Sejak akhir-akhir ini bila saya tengok Wind Chime dikedai-kedai yang jual barang-barang perhiasan untuk rumah saya selalu terasa nak beli satu.Sebenarnya dari dulu lagi saya suka dengan Wind Chime ini sebab arwah abah memang suka pasang diatap porch depan rumah.Bukan satu yang digantung malahan dua tiga Wind Chime.Wind Chime tu semua bukannya dibeli tapi dibuatnya sendiri.Nak tahu dia buat pakai apa?.Arwah Abah buat Wind Chime itu pakai bekas botol minyak wangi yang diperbuat daripada tin.Bila habis je minyak wangi tu dia akan potong bekasnya dipasang tali and akan diikat besi kecil(tak tau nak describe macamana cara membuatnya lah).Biasanya dari botol minyak wangi jenama Mistral.
Bila berangin saya suka dengar bunyi Wind Chime ini.Kalau diwaktu malam kita boleh tahu angin bertiup kuat atau lembut melalui bunyinya sahaja.Biasanya Wind Chime ni akan berbunyi dengan kuat detingnya bila hari nak hujan.Niat saya nak beli satu Wind Chime untuk gantung dirumah ditambah lagi bila baca blog Kak Su my favourite novelis yang sedang menulis cerita terbarunya yang tajuk sementaranya ialah Langsir Biji Remia yang ada juga menceritakan pasal Wind Chime ini.Sila tengok
NOORSURAYA Semalam kebetulan saya cuti and pergi ke sebuah kedai didalam kompleks PKNS diBangi untuk tempah langsir(bukan colour biji remia ya)actually masa mula –mula memang En.hubby pilih kain untuk buat langsir tu colour biji remia tapi saya tak berapa berkenan. So dikedai tu ada juga dijual wind chime yang cantik-cantik,jadi saya menyatakan lah hasrat hati saya nak beli satu Wind Chime yang comel itu.Tetapi malangnya En. hubby tak berkenan sebab dia kata dia rasa spooky kalau dengar bunyi Wind Chime bila ditiup angin .So jadi maknanya saya kena simpan dalam mimpi jelah niat nak pasang Wind Chime ni dirumah .Ya lah kalau En.hubby tak memperkenankan saya memilikinya takkan nak engkar pula:-(.
P/s kalau siapa-siapa tak tahu apa biji remia sila google ya(sebab mula –mula saya pun tak tahu juga, rupanya saya kenal cuma saya tak panggilnya biji Remia tapi nama lain)
Zana,
ReplyDeleteKreatifnya abah Zana. Abah kaksu beli (orang bagi?) aje, waktu itu kaksu kecil-kecil lagi duduk kampung Cina dan ada wind chime, macam rumah penduduk sekitarnya.
Apabila dah dewasa adik kaksu beli di Bali, dan bunyinya macam gamelan sebab dibuat daripada buluh. Kaksu suka wind chime, sebab kita sentiasa sedar angin senang berhembus di luar... ahaks.
Kawan kaksu (Cina-India)pernah bagi hadiah, dia tanya orang Melayu pantang tak dengan wind chime... kaksu kata kaksu 'tak'. Lepas apabila kaksu gantung depan rumah, lebah (kelulut?) buat sarang... 'ia' sudah tidak berbunyi lagi :(