Saturday 15 May 2010

The Blind Side





Semalam waktu lunch yang 2 jam tu saya layan tengok cerita The Blind side sorang-sorang di office.Sambil makan sambil tengok DVD .Yang kelakar tu sampai menangis-nangis.Makan -makan juga mata tengok screen computer lepas tu sambil nangis lagi pegang tissues sebab cerita ini sedih sangat.Sampai ada yang tertanya kak jana ni kenapa sampai merah-merah mata.Kak jana emo lah adik-adik ooi tengok dvd cerita ni

Cerita pasal budak lelaki African American yang dibela oleh orang kulit putih tapi pandai main American football.Dibelanya sampai masuk universiti.Dah habis layan cerita tu baru tahu sebenarnya cerita itu adalah berdasarkan dari kisah benar.Lepas tu apa lagi google pasal budak tu Michael Oher di internet.Nanti nak suruh Nabil and Qudin tengok cerita ini pula.Ada Massage cerita ini.

Bila tengok Micahel Oher ini terbayangkan Nabil sebab macam sama je perangainya lurus and polos.Adiknya S.J pula saya boleh terbayangkan si Naufal sebab banyak cakap and bijak. Sandra Bullock menang sebagai Pelakon wanita terbaik dalam Academy Award 2009 yang lepas kerana melakonkan watak Leigh Ann Touhy dengan berkesan. Kalau ada masa tengoklah cerita ini ya banyak pengajaran yang kita dapat.Insyaallah.

The real Michael oher and the Touhy's

2 comments:

  1. I've seen this film when it first came out but I think I didn't finish watching it. Nice story line, maybe i'll watch it again.

    Thanks for the review.

    ReplyDelete
  2. Mrs.nordin

    Thanks kerana sudi singgah my blog,tak sangka sungguh ni,puan and madam tai tai are my mentor in blogger world,sangat berbesar hati saya hari ini :-)

    ReplyDelete