam kelas
Ayah kena pakaikan kasut
Nak pegang sendiri barang-barang yang dapat (baju dan buku-buku)
Hari Khamis yang lepas saya dan hubby cuti sebab Naufal ada orientasi untuk pra sekolah di Sekolah Rendah Presint 9(2).Naufal sangat teruja nak pergi pra sekolah,bukan sahaja Naufal yang teruja abang abil dia pun sama nak ikut tengok adiknya orientasi.Anak saya yang sulung tak ikut,apalagi pasal bangun lambatlah.Abang Nabil memang sayang lebih-lebih dengan siNaufal ni,tu yang nak ikut sangat. Sampai disekolah bukan hanya ada orientasi untuk pra sekolah untuk yang darjah satu pun ada sama.
Anak-anak pra sekolah masuk kelas ibubapa pula dengar taklimat didewan.Waktu saya dan hubby dengar taklimat.Nabil ditugaskan tunggu adiknya diluar kelas.Taklimat diberikan oleh Gurubesar sekolah(guru Pengetua).Beliau memberi tahu betapa bertuahnya anak-anak yang terpilih masuk Pra sekolah kerana satu kelas ada 25 orang dan semuannya ada 3 kelas.Jumlah yang terpilih ialah 75 orang sedangkan yang memohon sangat ramai.Nampaknya Naufal bertuah kerana terpilih sama.Beliau juga memaklumkan guru yang mengajar Pra sekolah ini berkelulusan Universiti didalam kumpulan DG41 sedangkan ada tadika-tadika diluar sana gurunya hanya berkelulusan SPM tapi bayarannya sangat mahal.Ini memanglah tak dinafikan tapi nak buat macamana kadang-kadang nak dapat masuk pra sekolah pun bukannya senang nak dapat pun.Sukatan pelajaran di Pra sekolah ini adalah mengikut sukatan pelajaran oleh Kementerian Pelajaran.Bayaran pendaftaran Hanyalah RM78. Atas persetujuan semua ibubapa kami akan menyumbang RM20 sebulan untuk perbelanjaan pelbagai seperti harijadi dan alat tulis.Kami dimaklumkan bahawa kanak-kanak akan diberi 2 kali makan iaitu pada pukul 7.30(sarapan pagi)and 10.30 waktu rehat.
Naufal ditempatkan didalam kelas Mumtaz(nama perempuanlah pulak).So far tengok dia seronok sebab kelas cantik ada pentas kecil,ada komputer,TV,Dvd and gerai kecil lagi didalamnya.Setelah membayar yuran kami dibekalkan dengan 1 uniform sekolah,1 baju sukan dan buku-buku.Kita tengok jelah hari Isnin nanti bila hari persekolahan betul-betul bermula.Sebenarnya kami ada masalah sikit,pra sekolah habis pukul 12.00 tengahari sedangkan kakak Nabila tempat Naufal transit nanti keluar 1.15,boleh ke papa Nabila ambil Naufal awal.Kami dah mula bimbang,hubby kena slow talk dengan jiran sebelah lepas ni(jiran sebelah kami Papa Nabila).Kami gamble je,dulu masa mula-mula pindah sini pun macam nilah masa tu nabil standard 1 and Naqiuddin standard 3 kena sekolah di Presint 16 tapi kami duduk dipresint 9.Takda tempat nak transit dan tiada siapa nak ambil balik sekolah.Kami masa tu cuti 2 hari,malam yang pertama saya tak boleh tidur memikirkan lepas sekolah mereka ni nak duduk mana,nasib baik mungkin berkat doa kami,nenek mereka dan nyang mereka yang susah hati juga mendengar masalah kami masa itu akhirnya keesokan harinya masalah saya dapat diatasi.Sambil tunggu mereka disekolah keesokan harinya saya telah duduk disebelah seorang kakak tu,kakak tu surirumah dan pergi menghantar dan mengambil anak bongsunya sekolah saya pun membuka mulut nak tumpangkan anak balik sekolah. Dia yang kesiankan saya akhirnya bersetuju,tapi yang seronoknya bukan saja bersetuju ambil anak-anak balik sekolah malah terus transit dan siap keseluruhannyalah ambil balik sekolah,hantar dan ambil Kafa and mengaji sekali, kak Fauziah tu sendiri yang ajar.Dan kesudahnnya anak-anak saya transit dirumah kakak Fauziah dari darjah 1 hinggalah sampai darjah 5.
Sekarang ini masalah Naufal pula lah pulak pagi memang kami boleh hantar,tapi tang masa balik ni belum tahu lagi.Harap papa Nabila boleh bantu kami.Walaupun Papa Yus memang manjakan Naufal sebab isterinya jaga Naufal Dari 2 bulan sampai umur 4 tahun.Even sekarang pun hari-hari Naufal keluar masuk rumahnya almaklumlah sebelah rumah je kan.Tapi takut menyusahkannya pula.Hari tu dia cakap dia boleh ambil waktu balik sekolah,nantilah petang nanti hubby jumpa dia balik.Pagi kami akan hantar Naufal and Kakak Nabila cuma tengahari je minta jasa baik Papa Yus ambil.Wish me luck......
Saya pun teruja melihat...
ReplyDeleteHeader kali ni lagi real dgn rmbut udin n tudung kak jana....
cikchu can imagine how kak jana sweating a lot during the orientation...then nak amik gambar naufal lagi...
kak jana bukan bawa saputangan hari tu,tapi bawa tuala good morning lagi nak lap peluh ha ha,ala kita kamera kecik ,ada yang bawa DSLR lagi masa tu he he
ReplyDeleteassalamualaikum kak jana
ReplyDeletewah naufal masuk pra sekolah kat sekolah kebangsaan ye>> rindu naufal yang comel masa di cendekiawan educare dulu hehe >> teringat naufal dok tanya bila van nak datang ambil dia >> adelah sehari tu die tanye dalam tujuh kali huhu comel je