Sunday, 2 May 2010

Penatnya.....


Hari ini saya sangat penat,penat kemas rumah walaupun tangan dan kaki saya sakit,saya buat juga semuanya vacuum rumah,mop seluruh rumah dan gosok kain yang bertimbun-timbun.Hubby pergi kerja bawa anak yang bongsu.Lepas Hubby pergi kerja je,mak saya call cakap nak datang rumah.Percaya tak saya tak kasi mak saya datang rumah.Bukan Apa dalam peti ais rumah tiada apa pun untuk dimasak.tak sedap pula kalau mak datang tak bagi makan.Hubby tak pergi pasar hari ini kerana nak cepat pergi office.Semalam pula for the whole day kami berada dirumah mak mertua,awal-awal pagi lagi dah keluar rumah.Tu yang tak sempat juga nak pergi pasar semalam.

Hati pun sakit anak sulung pagi-pagi dah keluar main futsal,kerja-kerja yang sepatutnya dia buat saya yang kena buat kesudahannya.Kononnya balik main futsal nanti dia akan buat semuanya,tapi kalau dah balik pun dah pukul dua petang ditambah dengan penat pula tu boleh percaya ke dia akan buat.Rumah saya ni dahlah seminggu sekali je dapat dibersihkan.Lagi pun saya tak pahamlah saya duduk tingkat 8 tapi habuknya dirumah saya kalau 2 hari tak dibersih kan tak tahulah nak cakap macamana.Hmm terkilan pula mak nak datang tapi saya tak bagi datang.Percaya tak masa saya tengah menggosok kepala saya sampai tersenguk-senguk,tengok katil hati berkata"kalaulah dapat baring dan melelapkan mata,alangkah seronoknya".Tapi saya berhenti menggosok untuk sembahyang aja. Tangan saya pula dah dua hari sakit,lenguh yang amat sangat sampai nak tidur pun tak berapa lena. Ditambah dengan kerja-kerja yang dibuat hari ini,memang kena suruh hubby urut tangan ini malam karang.

Saya memang tak nak keluar pergi mana-mana hari ini,saya memang happy kalau dapat duduk rumah seharian.Dan buat segala kerja rumah secara pelahan-lahan.Oh ya hari ini Hari jadi Cousin saya Suhana(dulu suhana ni duduk dengan saya).Saya ni ada banyak hadiah yang nak diberi tapi semuanya duduk terperuk hadiah-hadiah tu dirumah.hadiah untuk mak usu saya dan anaknya Nadiah,hadiah untuk anak saudara saya Nurul Atikah and sekarang ditambah dengan hadiah cousin saya Ochu pula.Entah bilalah saya boleh bagi mereka.

Next week sepatutnya kena pergi rumah nenek melawat nenek and Mak Teh,tapi minggu depan hari Sabtu anak-anak sekolah.mungkin kena ajak mak datang rumah pula,ganti yang dia nak datang minggu ini he he. So tengoklah macamana nanti.Begitulah setiap minggu,penat memang penat.Itu pasal lah saya paling seronok kalau dapat duduk dirumah sahaja sepanjang hari. Kepuasan yang saya dapat hari ini ialah bila lihat baju-baju yang teratur tersusun setelah siap digosok,kasut-kasut sibongsu dah basuh dan cantik putih berkapur,bilik air yang dah bersih dan lantai yang dah bervacuum dan dimop berkilat.Pheeww :-).

No comments:

Post a Comment