Wednesday 27 January 2010

When A Man Cry


Semalam agak heboh disuratkhabar ada gambar Fahrin Ahmad menangis.Siapa yang menyebabkan dia menangis saya rasa semua orang tahukan.Kita tak tahu siapa sebenarnya yang bersalahkan.Tapi kalau tak betul takkan fahrin "nak court sama juga" dia kan ambil law masa belajar dulu. Sebelum ni saya memang perasan pehak yang lagi satu tu memang selalu keluarkan kenyataan di akhbar atau diblog dia.Di blog dia tu takpalah hak dia lah nak cakap apa pun.Memang selalu dia yang keluarkan kenyataan.Si Fahrin pula hanya sekali-sekali je menjawap.

Ialah kalau asyik kena attack dari Si polan tu.Bengang jugalah Fahrin Ahmad kan.Kerana komennya sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan terjejas juga periuk nasi Fahrin Ahmad sebagai Duta produk dan juga dari segi moralnya.Dulu saya memang sukakan Sipolan ini,tetapi sejak dia kena kicked out dari pengacara Red Carpet untuk satu anugerah antarabangsa yang kononnya disebakan oleh masalah baju, saya tak berapa minat dah.Saya rasa dia kena reject bukan pasal baju ada sebab lain.Saya pernah dengar masa diERA dia cakap English dengan seorang artis dari negara barat Englishnya sangatlah tak bagus.Ish tak boleh komen banyak-banyak nanti dapat saman "court juga mari".

Kita tengok jelah kesudahannya kisah ini nanti ya.Lepas tu yang paling tak syoook sekali sekarang ni bekas-bekas ex girlfriend dah baik lah pula sesama mereka.Siap buat aktiviti ATV bersama lagi.Lantak lah Labu.Oppss sudah sudah nanti "Saman Court juga Mari"(ayat ni dalam cerita P.Ramlee selalu ada)


Alahai dah baik lah pula ya

Monday 25 January 2010

Naufal and Chik Chu Di Kizsport and Gym





Weekends kami yang baru berlalu tidak ada apa yang menarik pun berlaku,pada hari Sabtu sibongsu Naufal dibawa oleh cousin saya ke party harijadi anak kawannya yang diadakan di Kizsport and Gym di One Utama.Naufal sebenarnya antara hendak dengan tidak je pergi mengikut cousin saya tu. Sebabnya ini adalah kali pertama dia pergi tanpa ditemani oleh mak,ayah atau salah seorang abangnya.Biasanya mesti salah seorang abangnya akan ikut.Sebab itu muka Naufal macam ya tak ya je nak pergi.Bila saya pujuknya akhirnya dia pergi juga.Kalau dikenangkan hari sebelumnya kelakar tenggokkan Naufal,asyik tanya berapa hari lagi nak pergi birthday tersebut,mukanya macam risau orang nak pergi temuduga je,hati berbelah bahagi antara nak ikut cousin saya atau tidak.

Saya berjanji dengannya bahawa kami akan menyusuli kemudian,kalau dia rasa booring nanti kami akan menjemputnya awal di birthday party itu. Dia pergi dengan cousin saya pada pukul satu walaupun birthday itu bermula pada 3.00 maklumlah jauh juga perjalanan dari Putrajaya ke One Utama.Saya,hubby dan nabil bertolak dari rumah ke one utama selepas zohor lebih kurang pukul 2.30 petang.Tetapi memandang jalan yang agak jammed kami hanya tiba di one Utama pada pukul 3.30 petang.Kami yang belum makan tengahari makan dulu di Macdonalds.

Selepas makan saya pun sms cousin saya,bertanyakan khabar Naufal.Kami bimbang dia tertunggu-tunggu kami,tapi rupa-rupanya keadaan adalah sebaliknya.Naufal seronok sakan (seronok tak hengat) dengan games yang disediakan disitu. Saya ni makan pun macam tak lalu teringatkan dia.Rupanya dia O.k je.Saya terpaksa menunggu Naufal lebih kurang 3 jam disitu,sebab Naufal keluar dari Kizsport and gym tu lebih kurang pukul 6.30 petang.Mengeluh juga kami menunggu,sebenarnya kalau banyak duit 3 jam tu memang seronok shopping kat One Utama(macam-macam ada).Tapi keadaan tidak mengizinkan untuk berbelanja sakan disitu. So cuci mata jelah Window Shopping he he.Kami terus pulang kerumah selepas itu, dalam perjalanan balik mulut Naufal becok menceritakan keseronokkannya menghadiri Birtday party itu. tapi lebih kurang 10 minit kemudian tiba-tiba senyap je,rupa-rupanya bila saya toleh ke seat belakang Naufal dah tidur keletihan dengan mulutnya yang melopong:-)

Oh ya disini juga saya ingin menyelitkan rasa sedih saya atas kemangkatan Sultan Iskandar(Sultan Johor).Masa saya menonton TV melihat sekitar acara pemakamannya saya terbayang-bayang masa baginda menjadi Yang Dipertuan Agung dahulu.Masa tu saya bersekolah menengah lagi.Saya kagum masa permakamannya anak-anak dan cucu lelakinya bertungkus-lumus untuk menyempurnakan permakamannya(daripada mengangkat keranda hinggalah mengisi tanah ke liang lahat).Inilah pertama kali saya melihat kerabat diraja turut sama bertungkus lumus melakukakan semua benda. Selalunya sebelum ini,apa yang saya lihat mereka hanya memerhatikan orang lain yang menguruskan semuanya.Memang bertuah almarhum Sultan Iskandar disaat-saat akhirnya anakanda dan cucunda lelaki melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang anak dan cucunya.Alfatihah kepadanya.



Rakyat Johor pergi menziarah buat kali terakhir



This two picture credit goes to ayu9990f cari

Wednesday 20 January 2010

American Idol Season 9



Tengoklah Senyuman si Simon tu(walaupun senyumannya tak menarik langsung) tapi tetap menjadi pujaan hati ku(kui kui kui)


Demam American Idol dah kembali semula,saya memang tak lepas menontonnya setiap tahun.Tapi saya je lah seorang yang melayan pertandingan ini dirumah hubby and anak-anak tak minat sangat and tengok TV lain.Saya akan berseorangan tengok dalam bilik or in living room.Saya rasa tahun ini rancangan ini akan lebih interesting sebab Ellen De Generes juga menjadi salah seorang juri bagi menggantikan Paula Abdul. Simon Cowell and Ellen pastinya akan menarik kan.Tahun lepas saya suka Danny Gooky tapi tak menang pun dia.And Saya perasan kalau orang tu Paula Abdul punya favourite mesti tak dapat masuk final punya he he,contohnya Elliot Yamin.

American Idol macam Akademi Fantasia juga yang jadi juara tu,tak semestinya popular contohnya Taylor Hicks.Juaranya yang betul betul berjaya saya rasa ialah Carrie Underwood juara musim keempat.Kelly Clarkson pun ok juga tapi sekarang dah warm-warm nail(suam-suam kuku).Apa yang saya pastikan the runner up yang akan lebih popular termasuk juga yang mendapat tempat ketiga atau keempat contohnya Clay Aiken,Elliot Yamin,Chris Daughtry,Jennifer Hudson And David Archuleta.

Hope tahun ini perempuanlah pula akan menang,dah dua tahun kebelakangan ini asyik lelaki aje yang menang.Dibarat menang satu pertandingan sahaja and dapat buat satu album pun dah boleh jadi kaya raya yang bak orang sekarang kata kaya sampai tak habis makan.Mereka juga tak memandang rupa contohnya Rubben Studdard and Fantasia Barrino.Dengar cerita tahun depan Simon Cowell dah tak nak jadi juri lagi,tahun ini merupakan tahun terakhirnya bersama American Idol.Mesti tak bestkan nanti,celupar-celupar mulut Simon tu pun sebenarnya dialah yang membuatkan orang nak tengok pertandingan ini,komen yang pedas tu walaupun diboo oleh penonton yang menonton ditempat yang berlangsungnya pertandingan waktu itu,tapi realitinya yang menonton dari rumah akan mengundi dan menerima pakai komen-komennya itu .Simonlah sebenarnya pengaruh besar untuk menentukan siapa yang layak menang pada kesudahannya.Paula dan Kara itu adalah untuk buat penyeri pertandingan American Idol tu je.Itu hasil pemerhatian sayalah (chewah ada ke orang nak terima pakai teori saya ini).

Akhir sekali teringat saya pada masa pertandingan akhir American Idol Season 5 antara Taylor Hick And Kathrine McPhee(saya selalu sebut Nanny MacPhee masa itu).Bila rancangan itu nak hampir habis setelah jenuh tengok dari permulaannya,dan pada waktu nak diumumkan saje permenangnya di ASTRO tiba-tiba je keluar perkataan "Service Curentlly Not Available" sebab hujan lebat ketika itu.Apalagi bengang tahap gaban lah saya.Arwah abah saya ketawakan saya masa tu.Dah lah mereka terpaksa berkorban ikut saya kena layan juga American Idol sedangkan mereka nak tengok drama melayu masa itu(almaklumlah Astro dan TV ada satu je kat rumah saya waktu dahulu kala).Kesudahannya tengok keputusan pemenangnya disuratkhabar je lah pada keesokkan harinya.Sekarang ini since TV ada banyak and Astro ada 2 decoder saya boleh tengok American Idol season 9 dengan aman bahagia dirumah sambil baring-baring lagi dalam bilik wink-wink.:-)

Monday 18 January 2010

Birthday Celebration









Ahad lepas kami dan family telah dijemput untuk makan tengahari Di Penang Village Great Eastern Mall,rupa-rupanya ada a small but sweet celebration Birthday party for me and hubby.The lunch are sponsored by our beloved cousin aka anak perempuan seorang Ochu.We call her anak perempuan,sebab dia pernah duduk dengan kami setahun lebih,and my youngest panggil dia kakak since kat rumah kamikan takda anak perempuan.

Bukan saya saja yang ada hari itu,my maknjang,wanie,maklang(ochu mother) and ochu only sibling Haryaty(Cik lawyer).Banyak sungguh makanan yang diorder oleh Cik lawyer selaku juru order makanan(dia ni tahu je makanan yang sedap-sedap untuk diorder).Seriously meja kami penuh dengan variety of food sampaikan waiter tak reti nak susun makanan diatas meja.Memang semuanya makan sampai orang sekarang cakap "tak hengat". Ada pula 2 kek yang comel dibeli untuk saya dan hubby untuk dipotong (actually tiup lilin juga).Walaupun comel je tapi rasanya sedap gila.

Suasana dalam Penang Village sangat cantik all are in White,romantik pula rasanya.Saya dapat hadiah parfume Vera Wang(Trully Pink) dari Cik lawyer and Handbag from maknjang and cousin Wanie.Selepas menjamu selera kami pergi ke kedai disebelahnya, tak pasti pula nama kedainya tapi kedai ini khusus untuk kanak-kanak buat kraftangan.Disitu dengan bayaran RM50 kita boleh pilih nak buat yang mana satu kraftangan,setelah siap boleh pula dibawa balik .Naufal cuba juga buat kraftangan tersebut and dia memilih untuk menmbuat Windmills(actually mak dia yang pilih dia sebenarnya pilih nak buat roket).Jenuh juga lah kami menunggunya nak memnyiapkan benda itu.

Kami pulang dari Great Eastern Mall lebih kurang pukul 3.30 petang setelah menghantar ochu and aty pulang kerumahnya.Hari itu kami merasakan sungguh enjoy, really have fun and kenyang.Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cousin kami yang terchenta(tiba-tiba ejaan lama pulak)kerana telah meraikan harijadi kami dengan sungguh gilang-gemilang(that what we feel ya).Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi-baik anda sekalian.Kak Jana and family bersyukur mendapat cousin-cousin seperti kamu semua:-)

Ini gambar-gambar Naufal Dikedai Chart Attack tu







Nak tengok gambar lagi sila lihat sini

Thursday 14 January 2010

Toilet Dan Syaitan


Tengok tajuk mesti seram kan, tapi sebenarnya ceritanya ala-ala kelakar seram ha ha.No lah sebenarnya semalam sibongsu Naufal kencing sekali lagi dalam seluar di sekolah. Kali yang kedua untuk minggu yang sama. Saya tak tahu sebab dia tak cakap pun pada saya.tapi saya seperti biasa akan check beg yang dibawa olehnya hari-hari ke sekolah(didalamnya ada seluar spare).Saya tengok dalam beg sekolahnya ada seluar yang dah dibasuh oleh cikgunya dan diletakkan dalam plastic maka sahlah dia terkencing lagi di sekolah tadi.

Memandangkan dia dah tidur semalam ,hanya pagi tadi jelah kami dapat tanya dia kenapa dia terkencing dalam seluar lagi.Nak tau jawapannya ha ha.Jawapannya ialah "adik takut sebab Twailet(toilet) kat sekolah banyak syaitan dengan hantu".Mana adik tahu saya tanya?.Semua kakak dengan abang kat sekolah cakap macam tu.Kakak dan abang darjah satu dan dualah tu.Oleh kerana takut, pasal tulah walaupun dah masuk toilet tapi dalam keadaan kelam kabut disebabkan perasaan takutnya membuatkan sampaikan dia terkencing dalam seluar.

Mentaliti budak sekolah rendah masuk je sekolah telah diterapkan setiap toilet ada hantu.Zaman saya sekolah rendah dulu pun macam tu juga,saya percaya akan diturunkan juga ke zaman-berzaman.Tahun lepas masa dia 5 tahun bersekolah di Tadika Cendakiawan tak pernah pun sekali terkencing dalam seluar. Ini dah umur 6 tahun pula buat perangai terkencing dalam seluar.Abang-abangnya pula tak membantu langsung,main-mainkan adik dia.Takpa lah lepas ini saya akan ingatkan semula kepadanya doa masuk tandas dan cuba beritahu cikgu masalah ini kalau masih berpanjangan.

Cakap pasal hantu ditoilet ini,kami yang kat office ni pun ada yang kena berteman bila pukul 6.30 petang keatas.Saya ini pula biasanya pukul 6.30 petang keataslah tu la perut saya akan mula buat perangai nak ke toilet.Kalau husband ambil saya lambat waktu balik lagilah.Tapi saya kalau darurat redah jugalah masuk toilet tu.Tapi memang betullah sebenarnya kalau kita baca doa masuk tandas Insyaallah selamat.

Sebab itulah setiap perbuatan kita didalam Islam kita akan mulakan dengan Bismillah dan doa. Cuma kita amalkan atau tidak itu aje.Oh ya masa cerita-cerita pasal toilet dan syaitan pagi tadi Nabil pula menceritakan dulu dia sekolah rendah terjumpa tasbih dalam toilet lagi.Saya tanya kenapa nak takutkan syaitan ke? Sambil kenyit mata dengan Nabil saya suruh dia diam.Nak tau kenapa takut nanti ada pula tasbih yang hilang kat rumah.Naufal tu kan Lurus Macam highway (lurus bendul) karang dipercaya pula ha ha.Harap-harap agar masalah ini tidak berpanjangan nanti bukan apa (takut lama-lama mak dia pula naik hantu kat rumah asyik la nak kena basuh seluar yang kena kencing tu).Itulah sebenarnya cerita kelakar tapi tak seram dari saya :-)



Ni gambar Naufal dengan ketayap baru


Wednesday 13 January 2010

Today I'm 40

Hari ini genaplah umur saya yang ke 40 tahun,Kalau orang tanya apa yang rasa hari ini? Jawapan saya ialah rasa tuala ha ha.Sebelum ini lagi dah sakit lutut and kaki,bila dah masuk umur 40 ni lagilah kena jaga kesihatan kan(tahu takpe).

Dapat hadiah apa dari hubby ,hadiah jam tanganlahlah apalagi,tiap-tiap tahun kalau hubby tanya nak hadiah apa saya mesti suka jam tangan.Saya ini kalau diberi pilihan nak jam ke nak gelang tangan emas? Jawapan saya ialah jam,lagi mahal lagi bagus. Saya memang suka jam tangan kalau pergi shopping complex or mall suka berhenti kat mana-mana kedai jam tengok jam yang di displaykan itu.Tapi sekali-sekali dapat DSLR ok juga kan(ada ke orang nak bagi)

Lainlah macam Siti Nurhaliza tu duit Datuk K banyak sangat bolehlah hadiahkan Mercedez Benz,jam tangan Roger Dubois(ejaan betul ke ni) and yang terbaru sekali beg LV yang berharga RM40,000.Masa Birthday saya yang ke 38 my cousin Cik Lawyer hadiahkan saya handbag brand Balenciaga,lepas tu kebetulan pula saya pergi shopping complex terjumpa handbag tu and terlihat pula harganya ialah RM599(lagi RM1 jadi RM600)pun saya dah macam nak sesak nafas,inikan lagi kalau dapat yang harga RM40,000 macam Siti Nurhaliza tu alamatnya RIP lah saya(Rest In Peace lah ha ha ha).Apa yang saya melalut ni(tanda-tanda dah tua juga tu wink-wink)


Gambar ini saja je letak ya,semalam kami potong kek juga kat rumah tapi hubby pakai baju melayu and kain pelikat saya pula pakai baju kelawar je(uniform kat rumah:-)

Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yang wish saya birthday hari ini through SMS,Facebook and Phone.Doakanlah saya panjang umur,murah rezeki and yang penting sekali sehat supaya saya dapat meneruskan hidup dengan amal ibadat yang sempurna.Insyallah.Hanya dengan kesihatan yang baik sajalah saya dapat meneruskan aktiviti saya as a blogger ini.Amiin

Disini juga saya ada sertakan you tube yang bertajuk "Hand In Hand" didedikasi has untuk saya oleh envirocareKids(whoever you are "Thank You very much)


Tuesday 12 January 2010

Happy Birthday Encik Yazid


Hari ini hari jadi Mr.hubby yang ke 42 tahun,pagi-pagi lagi saya dah suruh anak-anak wish kat dia.Saya dan suami mempunyai hari jadi yang tarikhnya selang sehari jadi bila nak celebrate tu senanglah sikit.Today tengahari dia nak belanja staff dekat office dia makan nasi beriani.And tadi dia telefon dia ada belikan nasi beriani untuk kami dirumah juga.So nampaknya takkan ada makan luar tonight,maybe tomorrow jelah kami celebrate kat luar ataupun this weekend.

Siapa yang duduk Putrajaya tahu kenapa kami tak suka keluar malam(Susah nak cari parking selepas keluar rumah sebenarnya).Apa hadiah saya bagi untuk Mr.Hubby ,tak tanya lagi dia nak apa.Saya bila tarikh birthday hampir tiba awal-awal lagi dah minta macam-macam,tapi tak pernah tanya pun time birthday dia tiba,dia nak apa(terukkan saya).Sebenarnya hanya doalah yang saya mampu berikan kepadanya setiap kali sembahyang semoga dipanjangkan umur,dikurniakan kesihatan yang sehat,dan dimurahkan rezeki.

Dulu dia pernah cakap,time birthday dia nanti dia minta saya masukkan youtube lagu Imran Ajmain Selamat Ulang Tahun Sayang.Tapi since saya dah beli cd itu dan selalu diputarkan dalam radio kereta booring pula rasanya nak letak lagu tu dalam blog ini.My dear hubby I pilih lagu ini untuk birthday you ya.Tajuk lagu ini ialah Everything by Michael Bubble sebabnya for me and anak-anak "You Are My Everthing".Once again HAPPY BIRTHDAY TO YOU".

Monday 11 January 2010

Anugerah Juara lagu Yang Ke 24


Semalam whole family tengok anugerah Juara Lagu diTV3,masing-masing ada lagu favourite mereka sendiri,saya dan hubby tengok TV dalam bilik,bujang yang berdua tu tengok TV di living room.Boleh dikatakan kami sangat berpuashati dengan keputusan pemenang-pemenangnya semalam.Aizat memang patut menang kerana lagu "Pergi" itu memang syahdu gila dan Aizat menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.

Faizal Tahir dapat tempat ketiga dan kedua ialah Yuna,kami rasa Faizal Tahir tidak cukup power suaranya semalam,tapi apa nak buatkan dia tak pulih dengan sepenuhnya lagi.Walau apa-apa pun he look very stylish semalam,sekali pandang nampak macam Michael jackson pula.Yuna pula betul seperti apa kata Cheryl Samad mulutnya nampak macam tak buka je,tapi suaranya very clear dan power.Sebenarnya saya tak berapa minat sangat dengan Yuna ini,mungkin lagunya taste orang-orang mudakan tapi malam tadi she is good.Semua yang bertanding malam tadi memang telah berjaya menyanyikan lagu mereka dengan baik sekali,mereka membuatkan kami teruja untuk melihat setiap lagu yang dipertandingkan and I believed semua orang pun macam itu juga.

Perasan tak pengacara kali ini tak salin baju 2,3 pasang baguslah membazir je kan,tak nampak perlunya pengacara tukar baju banyak kali.Sound sistem malam tadi pun adalah yang paling terbaik sekali yang pernah ada.Saya seronok tengok kumpulan Hujan nyanyi lagu "Aku Scandal" best gila.Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Juara lagu ini hingga mencapai yang ke 24 tahun.Bayangkan kalau ada anak perempuan umur 24 tahun dah boleh nak ada menantukan.Juara lagu kali ini adalah yang paling best pernah dianjurkan oleh TV3.Tahniah lagi sekali TV3

Half Day Stories

Hari ini tiba-tiba hubby call waktu tengahari cakap dia malas nak pergi kerja,saya tanya balik kenapa tak sihat ke? dia jawab balik saja malas katanya.Amboi senangya cakap,rupa-rupanya hari ini mereka dapat balik kerja half day kerana Isteri bossnya S.M Faisal bin Tan Sri S.M Nasimuddin selamat bersalin,and dia anounce all the staff DiSyarikat Naza dapat balik kerja half day hari ini.Wah bagusnya boss dia,mesti dia happy sangat sampai announce semua staff kerja half day je hari ini.Tapi tak sure lagi beliau dapat anak apa,yang saya tahu anaknya yang sulung ialah lelaki. Kalau dapat perempuan sepasang la nampaknya.

Kebetulan hubby kerja di Putrajaya hari ini,beliau pergi Ke LPKP(Lembaga pelesenan kenderaan perdagangan kerana ada urusan,urusan selesai pun dah tengahari,bila office call bagitahu hari ini dapat half day tentulah dia seronok,tak payah nak pergi office semula.Sebenarnya semalam hari Ahad pun dia pergi office nak habiskan kerja.My hubby pun mengambil kesempatan hari ini mengambil Naufal balik pra-sekolah .Sampai di sekolah dia lihat Naufal dah pakai baju lain,bukan baju yang kami pakaikan pagi tadi. Bila lihat Naufal pakai baju lain aje,dengan secara tersendirinya hubby faham hari Ini Naufal dah terkencing dalam seluar.

Mesti leka sangat kat sekolah,dan tahan kencing pasal nak mainlah tu.Alamatnya hari ini mesti gamat kat rumah dengar Naufal merengek diusik oleh abang-abang sebab terkencing dalam seluar. Semalam baru je dia bagitahu saya "mak kalau adik nak buang air besar atau kecil adik cakap Teacher May I go to the Toilet( tapi dia pronounce toilet "twailet") hari ini dah terkencing dalam seluar pulak. Apa-apa jelah Naufal ni hmmmmm.:-)


Inilah gambar Big Boss hubby and isteri Puan Emilia Hanafi

Sunday 10 January 2010

Cinta Pakai Buang


Lagu pilihan keluarga kami pada bulan Januari 2010 ini ialah Cinta Pakai Buang yang dinyanyikan oleh Stacy.Kalau lagu ini keluar dalam radio dikereta alamat gamatlah dalam kereta kami.Lagu ini merupakan lagu kesukaan Naufal kalau dia nyanyi lagu ini comel je kami dengar,seperti biasalah lirik yang dia nyanyikan bukannya betul sangat pun tapi still seronok kami mendengarnya,tapi yang membuatkan bertambah gamat lagi dalam kereta bila lagu ini keluar diradio ialah ayah dan abang-abangnya yang berdua itu akan tukar part chorus itu kepada "Pampersku memanglah jenis pakai buang" memanglah si Naufal akan bengang sebab tau abang-abangnya mengejek dia.Naufal ini umur dah nak masuk 6 tahun tapi masih tidur pakai pamper waktu malam.Kalau kami kata tak payahlah pakai pampers ya tidur malam nanti,dia akan jawab "pakailah mak lagi senang kalau pakai pampers" memang lah lagi senang pada dialah.Kami tak tahulah macam mana nak berhentikan dia pakai pamper waktu tidur malam.Ada Satu hari tu,kami terlupa pakaikan dia pamper, tahu-tahu dia kejutkan kami pukul 3 pagi ,cakap dia dah basah pasal terkencing dalam seluar.kami kan duduk di apartment kalau basah tilam alamat masalah besarlah nak menjemurnya. Apa-apa pun masalah ini kena diselesaikan tahun ini juga kerana tahun depan Naufal dah darjah satu.Dulu abang-abangnya 6 tahun dah tak pakai pamper waktu tidur malam.Insyallah masalah ini akan dapat diatasi nanti.:-S

Thursday 7 January 2010

Jaja Dan Din



Saya ialah peminat setia penulis novel yang bernama Noor Suraya,saya ada semua novel-novelnya.baru-baru ini saya dihadiahkan oleh Kak Su(saya pangil dia kak su) dengan novelnya yang terbaru bertajuk Jaja & Din .

Apa yang saya nak katakan disini novelnya ini kali ini tak dapat saya nak gambarkan dengan perkataan bagusnya.Walaupun pun seperti yang dikatakan oleh watak JAJA dalam cerita ini.Kisahnya simple, tapi cara Kak Su mengolah cerita ini yang mengkagumkan.Semua perasaan kita akan rasa dalam novel ini perasaan lucu,sedih,insaf dan teruja.Memang lain dari yang lain,memandangkan saya ialah pembaca novel yang tegar saya beri 6 bintang kepada Novel kak su kali ini.

Saya baca buku ini dan ceritakan kepada hubby,dia ketawa bila saya cerita macamana cara Jaja nak kenalkan Din kepada ibubapanya,siapa yang kenal saya mesti tahu cara saya bercerita macamana(I can be seolah saya pernah kenal Jaja tu).Lepas tu boleh ceritakan betapa sedihnya saya bila Jaja berada dirumah mertuanya.

Cerita ini juga boleh memberi keinsafan kepada sesiapa yang agak lalai bab-bab sembahyang ini.Percayalah cakap saya,beri keinsafan yang macamana tu, cubalah baca buku ini nanti ya.Siapa-siapa nak beli buku ini dengan signature Kak Su sekali,melalui saya boleh saya tolong dapatkan.Jangan kata saya kuat berangan ya,saya juga dapat merasakan kalau dikira 1 hingga 10,hubby saya ada 6 persamaan dengan watak Ustaz Din dalam Novel Jaja & Din ni he he.

Nak tahu mengenai kak Su boleh tengok sini Kak Su
dan Sini


Me and Kak Su


Ochu,Wani,Kak Su and Me

Wednesday 6 January 2010

Alahai lah Anak




Ni gambar tengahari waktu balik, tu pasal uniform dah tak tuck in lagi


Hari ini hari yang ketiga Naufal pergi Pra sekolah,tapi merupakan hari yang pertama kami tak tunggu dia.Semalam hubby cuti lagi tapi tengok dia dari jauh je.Semalam dia tanya ayah kerja ke sebab tengok hubby pakai T.shirt je,hubby jawab "ayah kerja".Tapi kenapa ayah pakai baju macam ni (T.shirt)sebab ayah kursus ke tapi tak kerja.Tak taulah mana dia dapat idea pakai T.shirt pergi kursus,tapi kalau pakai kemeja pergi office.Hubby mengiakannya saja.

Around 12.15 hubby pergi sekolah tapi perhatikan je dari jauh,ramai budak-budak lain dah balik.Hanya 2 orang je dalam kelas termasuklah Naufal.Kelas Pra sekolah habis pukul 12.00 tapi jiran kami (Papa Yus)hanya akan ambil Naufal pukul 12.45 maka terjengok-jengoklah Naufal tunggu orang nak ambil dia.Kesian pula kata hubby saya tengok dia.Apa nak buat kita tumpang orangkan so pasrah je lah.Ada van yang boleh ambil budak Pra sekolah tepat pada waktunya tapi sampai lobby je,siapa pula nak tunggu bawah dan bawa dia naik atas ke tingkat 8.Saya memang tak biasakan Naufal naik lift sorang-sorang.Saya tak tahulah orang lain saya memang tak boleh.Di rumah saya tu budak-budak lima tahun ke bawah selamba je naik lift sorang-sorang saya tak tahulah macamana parents mereka boleh lepaskan.Saya kalau anak anak nak main di Taman permainan pun mesti berteman dengan orang dewasa.

So hari ini tawakal je lah Naufal ok masa tunggu Papa Yus disekolah nanti.Pagi tadi pun dia tak bagi kami hantar dia, sebab dia nak pergi sekolah dengan kakak Nabila and Papa Yus. Sebenarnya Naufal ok je cuma kami je terlebih bimbang .Malam tadi sebelum tidur dia cakap dengan saya,really macam orang dah dewasa"mak jangan bimbang kat sekolah tak da orang jahat,ada ramai kanak-kanak je". Hmm entahlah tapi saya dah pesan dengannya berkali-kali jangan ikut orang yang tak kenal hanya boleh ikut Papa Yus dan Cikgu je.Dia jawab dengan muka booringnya"yalah yalah mak ni asyik cakap je sambil tutup muka dengan selimut". Tengoklah tu dia lebih confident dari maknya.Walau apa-apa pun semoga allah lindungi -anak-anakku dalam perjalanan pergi dan pulang dari sekolah dan di kawasan persekitarannya. Amin

Tuesday 5 January 2010

Korea aka Aquaria



Rehat sekejap selepas berlari ambil kamera dikereta


Naufal pakai baju Nabil Yang pernah dipakai 10 tahun dulu




Anak-anak lebih tinggi dari abahnya




Ini cerita hari Ahad lepas tapi baru boleh masuk entry today,semenjak dari mula cuti sekolah my son yang number dua sibuk ajak nak pergi Aquaria DiKLCC,tapi entahlah mak dia macam malas je nak pergi.Bukan apa jalan jauh nanti,lepas pergi balik sure sakit kaki.Ialah cuti sekolah ni mereka bangun lambat sikit waktu pagi,saya ni pula kalau nak jalan sekitar KL kalau boleh sekitar 10.00 pagi mesti dah keluar dari rumah,kalau lambat keluar mood boleh bertukar dari rajin nak keluar rumah kepada malas nak keluar langsung.

Nabil yang memang nak sangat pergi Aquaria,telah mempengaruhi Naufal untuk mengajak kami pergi ke Aquaria,malangnya Naufal yang sangat susah nak sebut perkataan Aquaria telah tersalah cakap dengan mengajak kami pergi Korea. Saya yang pening lalat ni(my favourite word now)pun menanyakan abang-abangnya"apa adik ni asyik nak ajak pergi Korea ni"mana dia dapat idea ni.Abil menerangkan Korea itu sebenarnya "Aquaria" so secara tak langsung tahulah siapa yang ajar adik pasal Aquaria kan.

Nak jadi cerita hari Ahad hari tu bersamaan dengan last day cuti sekolah,pagi lepas sarapan pagi saya buka blog my sister in law sini.Mereka sekeluarga pergi Aquaria,Nabil pun apa lagi bisingla "tengok atikah dah pergi kita bila".Saya yang dah tak kuasa nak dengar pun teruslah cakap hah pergi siap sekarang jom kita pergi. Kadang-kadang benda-benda macamni kalau dirancang tak menjadi,maka kelam-kabutlah mereka bersiap sebelum maknya bertukar fikiran.Masa tu dah pukul 11.00 pagi Sisulung pula buat hal tak nak ikut,but me kan kalau nak pergi mana-mana anak-anak mesti semua ikut,maka tiada alasan lah taknak pergi kecuali tak sihat.Masa umur-umur macam sekarang nilah boleh paksa ikut pun,sikit hari lagi ajak macamana pun taknaknya yalah dah makin besar nanti.

Kami sampai di DiKLCC pada pukul 12.30,kami parking diKLCC dan mengambil masa 15 minit jugalah untuk berjalan ke Aquaria tu,sebelum ni kami pergi Aquaria parking di KL Convention Center tak terasa jalan berjauh sangat macam ni.Nasib baik orang tak ramai sangat jadi beratur sekejap je lah masa beli tiket,untuk 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak jumlah harga tiket yang kami kena bayar ialah RM128.Nak jadi cerita, dah siap beli tiket baru perasan kamera tertinggal dalam kereta.Tak syoklah takda kamera kan.Mak dia ni mula lah tak da mood nak masuk Aquaria.Nasib baik Nabil akhirnya kesiankan maknya ni sanggup balik semula ke parking untuk ambil kamera dengan syarat si sulung pun ikut sama.Barulah emaknya boleh tersenyum.Kesian juga melihat diorang kena pergi ambil kamera dekat parking sebab memang bukannya dekat pergi dan balik ambil 1/2 jamlah juga,tapi nak buat macamana no kamera tak happening la ngee.

Kesudahannya kami telah menikmati saat-saat yang menyeronokkan di Aquaria sekeluarga.Keluar je dari Aquaria kami singgah sembahyang di surau disitu.Lepas sembahyang perut pun mula lah rasa lapar,hubby cakap nak makan nasi and no to fast food.Saya ajak makan di Penang Village,masalahnya kaki dah tak larat nak jalan maka kami akhirnya makan ditempat makan yang pertama kami jumpa di dalam KLCC itu iaitu KFC. Kami makan KFC dan memilih set yang ada nasilah sebab hubby really lapar nak makan nasi.Ok lah juga dah tak da pilihan lain kan.Walaupun tekak nak makan masakan yang ala-ala tom Yam tapi dah nak pukul 3.30 petang masa tu.So telan jelah makanan yang ada itu. Balik dari KLCC kami singgah ke bandar Kinrara nak jumpa emak dan anak-anak abang saya kerana dah 2 minggu tak jumpa.

Nampaknya cuti sekolah kali ini anak-anak memang betul-betul berjalan sakan ialah pergi Singapore,Sunway Lagoon,enjoy futsal Di Sport planet and last sekali pergi Aquaria so lepas ni anak-anak ku sekolah nak buka semula belajarlah rajin-rajin ya.Kalau belajar rajin-rajin,berkelakuan baik dan rajin tolong mak and terutama sekali waktu Solat tak payah bersuruh cuti akan datang kita akan buat planning yang lagi best . So ingat pesan Mak ni.