Monday 11 January 2010

Anugerah Juara lagu Yang Ke 24


Semalam whole family tengok anugerah Juara Lagu diTV3,masing-masing ada lagu favourite mereka sendiri,saya dan hubby tengok TV dalam bilik,bujang yang berdua tu tengok TV di living room.Boleh dikatakan kami sangat berpuashati dengan keputusan pemenang-pemenangnya semalam.Aizat memang patut menang kerana lagu "Pergi" itu memang syahdu gila dan Aizat menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.

Faizal Tahir dapat tempat ketiga dan kedua ialah Yuna,kami rasa Faizal Tahir tidak cukup power suaranya semalam,tapi apa nak buatkan dia tak pulih dengan sepenuhnya lagi.Walau apa-apa pun he look very stylish semalam,sekali pandang nampak macam Michael jackson pula.Yuna pula betul seperti apa kata Cheryl Samad mulutnya nampak macam tak buka je,tapi suaranya very clear dan power.Sebenarnya saya tak berapa minat sangat dengan Yuna ini,mungkin lagunya taste orang-orang mudakan tapi malam tadi she is good.Semua yang bertanding malam tadi memang telah berjaya menyanyikan lagu mereka dengan baik sekali,mereka membuatkan kami teruja untuk melihat setiap lagu yang dipertandingkan and I believed semua orang pun macam itu juga.

Perasan tak pengacara kali ini tak salin baju 2,3 pasang baguslah membazir je kan,tak nampak perlunya pengacara tukar baju banyak kali.Sound sistem malam tadi pun adalah yang paling terbaik sekali yang pernah ada.Saya seronok tengok kumpulan Hujan nyanyi lagu "Aku Scandal" best gila.Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Juara lagu ini hingga mencapai yang ke 24 tahun.Bayangkan kalau ada anak perempuan umur 24 tahun dah boleh nak ada menantukan.Juara lagu kali ini adalah yang paling best pernah dianjurkan oleh TV3.Tahniah lagi sekali TV3

No comments:

Post a Comment