Sunday 10 January 2010

Cinta Pakai Buang


Lagu pilihan keluarga kami pada bulan Januari 2010 ini ialah Cinta Pakai Buang yang dinyanyikan oleh Stacy.Kalau lagu ini keluar dalam radio dikereta alamat gamatlah dalam kereta kami.Lagu ini merupakan lagu kesukaan Naufal kalau dia nyanyi lagu ini comel je kami dengar,seperti biasalah lirik yang dia nyanyikan bukannya betul sangat pun tapi still seronok kami mendengarnya,tapi yang membuatkan bertambah gamat lagi dalam kereta bila lagu ini keluar diradio ialah ayah dan abang-abangnya yang berdua itu akan tukar part chorus itu kepada "Pampersku memanglah jenis pakai buang" memanglah si Naufal akan bengang sebab tau abang-abangnya mengejek dia.Naufal ini umur dah nak masuk 6 tahun tapi masih tidur pakai pamper waktu malam.Kalau kami kata tak payahlah pakai pampers ya tidur malam nanti,dia akan jawab "pakailah mak lagi senang kalau pakai pampers" memang lah lagi senang pada dialah.Kami tak tahulah macam mana nak berhentikan dia pakai pamper waktu tidur malam.Ada Satu hari tu,kami terlupa pakaikan dia pamper, tahu-tahu dia kejutkan kami pukul 3 pagi ,cakap dia dah basah pasal terkencing dalam seluar.kami kan duduk di apartment kalau basah tilam alamat masalah besarlah nak menjemurnya. Apa-apa pun masalah ini kena diselesaikan tahun ini juga kerana tahun depan Naufal dah darjah satu.Dulu abang-abangnya 6 tahun dah tak pakai pamper waktu tidur malam.Insyallah masalah ini akan dapat diatasi nanti.:-S

No comments:

Post a Comment