Tuesday, 1 June 2010

Majlis Tahnik Amir Miqta


Baby Amir Miq'ta


Kumpulan Marhaban


Completed Family of Ateh And Achik


Nenek mencukur rambut buah hatinya

Pada hari Ahad bersamaan dengan 30 May telah diadakan majlis cukur Jambul dan kenduri kesyukuran sempena kelahiran cucu sulung kepada keluarga Achik and Ateh.Seperti biasa saya ditugaskan untuk membuat air teh untuk sarapan kepada tetamu-tetamu yang datang.Diawal pagi lagi saya dah menjerang beberapa periuk air untuk dibuat air teh.Mak njang dan wani pula telah ditugaskan untuk mengoreng Mee hoon sebanyak enam bungkus.Kuih muih yang buat sendiri hanyalah agar-agar sirap merah sahaja,lain-lain kuih telah diorder sahaja iaitu kuih karipap,pulut panggang,kuih bakar dan kuih koci.

Majlis bertemakan colour biru turqoise almaklumlah cucu Ateh and achik kan boy.Kumpulan marhaban tiba dalam pukul 9.00 pagi dan lebih kurang seramai 40 ahli marhaban yang hadir.Majlis cukur jambul berjalan lancar hasil kerjasama Miqta yang tak melalak menangis.Miqta ni kalau menangis semua orang takut dibuatnya,dia punya nangis macam kena cubit dan susah pulak nak dipujuk.Tapi biasanya baby memang tak akan meragam masa majlis berendoi dan cukur jambul ini,mungkin masa itu mereka rasakan seperti didodoikan.

Makanan yang dihidangkan untuk menjamu selera tengaharinya ialah Nasi Jagung,daging masak Kuzi,sambal sotong,ayam goreng berempah,dalca tulang,papadom,satay,limau sunkist,air sirap campur oren and kuih-muih.Ramai juga tetamu yang hadir,yang bestnya kakak my dearest friend Yuhana pun datang juga.Disebelah petangnya pula diadakan majlis harijadi untuk kaum-kerabat kami yang dilahirkan pada bulan Mei.Bulan Mei memang ramai yang sama tarikh lahirnya. So seronoklah mereka sambut birthday beramai-ramai.Nasib baik cuaca baik hari itu walaupun agak panaslah juga.

Majlis berjalan dengan sempurna dan nampak terserlah kepuasan di wajah ateh and achik keran majlis berjalan dengan jayanya.Beruntung sebenarnya Afizah dan suami kerana menerima kasih sayang yang melimpah ruah dari emak dan abahnya.Jadi belajarlah untuk menghargainya.Terutamanya untuk menantunya yang seorang itu.Achik and Ateh adalah seorang ibu-bapa mertua yang paling tabah dan bertimbang rasa yang pernah saya lihat.(Sebak pula tiba-tiba ini).Semoga Ateh dan Achik dilimpahkan rahmat dan kesihatan diri yang sehat untuk meneruskan kehidupan seterusnya.Untuk Amirah adik yang baik dan rajin seronok kalau kak jana pun ada adik perempuan yang seperti mirah. Teruskan membahagiakan mak dah abah ya.

Boleh tengok lagi gambar disini

No comments:

Post a Comment