Friday, 18 June 2010

Sehari di Genting Highlands





Semalam selepas beberapa tahun merancang untuk pergi ke Genting Highlands dengan anak-anak akhirnya family saya sampai juga kesana.Seriously dah lama sebenarnya merancang nak pergi sana,tapi asyik tak menjadi je.Percaya tak anak saya yang sulung pernah cakap "mak dekat sekolah bila cikgu tanya siapa pernah pergi ke Genting Highland dia seorang yang tak angkat tangan",kawan-kawan yang lain dalm kelasnya semua dah pernah pergi.Nabil yang second pun cakap macam tu.Alamak sedih lah pula mendengarnya.Kadang-kadang sebenarnya nak pergi berjalan ni tak payah nak rancang-rancang sangatkan.Bukan apa takut tak menjadi.So saya yang tiba-tiba aje suruh hubby ambil cuti minggu ini and kalau boleh tak hendak pergi ke Genting on weekend takut orang ramai.Kami tak bagi tahu anak-anak rancangan ini takut tak jadi,hari keesokannya nak pergi baru kami bagi tahu rancangan kami itu kepada mereka.Nasib baiklah saya dah sehat sedikit sebab 2 hari sebelum itu saya kena keracunan makanan yang agak teruk jugalah sampai m.c dua hari.Actually hubby sebenarnya planning nak cuti dua hari untuk bawa anak jalan-jalan.Tapi akhirnya dia cuti hari yang nak pergi ke Genting itu sahaja sebab kerja tengah banyak katanya.

Yang paling ketara nampak keterujaan nak pergi ialah Nabil,kami bawa bekal nasi lemak dan kuih karipap yang kami order,kononya nak makan kat sanalah nanti.Sepanjang perjalanan kami naik ke Genting Highlands tu my hubby asyik diganggu oleh panggilan telefon oleh bossnya yang tanya pasal kerja.Saya dan anak-anak naik booring dibuatnya.Sampai saya rasa nak suruh hubby off sahaja handphone dia.Kekerapan bunyi telefon dari bossnya amatlah menjengkelkan hati kami .Sebab yang kelakarnya boss panggil tanya pasal kerja,tapi caranya macam hubby saya yang arah dia apa yang perlu dibuat.Sebab my hubby asyik ulang perkataan "kan saya dah terang kan hari tu". Saya dan anak-anak terconfuse sekejap siapa yang sebenarnya boss ha ha.

Kami sampai dipuncak Genting pada pukul 10.00 pagi dah rezeki kami mungkin, senang pula nak dapat parking kereta.Nabil teruja sungguh dengan cuaca yang sejuk ketika itu,dia tak sangka suhu sebenarnya akan sesejuk itu.Hubby kena beratur dalam sejam juga untuk mendapatkan tiket masuk ke Theme Parknya.Harga tiket untuk memasuki kedua-dua Theme Parknya indoor dan outdoor ialah sebanyak RM277. Al- maklumlah kan cuti sekolah walaupun hari itu adalah weekdays orang adalah sangat ramai.

Kami melayan Naufal untuk menaikki apa sahaja pun permainan yang dia hendak naik dan main.Tapi Naufal kan kalau boleh semuanya yang di hendak naik ayah atau emak kena naik sekali.Naqiuddin and Nabil tak berapa teruja sangat nak naik permainan-permainan yang disediakan mungkin malas nak beratur kot.Makanan memang mahal gila disitu makan jagung rebus cawan kecil satu harganya 4 ringgit,sausage satu 4 ringgit,cucur udang satu RM2.50,buah RM4 juga.Lebihnya kami banyak bergambar sahaja ha ha.Apalagi nak buatkan.

Kami turun ke bumi chewah he he(turun kebawah dari puncak genting)itu lebih kurang pukul 3.30 petang.Waktu turun kami tak pasang air-cond kereta pun,buka tingkap pakai udara dari luar yang asli.Sejuk dan nyaman sungguh.Itulah yang Naufal ucapkan masa diatas puncak Genting "Selesa Dan Nyamannya disini".Nabil kata lain kali kita datang tidur sini ya mak".Insyaallah saya menjawabnya tapi nampaknya mak kena bawa buku cerita and DVD banyak -banyak lah duduk dalam bilik kat hotel.Sebabnya saya rasa diGenting Higland memang menyeronokkan untuk budak-budak dan orang-orang muda sepertinya sahaja. Untuk kami yang dah tua ni,nak relax-relax boleh lah kot.

Oh ya,nasi lemak yang kami bawa tu,sudahnya saya singgah kerumah mak mertua di Taman Batu Caves dan makan disitu sahaja.Setelah makan ,berehat dan sembahyang Asar dirumah mertua, saya dan family pun pulang ke Putrajaya dengan hati yang happy.So anak-anak lepas ni kalau cikgu tanya siapa pernah pergi Genting Highlands dalam kelas angkat tangan tinggi-tinggi ya:-)


Nak tengok lagi gambar sila-silah klik disini Sehari DiGenting Highlands



1 comment: