Thursday, 6 May 2010

Kemelut Di Istana


Tiba-tiba rasa nak letak gambar ini,tiada kena mengena dengan cerita ini ya.Ngeeee

Sekarang ni kerap rasanya didada akhbar memaparkan mengenai kemelut keluarga diraja yang berlaku didalam istana yang terletak dinegeri di pantai timur. Mula-mula dulu kecoh dengan cerita putera temenggongnya dengan isterinya yang berasal dari negara seberang,lepas tu pasal isteri kedua sultannya yang tak dibenarkan melawatnya suaminya(si sultan) yang sakit,selepas tu pasal penembakkan yang berlaku dan terkena pada pengawal peribadi Tengku Mahkotanya dan sekarang pula pasal penawanan(kononyalah)yang dilakukan kepada Sultannya tapi ditawan dihospital lah.

Episod kapal terbangnya yang akan membawa Sultannya ke negara jiran untuk mendapatkan rawatan telah dihalang untuk mendarat dilapangan terbang dan Tengku Temenggong dan Permaisurinya didalam perhatian polis sekarang ini makin menyedapkan lagi kisah kemelut keluarga diraja ini.Macam cerita dalam filem pula kan.Tapi saya selalu merasakan ada “something wrong somewhere pada Tuanku permaisuri negeri ini”.Hanya firasat sayalah patik pacal yang hina ni.Kenapa saya terbayangkan wajah-wajah permasuri raja yang jahat-jahat dalam cerita dongeng dulu-dulu masa saya menaip entry ini.Apa-apa pun manalah kita tahu semua yang berlaku ini mungkin adalah balasan qada dan qadar dari Allah Subhanawataala kepada mereka.Kita tengok je lah pengakhiran kepada kemelut didalam drama keluarga diraja ini.

Lagi satu kemusykilan saya ialah, bila kita pergi mana-mana sahaja hospital dinegeri-negeri yang terletak di bumi Malaysia yang bertuah ini memang ada disediakan wad khas untuk Royalty kita.Tapi royalty kita lebih suka berubat diluar negara kan.Kenapa ya,walaupun kadang-kadang penyakit yang mereka hadapi itu boleh sahaja sebenarnya diubati oleh doktor-doktor dinegara kita ini.Tapi lagi sekali disini saya sedar diri ,siapalah patik pacal yang hina ini untuk mempertikaikan perkara-perkara seperti ini.Disini saya ingin menyatakan betapa saya amat menyanjunggi Mantan Perdana Menteri kita yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad kerana beliaulah antara pembesar Negara yang amat yakin dan percaya dengan kepakaran doktor-doktor yang terdapat dibumi kita yang bertuah ini.Kerana ketika beliau mengalami masalah jantung dahulu beliau hanya mendapatkan rawatan didalam negara sahaja.Hmmm tiba-tiba rasa rindu pula dengannya anda bagaimana.

P/S khabarnya kedua anak beranak (permaisuri dan putera kesayangannya mendapatkan khidmat peguam dari anak kepada salah seorang ketua parti pembangkang di bumi Malaysia yang bertuah ini.yang lambangnya ialah gambar roket tu) Ampun Tuanku Wa Wa tu Bulan.

No comments:

Post a Comment