Wednesday 20 January 2010

American Idol Season 9



Tengoklah Senyuman si Simon tu(walaupun senyumannya tak menarik langsung) tapi tetap menjadi pujaan hati ku(kui kui kui)


Demam American Idol dah kembali semula,saya memang tak lepas menontonnya setiap tahun.Tapi saya je lah seorang yang melayan pertandingan ini dirumah hubby and anak-anak tak minat sangat and tengok TV lain.Saya akan berseorangan tengok dalam bilik or in living room.Saya rasa tahun ini rancangan ini akan lebih interesting sebab Ellen De Generes juga menjadi salah seorang juri bagi menggantikan Paula Abdul. Simon Cowell and Ellen pastinya akan menarik kan.Tahun lepas saya suka Danny Gooky tapi tak menang pun dia.And Saya perasan kalau orang tu Paula Abdul punya favourite mesti tak dapat masuk final punya he he,contohnya Elliot Yamin.

American Idol macam Akademi Fantasia juga yang jadi juara tu,tak semestinya popular contohnya Taylor Hicks.Juaranya yang betul betul berjaya saya rasa ialah Carrie Underwood juara musim keempat.Kelly Clarkson pun ok juga tapi sekarang dah warm-warm nail(suam-suam kuku).Apa yang saya pastikan the runner up yang akan lebih popular termasuk juga yang mendapat tempat ketiga atau keempat contohnya Clay Aiken,Elliot Yamin,Chris Daughtry,Jennifer Hudson And David Archuleta.

Hope tahun ini perempuanlah pula akan menang,dah dua tahun kebelakangan ini asyik lelaki aje yang menang.Dibarat menang satu pertandingan sahaja and dapat buat satu album pun dah boleh jadi kaya raya yang bak orang sekarang kata kaya sampai tak habis makan.Mereka juga tak memandang rupa contohnya Rubben Studdard and Fantasia Barrino.Dengar cerita tahun depan Simon Cowell dah tak nak jadi juri lagi,tahun ini merupakan tahun terakhirnya bersama American Idol.Mesti tak bestkan nanti,celupar-celupar mulut Simon tu pun sebenarnya dialah yang membuatkan orang nak tengok pertandingan ini,komen yang pedas tu walaupun diboo oleh penonton yang menonton ditempat yang berlangsungnya pertandingan waktu itu,tapi realitinya yang menonton dari rumah akan mengundi dan menerima pakai komen-komennya itu .Simonlah sebenarnya pengaruh besar untuk menentukan siapa yang layak menang pada kesudahannya.Paula dan Kara itu adalah untuk buat penyeri pertandingan American Idol tu je.Itu hasil pemerhatian sayalah (chewah ada ke orang nak terima pakai teori saya ini).

Akhir sekali teringat saya pada masa pertandingan akhir American Idol Season 5 antara Taylor Hick And Kathrine McPhee(saya selalu sebut Nanny MacPhee masa itu).Bila rancangan itu nak hampir habis setelah jenuh tengok dari permulaannya,dan pada waktu nak diumumkan saje permenangnya di ASTRO tiba-tiba je keluar perkataan "Service Curentlly Not Available" sebab hujan lebat ketika itu.Apalagi bengang tahap gaban lah saya.Arwah abah saya ketawakan saya masa tu.Dah lah mereka terpaksa berkorban ikut saya kena layan juga American Idol sedangkan mereka nak tengok drama melayu masa itu(almaklumlah Astro dan TV ada satu je kat rumah saya waktu dahulu kala).Kesudahannya tengok keputusan pemenangnya disuratkhabar je lah pada keesokkan harinya.Sekarang ini since TV ada banyak and Astro ada 2 decoder saya boleh tengok American Idol season 9 dengan aman bahagia dirumah sambil baring-baring lagi dalam bilik wink-wink.:-)

1 comment:

  1. salam..
    kunjungan balas..
    thanx a lot for keep on visiting my blog...
    u have such an interesting blog too..

    ReplyDelete