Tuesday 1 June 2010

Majlis Perkahwinan Cik Sofiah



Gambar ini saya yang ambil cantikkan (dengan Cik Zuraidah)



Pada 29 haribulan yang lepas telah berlangsungnya majlis perkahwinan Penolong pengarah di Unit saya iaitu Cik Sofiah binti Ahmad Shahuddin.Seperti biasa sebelum saya pergi kesesuatu tempat saya mesti kena singgah ke beberapa destinasi dulu barulah saya akan sampai ke tempat yang benar-benar nak dituju.

Hari itu sahaja sebelum saya pergi ke majlis perkahwinan Cik Sofiah sekarang dah bergelar Puan ya,saya kena singgah Alamanda dulu,lepas itu pergi office hubby ambil dokumen kereta,lepas terus pula ke Pejabat Pos Kampung Bharu untuk hidupkan Road tax kereta kami yang dah tamat hari itu juga.Sampai anak-anak dah puas tidur dalam kereta dan perut juga dah mula lapar barulah sampai ke dewan yang majlis perkahwinan itu dijalankan.Sebab itu saya tak berapa rela kalau ada orang nak tumpang atau nak berkonvoi bersama-sama kemana-mana majlis ,sebab family saya biasanya akan berlaku macam nilah banyak sangat tempat menyinggah. Letih di buatnya LOL.

Berbalik kembali ke perkahwinan Cik Sofiah saya pernah buat entry mengenai majlis pertunangannya disini. Saya sampai kedewan majlis itu dilangsungkan lebih kurang pukul 1.45 tengahari disana saya dapat jumpa my ex boss(tak bestlah panggil ex)my mantan Penolong Pegawai Tadbir Cik Zuraidah dan Puan Noraini Bakar. Kiranya saya sampai disitu just nice je lah masanya.Lepas kami sekeluarga makan pengantin pun sampai. Saya ingatkan saya tak berkesempatan nak ambil gambar denga pengantin,ambil gambar penganti memang boleh tapi bergambar dengan pengantin tak tahulah lagi almaklumlah kan orang ramai.

Tapi mungkin dah rezeki saya agaknya dapat juga saya menyelit-nyelit sekejap bergambar dengan pasangan pengantin baru itu.Puaslah hati saya dah dapat bergambar dengan pengantin.Cuma tak syoknya kalau saya yang ambil gambar,gambarnya cantik bila suruh anak bujang yang snap gambar saya dengan pengantin,gambarnya kurang cantik.Maka beganglah siemaknya ini.Nak buat macamana,anak-anak bujang tu sebenarnya tak ikhlas nak ambil gambar,tak kuasa nak layan kerenah emaknya gamaknya(cakap Peraklah pulak ye).

Family Cik Sofiah semuanya berbaju colour Fuschia,emak cik Sofiah dan kakak-kakaknya sangatlah Vogue The Vass ha ha,Pelamin ala-ala English style,memang menarik ada Symphony Orchestra lagi,Oppss bukan-bukan ada ghazal masa saya tengah makan kumpulan ghazal itu penyanyinya menyanyikan lagu"Penawar Rindu" lagu favourite saya macam nak pengsan seronok mendengarnya.Cik sofiah berbaju lace putih dan bunganya colour Pink.Fesyen bajunya lain dari yang lain yang biasa kita tengok.Mekapnya matanya mungkin teknik mekap smoky eyes tapi dalam gambar sangat cantik. Being Cik Sofiah macam tu jugalah sentiasa ready dengan gayanya yang fotogenic bila bergambar.

So cik Sofia yang saya juga mengelarnya Claire Forlani.SELAMAT PENGANTIN BARU dengan suami semoga kekal abadi hingga ke hujung nyawa.Kalau ada rintangan yang menimpa just breathe in breathe out(eh bukan untuk bersalin ke tu).Hadapi segala rintangan yang ada sepanjang perkahwinan nanti sebagai asam garam dalam kehidupan.Kak jana akan iringinya dengan doa yang baik-baik untuk kehidupan Puan Sofiah yang baru ini. Amiiin.

Kembar Cik Sofiah Claire Shahuddin Wa ka ka

4 comments:

  1. haha sampai skang sy masih tercari2 asas pertimbangan kak jana ckp sy mcm claire. kihkihkih. nway thanks it's a compliment though ;D

    alahai awatlah tudung cek dlm gambar2 ni tekelepet tu. naseb baik kak jana cepat bertindak kan. sy dlm keta lg da nmpk kak jana, happy btul ;D

    thanks for coming ye. and thanks for the wishes and prays. insyaAllah sy cuba jd isteri solehah amin ;)

    ReplyDelete
  2. Cik Sofiah,
    Persamaannya dekat mata tu,and shape of face and tinggi lampainya,

    tudung terkelepet ke,ingatkan fesyen,ok je apa

    ReplyDelete
  3. Hai kak jana nmpk sihat anak2 bujang handsome dah besar pjg..hihi! coincidently kita dpt jumpe lepas rindu i..thanks sy dh upload gambar ni.

    Huhu..puan sofiah slmt pengantin baru mmg sgt cantik di hari yang bermakna tu. Akk ucapkan smga ikatan pernikahan yang termateri akan kekal abadi sehingga akhir hayatmu.

    ReplyDelete
  4. Hye,
    Wah cik zuraidah dah pandai komen ni,baguslah tu,bagi email nanti kak jana email gambar yang lain-lain yang ada dalam simpanan.

    ReplyDelete