Friday 25 June 2010

Pasal Bola Dapat TV HD and Beyond


Dirumah sekarang ini tengah hangat dengan Astro Beyond.Semuanya hanya kerana gara-gara pertandingan World cup football lah.Selama ini tak pernah kisah pun nak TV LCD janji ada TV boleh tengok pun dah cukuplah.Tapi Bila start football world Cup ini tiba-tiba je hubby ajak pergi Kedai elektrik nak cari TV Besar.Perrgh terkejut jugalah dibuatnya.

Selama ini hubby dengan anak saya yang nombor dua Nabil memang suka pergi kebahagian alat-alat elektrik di pasaraya untuk TV LCD ini. TV yang mereka beli ini pun,mereka pergi ke kedai berdua je.Orang yang paling happy dengan TV baru ini tentulah Nabil,saya dan si kecik masih setia dengan tv kecil dalam bilik.

Saya merasakan TV yang baru ini terlalu besar and kalau cerita seram rasanya baiklah tengok di TV lama sahaja. Sebabnya hantunya mesti lebih besar dari yang biasakan he he.Tapi yang pasti dengan Astro Beyond memang puas hatilah bila kita tengok rancangan-rancangannya, even kedut-kedut dimuka dan air mata yang mengalir boleh jelas kelihatan looks sangat real.Cuma yang tak syoknya belum semua channel ada Beyond lagi. Lagi satu kelebihannya dengan TV LCD sebesar 42 inci ini ialah sekarang kami tak perlu pakai cermin mata lagi untuk baca subtittle yippie.....


Kenangan TV lama yang dah berusia 12 tahun

1 comment:

  1. bukan takat TV and Beyond Astro tapi meja pun baru!!!

    ReplyDelete