Saya merasakan betapa beruntung berkerja ditempat saya sekarang ini dan alhamdullilah sudah 16 tahun saya bekerja disini.Antaranya ialah saya berpeluang mendengar ceramah-ceramah agama dari penceramah-penceramah yang tersohor dinegara kita.Dalam 2 kali sebulan akan diadakan sessi Penghayatan nilai-nilai Murni.Biasanya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya.Ia akan berlangsung selama 2 jam dari pukul 11.00 pagi hingga 1 tengahari.
Semalam Ustaz yang menyampaikan ceramah adalah Ustaz Dzulkarnain Bin Hamzah iaitu Ustaz yang mengacarakan program Iman Muda dan Kalam Suci.Tajuk yang disampaikan semalam ialah Penghayatan Roh Dalam Kehidupan Manusia.Rasanya masa selama 2 jam itu terasa begitu cepat berlalu.
Antara yang saya ingat dan telah mencuit hati saya dalam ceramahnya semalam ialah Ustaz itu ada menyatakan sesorang lelaki hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja,tapi perempuan pula boleh fokus kepada banyak perkara,cuma hard disk dalam kepala wanita sangat kecil,itulah sebabnya ia diluah kembali dengan cara menceritakannya semula(dengan kata-kata lain membebel he he).Saya boleh terima fakta itu.
Perbezaan antara lelaki dan wanita pula ialah lelaki itu adalah umpama mentari yang sentiasa menyinari(masa tu saya fikir ok betul-betul)penting tu tiada mentari susah bumi ini.Lepas tu dia kata perempuan pula umpama bulan(dah tersenyum seronok)ialah bulan kan mengindahkan suasana malam(sebab itu ada perupamaan wajah seindah Bulan)tetapi saya ulangi tetaaapi ustaz juga itu berkata kaum wanita kena ingat pula bulan juga ada gerhana bulan,bulan mengambang and bulan sabit(so faham-faham sahajalah).Yang ini juga saya kena terima faktanya itu he he.
Ada banyak lagi tapi itu lah saya, orang lain pergi ceramah bawa buku nota dan pen,saya pula tak bawa buku nota bawa badan je,so tak semua saya boleh huraikan sedetailnya.Ustaz ini juga bila mengaji hati kita mendengarnya automatic boleh sayu dan sedih tetapi dalam waktu yang sama akan terasa tenang juga.Jadi maknanya tidak salah lah rupanya selama ini kalau Si Bongsu saya Naufal yang suka duduk sebelah ayahnya masa bacaan yassin setiap malam Jumaat boleh tiba-tiba meleleh air matanya sedih.Ustaz itu juga mengucapkan tahniah kepada rakyat selangor kerana hasil kajian telah menunjukkan carta peratus yang tertinggi negeri yang banyak menonton rancangan berunsur ugama adalah negeri Selangor,manakala negeri yang kedua pula ialah negeri Kelantan.Bila di tanya peratus yang terendah dia pada mulanya tak hendak mendedahkanya.Tapi bila di minta oleh para hadirin sekelian dia mendedahkan juga peratus negeri yang terendah menonton rancangan berunsur agama ialah Melaka,Sabah,Sarawak dan yang paling saya tak sangka negeri yang termasuk sama ialah negeri Johor.
Negeri-negeri ini lebih tinggi peratusnya dalam menonton rancangan Raja Lawak dan Akedemi Fantasia. Itu menurutnya hasil dari kajian pihak Astro.Setakat ini Rancangan Imam muda menjuarai dengan sejuta penonton pada hari pertama ia disiarkan.Banyak lagi sebenarnya, contohnya betapa penting zakat itu mempengaruhi suasana pembesaran kehidupan anak-anak kita.Kita tak mengeluarkan zakat pendapatan tahunan dan wang yang kita ada dan sepatutnya kita zakatkan kita bagi anak-anak kita makan.Secara tak langsung ia termasuk pada unsur-unsur tidak elok dalam cara bagaimana kita membesarkan anak-anak kita.
Nampak banyak muhasabah diri yang perlu dilakukan selepas ini.Alhamdullilah banyak ilmu yang saya dapat di majlis ilmu kali ini.Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Ramadan ini kerana biasanya ceramah seperti ini akan diadakan setiap hari disepanjang bulan Ramadan.Insyaallah saya akan cuba mengikuti sepenuhnya seperti tahun-tahun yang lepas.
No comments:
Post a Comment