Sunday 29 November 2009

Operasi Gerak Khas





Janganlah terperanjat dengan tajuk diatas tak da apa-apa pun cuma hari kami telah melakukan opearasi gerak khas kemas rumah je. Hari ini my hubby aka Encik Yazid telah melakukan kerja rumah dengan cemerlangnya. Almaklumlah anak bujang saya yang berdua tu takda rumah,maka mahu atau tidak kerja mengvacum,mengemop,membasuh baju jatuh keatas bahunya lah ya. Saya pula membasuh bilik air,kemas dapur dan membasuh segala bahan mentah yang telah dibeli dipasar oleh my hubby jugalah.Saya tak pernah pergi pasar,pergi pasar adalah tugas suami saya setelah dicatat dengan barang-barang yang perlu dibeli.My hubby ini kalau dia yang buat segala kerja seperti gambar diatas memang class,sebab dia memang teliti dalam buat kerja.Hari ini saya tak masak pun,saya goreng je cheese hot dog yang ada dalam freezer dan panaskan rendang untuk makan dengan roti.Saya tak masak sebab dah penat kemas rumah,di tambah dengan ironed lagi, iron baju jangan katalah tak pernah habis,ada je baju yang nak kena iron.Lepas dah siap semua kerja rumah my hubby tidur dengan sibongsu.Saya pula inilah tengah berblogging le he he.Petang ini saya nak belanja hubby makan di Alamanda atau kat mana-manalah dia nak makan.Abang-abang takda rumah,kesian pula dengan Naufal booring duduk rumah,so kenalah bawa dia jalan-jalan.Sakit kepala pun dah hilang.Malam nanti saya nak layan DVD or baca novel.Koleksi Novel dan DVD banyak lagi yang saya tak layan(baca or tengok) lagi.Besok pula saya cuti sebab abang-abangya takda nak jaga Naufal,mereka balik besok petang. Nampaknya sampai besokle saya layan DVD and Novel saya hu hu wah syooknnyaa....

PENING


Sejak dari Khamis saya sakit kepala tak tahu kenapa,sakit kepala saya ni tak hilang-hilang .Saya dah cuba makan Paracetamol tapi tak hilang juga. Hari Khamis one day before Raya Aidil Adha pagi-pagi lagi saya dah sampai Gombak rumah nenek saya.Eventhough kepala sakit berdenyut-denyut tapi tak tergamak rasanya nak tidur sebab banyak kerja nak kena buat di rumah nenek.Saya kalau pergi rumah nenek kalau nampak je rumah nenek kurang sempurna mesti saya kemas,bukan apa tak sampai hati.Nenek dah tak boleh jalan kena pakai pampers and berkerusi roda. Dalam sakit-sakit kepala tu saya masak,basuh bilik air nenek dan cuci kipas-kipas rumah nenek. Saya kerah anak bujang saya menyapu dan mengemop(mop rumah)seluruh rumah nenek saya. apa yang saya buat ialah minum 100 plus banyak-banyak and hoping sakit kepala hilang.Selama 3 hari saya sakit kepala hanya sekali saja saya makan paracetamol,saya memang cuba sangat-sangat untuk tidak makan paracetamol melainkan benar-benar sakit.Mungkin juga cuaca sekarang yang agak panas turut menyumbang kepada sakit kepala saya ini.One more thing saya perasan sekarang ini before or after my PMS juga saya akan diserang sakit kepala macam ini.Emak saya cakap dulu pun dia macam tu juga keadaan akan berubah mengikut faktor umur.Masa belum kahwin akan dapat sakit perut setiap kali PMS,dah kahwin sakit pinggang and bila umur nak masuk 40an dalam beberapa bulan lagi ni tanda-tandanya sakit kepala pula.Ha ha zana stop mumbling tenyeh je minyak cap kapak kat kepala or else tampal koyok hu hu.

Wednesday 25 November 2009

Singapore oh Singapore





Pasport anak bujang berdua saya dah siap semalam,macam biasalah terujanya mereka bila melihatkan pasport Antarabangsa mereka,anak kedua saya Nabil bertanya "mak pasport negara lain warna apa" sorry Nabil mak pun tak tahu mak tahu colour pasport negara Malaysia je. Ikut perancangan asalnya Naqiuddin je yang pergi ikut nenek saudaranya ke Singapore.Tapi pagi tadi cousin saya Ellyza telefon mengajak sekali Nabil pergi sebab cousin saya Ochu tak jadi pergi, maka adalah tempat kosong.Rupanya-rupanya malam tadi Nabil chatting dengan cousin saya ellyza mungkin saya dah tidur masa itu,menurut Ellyza cara dia bercakap macam nak ikut sangat pergi Singapore,kesian pula katanya. Kalau balik ini saya cakap dia pun boleh ikut sama ke Singapore,tak tidurlah nampaknya anak saya itu kegembiraan.Semalam yang sulung teruja sangat sibuk nak pinjam kamera saya.Saya kata ambiklah dimana-mana tempat yang ada perkataan Singapore kau ambilah gambar ha ha.Sebelum ini saya pergi Johor Bahru kan nampak Singapore dari Pantai Lido(sekarang Danga Bay betul ke orang Johor) saya kata dekat anak-anak ha itulah Singapore,ya ke mak takkan Singapore macam tu,.Ya allah anak -anakku itu dari jauhlah memanglah tak nampak cantik,sebenarnya bandarnya cantik dan moden. Terimakasih kepada mak jang dan cousin saya Erwani kerana sudi membawa anak bujang saya yang berdua itu.Kalau tunggu maknya nak bawa tak tahulah bila baru sampai.Masalah sekarang ialah masa abangnya tak da nanti,penatlah kami nak menjawab pertanyaan Naufal abangnya pergi mana dan bila abangnya nak balik.Yang pasti Isnin nanti saya kena cuti sebab tiada orang nak jaga si bongsu Naufal.

Monday 23 November 2009

Senyum Sejemput.


Muhammad Naqiuddin

Muhammad Nabil

Muhammad Naufal

Malam tadi anak bujang saya yang yang sulung dan no 2 pergi kedai gambar untuk ambil gambar sebab nak buat pasport antarabangsa.Balik dari kedai gambar dua-dua tu berebut nak tunjuk hasil gambar yang diambil. Bila saya tengok gambarnya saya bising "apa senyum macamni" lain kali janganlah senyum macam ni boleh tak. Dua dua bising Ok apa mak. Saya ketawa dan berkata ni namanya senyum sejemput ha ha. Tak taulah 3 anak lelaki saya senyum sama je(bak kata orang sefesyenlah).Agak-agaknya senyum diorang ni ikut siapalah ye. Me tak kot ikut abah dia ni. Any ideas ha ha? oh ya buat pasport nak pergi mana ya.One of them akan ikut nenek saudaranya pergi Singapore sehari lepas raya Haji.Sebab tu yang buat International pasport.


Kalau senyum mesti ikut abahnya tapi tang berkerut dimuka memang ikut maknya la,memang dah tak boleh di nafikan lagi he he.


Joget Pahang Just For Naufal


Saya dah jumpa you tube-Joget Pahang dari cerita Hang Tuah.Balik kerja nanti nak bagi Naufal tengok.Pasti dia suka. Dia suka menari bila kami nyanyi lagu ini,siap ajar lagi cara perempuan menari dan lelaki menari. Apa-apa pun saya dan hubby suka melayannya,terutama hubby saya sebab dia biasa menari dulu-dulu dan masuk pertandingan kesenian lagi.Jangan tak tahu ayah dia dulu main muzik boleh,menari boleh bersukan pun boleh. So mana nak tumpah kuah kan kalau tak ke nasi ye tak. Sekarang ni jadi ahli surau jelah ya. Alhamdulillah .

Terjawablah Sudah!




Puan Sri Suslita Majid merasmikan Konsert


Teater Hang Tuah Oleh kanak-kanak 5 tahun






Jual ikan tapi mata cari mak dan ayah

Gambar Di Belakang pentas




Abang Udin dengan muka booringnya






Budak -budak 3 and 4 tahun ini menari sakan,suka tengok budak chubby kat belakang tu



Cikgu suruh Naufal decorate kek


Kek yang Naufal decorate


Hari Sabtu yang lepas saya dan family telah bersiap awal pagi untuk menghadiri Konsert Cendakiawan Educare yang diadakan di Pusat Komuniti Presint 11. Ini merupakan pertama kali saya sampai di Pusat Komuniti itu,apa yang saya dapati Dewan Komuniti presint 11 ini sungguh cantik dibandingkan dengan Pusat komuniti di Presint-presint lain. Kami Disambut oleh guru-guru sekolah Cendakiawan di hadapan entrance Dewan itu,walau pun kami dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan,kami terus saja ke Dewan konsert kerana kami telah mengambil sarapan dirumah terlebih dahulu.Kami sekeluarga masuk awal kedewan untuk mencari tempat duduk yang dihadapan sekali bagi memudahkan kami melihat pentas dengan lebih jelas,masa itu banyak tempat yang masih kosong lagi kerana kami sampai awal. Teruja sungguh saya dan keluarga melihat pentasnya yang cantik.

Naufal telah diambil oleh gurunya untuk bersiap bagi persembahannya nanti. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi. Persembahan dimulakan dengan bacaan Al-quran dan terjemahan dan diikuti pula oleh perasmian oleh Puan Sri Suslita Majid isteri kepada mantan Ketua Setiausaha Negara.Naufal sebenarnya masuk persembahan Teater Hang Tuah. taeter itu dibintangi(ha ha dibintangi)oleh kanak-kanak 5 tahun.Naufal berlakon menjadi penjual ikan dipasar. Jual ikan dipasar, datang orang mengamuk,Hang tuah lima bersaudara datang dia pun lari bertempiaran selamatkan diri. He he 2 minit pun tak sampai.Abang-abangnya ketawa sampai keluar air mata. Ait dah habis, tu je watak adik kata abang Nabilnya. Rupa-rupanya adik ni pelakon extra je. Ok ape(nak menyedapkan hati maknya) sekurang-kurangnya bukan jadi Hang kebun :-D. Sebenarnya tak sempat pun nak ambil gambar dia sebab ibu-bapa ramai ambil gambar didepan pentas .Watak Naufal yang tak sampai 2 minit tu,manalah sempat nak ambil gambar. Takpalah for me ok je,sekurang-kurangnya beri pendedahan bagaimana diatas pentas kepadanya.

Banyak persembahan lain dipersembahkan antaranya Bacaan sajak,Tarian Pom-Pom(budak 3& 4 tahun),Coral Speaking(yang ini saya suka)Y"Goldie Lock And 3 Bears",Teater "Stone Soup" pelajar 6 tahun dan macam-macam lagi. Happening sungguhlah semua persembahan yang kami lihat. Disini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada guru-guru dan segala tenaga kerja yang menjayakan persembahan konsert ini memang menghiburkan sungguh.Sebelum pulang kami telah disajikan dengan nasi lemak,walaupun ringkas tapi nasi lemaknya sedap.Terimakasih sekali lagi kepada Cendakiawan Educare diatas makanan yang disajikan.Dahlah terhibur dengan persembahan konsert pulang pula kerumah dengan perut yang kenyang.And akhir sekali Naufal seperti yang saya katakan sebelum ini kuat berangan, semua perkara yang dilakonkan dirumah itu rupa-rupanya dia melakonkan watak orang lain.Ha ha abang-abang kan mak dah cakap adik tu watak orang pun watak dia juga,and how I wish adik pun masuk tarian Joget Pahang tu. Takpalah dik,adik boleh saja menari dengan abah dan mak Joget Pahang tu rumah nanti.Lepas ini kita cari lagunya ya.

Friday 20 November 2009

Melenggang Hai Melenggang


Dua tiga hari ini di rumah Naufal asyik nyanyi lagu cerita P.Ramlee iaitu cerita Hang Tuah lagu bertajuk Joget Pahang. Ingat tak lagu yang liriknya"melenggang hai melenggang hai tari linggang kalau baik hati nanti orang pun sayang" sambil menari-nari lagi. Mesti lagu ini ada kena mengena dengan konsertnya nanti. Pagi tadi sambil tunggu lift pun dia nyanyi dan menari. Saya pun bertanya menari nanti macamana, masa bila dan seperti biasa adik pula buat apa(tak puas hati lagi mak dia ni nak tahu sebenarnya anaknya masuk persembahan apa).

Jawapan dari Naufal ialah menari depan Raja lah,nanti ada Raja ada Semaisuri(Nak tergelak saya dia tak pandai sebut Permaisuri).

Oh Ye ke saya berkata .Saya tanya lagi siapa jadi Semaisuri,

Ashifa jawapnya(tak taulah betul ke ejaan nama kawannya ni)

Saya tanya pula Siapa pula jadi raja?

Adiklah (Naufal)dia jawab.

Pulak dah hari ini dia cakap dia jadi Raja pula. Bila saya pusing-pusingkan soalan saja nak duga jawapannya sama ke tidak. Nampaknya jawapan tetap kepada dia yang sebenarnya jadi Raja. Ha ha ha Haru-haru,tulah saya kata naufal ni memang kuat berangan.Tak sabarnya nak tunggu esok . Watak apakah sebenarnya Orang India ka,orang kampung kah,penjual dipasar kah,Tarzan ka yang terbaru sekali Raja kah. Jangan jadi Semaisuri je sudahlah Naufal KAH KAH KAH memang tak sesuai.

Dibawah ini membuktikan Yang Naufal Suka berangan;-



masa ini dia suka cerita tinkerbell ambil gambar macam TinkerBell



Yang ini pula dia 3 tahun,masa tu tengah hot cerita Astro Ceria geng Bas Sekolah,tengoklah ambil gambar pun macam kumpulan geng bas sekolah


Yang ini pula masa gila-gila tengok sleeping Beauty tapi ini Sleeping Handsome Ya
macamana boleh ambil gambar macam ini sila rujuk sini



P.S :Banyak perkataan yang akan jadi kenangan bila Naufal dah besar nanti antaranya:-

Permaisuri jadi Semaisuri
Secret Resepi jadi Sere Sepi
Lim Kok Wing university jadi EEE Kok Wing
Petronas jadi Peretronas
banyak lagi sebenarnya tapi tak ingatlah


Wednesday 18 November 2009

Watak apakah sebenarnya?






Kami sekeluarga dah lama tahu pada 22 haribulan November ini sekolah Tadika Naufal Cendiakawan Educare akan mengadakan Majlis Konvokesyen untuk tahun 2009,dan semestinya ada persembahan pada hari itu. Sudah semestinya juga ada persembahan dari budak-budak 5 tahun dan saya pasti juga Naufal akan terlibat sama. Yang kelakarnya bila kita tanya adik masuk apa dia diam.Inilah masalah Naufal kalau kita tanya dia masuk apa dia tak akan cakap.Hari-hari bila dia balik sekolah kami suka tanya dia adik nanti masuk persembahan apa, hari-hari jugalah jawapannya bertukar jadi orang Indialah,orang jual kat pasarlah dan akhir sekali semalam dia cakap dia jadi Tarzan. Ha ha pening kepala saya dengan abang-abangnya dengan jawapannya itu. Terjawab sudah segala persoalan kami bila dapat surat dari pehak sekolah pada hari Isnin bila diminta untuk membekalkann sehelai kain pelikat budak-budak untuk pakaian sebagai orang kampung. Tak tahulah saya dia berlakon ke,menyanyi ke kita tengok jelah nanti pada hari Sabtu ini.Naufal memang seorang yang suka berangan,dia boleh berangan berjam-jam lamanya. Baru-baru ini dia suka berangan sebagai penjual sayur atau ikan dipasar.Ini menyebabkan abang-abangnya merasakan dia berlakon menjadi seorang penjual sayur dipasar.Tapi saya sebagai emaknya yang tahu sangat Naufal ni suka berangan bila dia tengok orang lain berlakon tak mustahil dia pula berangan melakonkan watak yang dia tengok dirumah pula. Sedangkan dirumah dialah upin dan ipin,dialah kak ros,opah,tok dalang,raju dan jagjit. Semua dialog dia hafal,tergelak-gelak kami dirumah dengan ragamnya itu, menghiburkan sebenarnya. Gambar-gambar yang saya masukkan ini ialah gambar kain pelikat yang ayahnya dan abang abil beli di Mydin untuk diberi pada cikgunya.Kain pelikat untuk budak-budak ini still besar bagi Naufal,biarlah pandai-pandailah cikgu Naufal nanti nak buat macamana.Saya rasa dia menyanyi ramai-ramai dan pakai baju berbilang bangsa agaknya lah kot.Apa-apa pun kita tunggulah jelah entry saya hari Isnin nanti. So tunggu ya........