Tuesday, 4 May 2010

Small and Simple Bday For Cik Chu


Harijadi Cik Chu tapi Naufal Yang lebih masa tiup lilin


Cik Chu dengan adik-beradik aka anak saudara


Bacaan Doa oleh Muhammad Naufal


Surprise Cik Chu

Semalam telah diadakan majlis harijadi cousin saya Ochu(Suhana) secara kecil-kecilan tapi sangat happening bagi family kami.Puncanya ialah cousin saya telefon nak datang rumah dan nak belanja makan Domino.Jadi memandangkan kelmarin ialah harijadinya ,jadi saya rasa tak terlambatlah untuk saya membeli kek untuknya.

Saya beli kek yang comel itu di Baker Cottage Presint 8 , bila lihat dikedai kek tu ada jual topi dan alat tiup-tiup untuk birthday party yang ada dijual secara loose saya pun belilah.,Saya beli topi 4 dan alat tiupan itu pun empat.juga.Bila sampai rumah jam dah pukul 7.00 petang,Sampai-sampai rumah saya lihat sibongsu Naufal dah tidur pula.Biasanya dia akan tidur terus sampai keesokan paginya,Cuba juga kejutkan dia,tapi liat pula nak bangun.Maka saya pun kejutkan dia dengan meniup alat tiupan yang saya beli dikedai kek tadi,dia marah betul “bisingnya mak ni” katanya tapi akhirnya dia bangun juga.

Selepas maghrib kami siap sedia untuk jamuan harijadi yang tak seberapa itu,Naqiuddin yang sulung sempat lagi belajar macamana nak main lagu birthday dengan bermain gitar.dari abahnya.Cik Chu sampai lebih kurang pukul 8.15 disambut ole Naufal dengan gembiranya siap peluk lagi .Dia yang excited sangat ,dia cakap kalau Cik Chu datang adik nak jerit “surprise”.Apa-apalah Naufal.

Acara memotong kek dilakukan dengan diiringi oleh petikan gitar Naqiuddin dan nyanyian lagu birthday oleh kami sekeluarga.Sambil menyanyi lagu birthday tu saya pandang anak saya yang main gitar tu macam orang yang main gitar bila kita pergi celebrated birthday di luar tu pulak rasanya(restoran or kedai-kedai makan).Siap pakai topi lagi he he..Bacaan doa sebelum makan dibaca oleh Naufal. Kami sekeluarga enjoy makan pizza Domino tu.Anak saya yang nombor dua (Nabil) yang biasanya tak makan malam tu (sebab diet)diarahkan oleh Cik Chunya untuk makan juga untuk menghormati jamuan harijadinya.Tapi lepas makan malam je habislah satu rumah dia berjalan excersice untuk bakar kalori yang telah dimakan tadi huhu.Naik pening kami tengok dia berjalan setempat dan adakala seperti berjogging setempat,dan siap buat push up lagi.

Lepas makan acara buka hadiah pula buat birthday girl tapi hadiah dibuka oleh Naufal yang beria-ia lebih, dan hadiah yang dah tak surprise lagi sebab naufal dah telefon bagitahu Cik Chu hadiah apa yang kami akan beri.Cik Chunya balik lebih kurang pukul 9.45 malam,Naufal pujuk Cik Chunya jangan balik dan kenapa Cik Chunya dah lama tak tidur kat rumah kami.Puaslah juga Cik Chu memujuknya.Oh ya orang paling banyak makan malam tadi ialah Naufal dan orang paling lambat tidur juga dialah ,sebab dia dah tidur dari pukul 6.45 hingga 7.30 petang tadi.Itulah dia sambutan hari jadi yang simple tapi manis yang kami adakan malam tadi.Once again Cik Chu Happy Birthday and Allah Selamatkan Kamu(Naufal kata kalau kat sekolah tak nyanyi lagu birthday to you tapi Allah selamatkan Kamu).

1 comment:

  1. Cikshu nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Kak Jana, Abg Yazid, Naqui, Nabil and Naufal. Happy sgt sampai rase taknak balik dek pujukan Naufal.. Memang Naufal banyak makan..beriye-iye.. Thank you so much. I really appreciate it..

    ReplyDelete