Monday 25 January 2010

Naufal and Chik Chu Di Kizsport and Gym





Weekends kami yang baru berlalu tidak ada apa yang menarik pun berlaku,pada hari Sabtu sibongsu Naufal dibawa oleh cousin saya ke party harijadi anak kawannya yang diadakan di Kizsport and Gym di One Utama.Naufal sebenarnya antara hendak dengan tidak je pergi mengikut cousin saya tu. Sebabnya ini adalah kali pertama dia pergi tanpa ditemani oleh mak,ayah atau salah seorang abangnya.Biasanya mesti salah seorang abangnya akan ikut.Sebab itu muka Naufal macam ya tak ya je nak pergi.Bila saya pujuknya akhirnya dia pergi juga.Kalau dikenangkan hari sebelumnya kelakar tenggokkan Naufal,asyik tanya berapa hari lagi nak pergi birthday tersebut,mukanya macam risau orang nak pergi temuduga je,hati berbelah bahagi antara nak ikut cousin saya atau tidak.

Saya berjanji dengannya bahawa kami akan menyusuli kemudian,kalau dia rasa booring nanti kami akan menjemputnya awal di birthday party itu. Dia pergi dengan cousin saya pada pukul satu walaupun birthday itu bermula pada 3.00 maklumlah jauh juga perjalanan dari Putrajaya ke One Utama.Saya,hubby dan nabil bertolak dari rumah ke one utama selepas zohor lebih kurang pukul 2.30 petang.Tetapi memandang jalan yang agak jammed kami hanya tiba di one Utama pada pukul 3.30 petang.Kami yang belum makan tengahari makan dulu di Macdonalds.

Selepas makan saya pun sms cousin saya,bertanyakan khabar Naufal.Kami bimbang dia tertunggu-tunggu kami,tapi rupa-rupanya keadaan adalah sebaliknya.Naufal seronok sakan (seronok tak hengat) dengan games yang disediakan disitu. Saya ni makan pun macam tak lalu teringatkan dia.Rupanya dia O.k je.Saya terpaksa menunggu Naufal lebih kurang 3 jam disitu,sebab Naufal keluar dari Kizsport and gym tu lebih kurang pukul 6.30 petang.Mengeluh juga kami menunggu,sebenarnya kalau banyak duit 3 jam tu memang seronok shopping kat One Utama(macam-macam ada).Tapi keadaan tidak mengizinkan untuk berbelanja sakan disitu. So cuci mata jelah Window Shopping he he.Kami terus pulang kerumah selepas itu, dalam perjalanan balik mulut Naufal becok menceritakan keseronokkannya menghadiri Birtday party itu. tapi lebih kurang 10 minit kemudian tiba-tiba senyap je,rupa-rupanya bila saya toleh ke seat belakang Naufal dah tidur keletihan dengan mulutnya yang melopong:-)

Oh ya disini juga saya ingin menyelitkan rasa sedih saya atas kemangkatan Sultan Iskandar(Sultan Johor).Masa saya menonton TV melihat sekitar acara pemakamannya saya terbayang-bayang masa baginda menjadi Yang Dipertuan Agung dahulu.Masa tu saya bersekolah menengah lagi.Saya kagum masa permakamannya anak-anak dan cucu lelakinya bertungkus-lumus untuk menyempurnakan permakamannya(daripada mengangkat keranda hinggalah mengisi tanah ke liang lahat).Inilah pertama kali saya melihat kerabat diraja turut sama bertungkus lumus melakukakan semua benda. Selalunya sebelum ini,apa yang saya lihat mereka hanya memerhatikan orang lain yang menguruskan semuanya.Memang bertuah almarhum Sultan Iskandar disaat-saat akhirnya anakanda dan cucunda lelaki melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang anak dan cucunya.Alfatihah kepadanya.



Rakyat Johor pergi menziarah buat kali terakhir



This two picture credit goes to ayu9990f cari

1 comment:

  1. hehehehe ampun kerana lama menunggu... cikshu dan naufal lupe diri nih....

    ReplyDelete