Thursday, 3 June 2010

Lu Punya Nasib Lu Makan





Cerita kali ini sebenarnya dah lama berlaku dan rasanya pada mula-mulanya saya malas pun nak menceritakannya tapi selepas kejadian yang berlaku semalam rasa berkobar-kobar pula nak tulis. My hubby bekerja dengan sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia kalau saya sebut mesti orang akan tahu syarikat ini tapi biarlah saya mengelarnya syarikat N sahaja.Hubby saya sudah bekerja selama 17 tahun disyarikat N ini,seusia dengan lamanya perkahwinan saya.Baru-baru ini(lebih kurang sebulan yang lepas)hubby saya telah dioffer oleh sebuah syarikat S .tapi kebanyakkan pekerjanya adalah bekas pekerja dari syarikat N yang hubby saya still bekerja sekarang.Malahan tuan punya syarikat S itu adalah adik-beradik dengan tuan punya syarikat N yang hubby bekerja sekarang.Dulu tuan punya syarikat S pun bekerja sebagai one of the orang atasan disini ,tetapi setelah abangnya meninggal dunia dan syarikat N itu telah diuruskan oleh anak kepada abangnya.Maka si tuan punya syarikat S ini pun memulakan lah perniagaannya sendiri.

My hubby dalam keadaan dilema juga,sama ada nak berhijrah ditempat baru (syarikat S) atau still bekerja ditempat sekarang.Saya menyuruhnya berfikir sehabis baik kerana keputusan yang akan dibuatnya ini akan melibatkan masa depan keluarga kami.Kami berbincang sehabis-habisnya.Diiringi juga dengan solat istikharah yang my hubby lakukan selama 3 kali.Mula-mula dia masih didalam dilema lagi kerana belum dapat petunjuk katanya.Kalau tidak dapat pentunjuk kata saya ikutlah berat hati dia lebih kemana,ditempat barukah atau ditempat sekarang.

Pada hari yang sepatutnya dia pergi ke office baru untuk tengok carta organisasi syarikat itu dan dimanakah hubby saya akan diletakkan, saya masih ingat lagi ,selepas dia dropped saya dioffice tempat saya bekerja selepas bersalam dengannya dan sebelum saya menutup pintu kereta sempat lagi saya berpesan kepadanya buatlah keputusan yang sehabis baik,apa-apa pun keputusannya, kami sekeluarga akan menyokongnya.Kesudahannya hubby telah menolak offer Syarikat S itu kerana rupa-rupa malam sebelumnya dia telah mendapat petunjuk hasil dari istikharah yang dibuat.Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan tapi wang bukan segala-galanya kan.

Itu sebahagian permulaan cerita,apa yang nak saya jelaskan disini sebenarnya bila semalam hubby ada beritahu makin lama makin ramai kakitangan dari syarikat N sekarang ini ditarik sedikit demi sedikit ke syarikat S yang baru itu,buat masa ini hanya hubby saya sahaja yang menolah tawaran.Dan khabarnya semalam ada lagi seorang yang mungkin akan menolak juga.Yang nak jadi cerita ini ada salah seorang dari kakitangan syarikat N yang hubby bekerja sekarang dan telah berhijrah ke syarikat S, macam tak puas hati kenapa beliau ini menolak juga.Pernahlah ada orang yang cakap sambil bergurau kalau semua cuba ditarik sedikit demi sedikit apa akan jadi pada Syarikat N ini. Nak tahu apa jawapannya oleh ex worker ini Biarlah Dia Melingkup".Saya mendengarkannya pun mengucap panjang. Inilah bangsa kita baru berhijrah ketempat baru dan dapat gaji lebih sedikit dari sebelumnya dah ada sifat-sifat seperti ini.Bukankah selama ini dari Syarikat N inilah dia membina kerjaya selama lebih dari sepuluh tahun,disinilah dia mula meraih segala pengalaman bekerja.Disinilah juga tempat dia mengenal erti kehidupan dan mencari nafkah selama ini.Tergamak dia mengucapkan kata begitu, Itulah yang dikatakan bangsa Melayu Memang Mudah Lupa.Sedangkan masa si Ex Worker ini bekerja di Syarikat N dia pernah diberi peluang mengerjakan umrah dengannya semuanya ditanggung lagi.Tidakah masa itu dia sepatutnya berdoa di tanah suci ketika itu agar disyarikat N ini semakin maju kerana secara tidak langsung tempatnya dia mencari rezeki akan stabil pernigaanya.Hendak pergi dengan duit sendiri belum tentu mampukan.Patut bersyukur lah.Once again biasalah melayu memang mudah lupa

Apa salahnya mendoakan benda yang baik-baik,mereka-mereka yang masih bekerja disyarikat N kan ada kehidupannya sendiri.Mereka juga mencari rezeki yang halal apa salahnya sama-sama berdoa agar syarikat S yang dia sedang bekerja sekarang dan syarikat N yang pernah dia bekerja dulu sama-sama maju.Bukankah kawan-kawanya dulu disyarikat N dah macam adik-beradik susah senang bersama-sama menaikkan syarikat N yang biasa-biasa sahaja ketika itu hingga menjadi seperti sekarang.Tergamaknya dia melafazkan perkataan "Biarkan dia Melingkup" ditempat kawan-kawannya yang masih mencari rezeki itu.Hmmmm kita tengok jelah nanti,pada saya biar kita berdoa bersama-sama semoga menambahkan rezeki kita walau dimana jua kita bertugas da semua umat islam supaya hidup aman dan sejahtera.

Janganlah suka mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya kerana takut memakan diri nanti.Semua yang berlaku didunia ini adalah dengan izin dari Allah jua.Maafkan saya jika apa yang saya tulis ini mungkin akan mmenyinggung perasaan sesetengah orang ,apa yang buruk adalah dari saya yang baik itu adalah datangnya darinya yang masa esa.

P/s saya tahu ada orang dioffice hubby yang baca blog ini.
bacalah tapi bila dah baca just simpan dan renungkan jangan diperbincangkan dengan cara yang bukan-bukan pula ya:-

Hubby tiada kena mengena apa yang saya tulis ini semuanya adalah hasil dari pemerhatian saya.Bak kata Orang Sikh Dalam cerita diatas ini apa salahnya rezeki yang ada dikongsi bersama.

Jika Hendak mengenal Orang Berbangsa, Lihatlah kepada Budi dan Bahasa

No comments:

Post a Comment