Sunday 23 May 2010

Shahir Juara Af8



Malam tadi saya dan hubby tengok finale Af8,tapi tak berapa teruja sangat macam AF 1 dan 2 dulu,ialah perkara-perkara macam ini makin lama orang makin suka or makin lama orang makin tak minat.Tapi nak kira oklah juga Af8 kali ini. Semua boleh nyanyi dengan bagus.Shahir yang jadi juara malam tadi,walaupun saya rasa Adira yang patut menang.Tapi memandangkan kemenangan Juara dalam rancangan ini adalah melalui undi SMS peminat so kena terimalah.

Tapi lagu single kelima-lima peserta akhir Af Kali ini memang sedap-sedap belaka.Terutama lagu Shahir,Adira and Maulana.Beruntungnya mereka ini kerana pengetua AF kali ini ialah Norman KRU.Dapat lagu yang sedap-sedap dan buat video klip yang hebat lagi.Video klip shahir And Adira sangat menarik and khabarnya hasil arahan Yusri KRU.

Tiada masalah rasanya budak-budak ini akan terus naik popularitinya nanti hasil bimbingan daripada KRU.Lagu Shahir and Adira yang sedap itu ,pasti akan masuk mana-mana carta hits stesyen-stesyen radio.Oh ya malam tadi hanya saya dan hubby je yang tengok siaran langsung AF8 ini.Anak bujang saya yang berdua tu buat tak tahu je.Langsung tak minat mereka ini. Dalam banyak-banyak Juara AF sepanjang rancangan ini diadakan saya paling tak suka Mawi, sampaikan finale AF3 masa tu,saya tak tengok pun sebab saya tak faham kenapa orang minat sangat Mawi.Tapi apa-apa pun saya faham itu semua rezeki Allah untuknya,itulah dikatakan aura walaupun menari kejang macam Mr.Bean kalau dah orang minat dan undi sms melimpah ruah pasti akan menang juga.Dia pun dah kaya sekarang, kalau dia pandai jaga kekayaan yang dia ada sekarang Insyaalllah sampai tua makan tak habis.

So next week on wednesday kita tumpukan pula kepada American Idol season 9. siapa yang akan menang Lee Dewyze ke atau Crystal Bowersox.Pilihan saya ialah Lee dari mula-mula American Idol season 9 ni saya dah minat dan nampak Lee Dewyze yang akan menang .So kita tengok nanti ya siapa yang menang.(bak kata Ibrahim Pendek dalam cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok "mari kita lihat siapa yang kena"

Lee Dewyze

s

No comments:

Post a Comment