Thursday, 29 April 2010

Siapa Yang Salah?


Dua tiga hari yang lepas kita digemparkan dengan kisah remaja lelaki yang berumur 15 tahun ditembak oleh polis kerana cuba melarikan diri dari ditahan oleh polis. Ibu dan keluarga budak berkenaan tidak puashati dengan apa yang berlaku dan meyalahkan pihak polis. Tapi betul ke pihak polis yang bersalah didalam kejadian ini.

Saya rasa kalau nak kira siapa yang bersalah dalam perkara ini memang tiada siapa yang akan mengaku.Cuma saya rasa hairan juga mengapa remaja yang berumur 15 tahun dibenarkan memandu kereta tanpa lesen dan dibenarkan keluar selepas 12.00 malam. Tidak perasan kah keluarga mereka bila kereta tiada ditempat yang sepatutnya dan anak mereka tiada dirumah selepas 12.00 malam.

Anak-anak saya sendiri tidak dibenarkan keluar rumah selepas 11.00 malam walaupun untuk menonton perlawanan bolasepak dikedai mamak.Terutama sekali yang masih bersekolah,saya hanya membenarkan mereka buat begitu bila umur mereka mencecah atau selepas 18 tahun keatas. Bukan apa kami memang ada melanggan channel sukan khas dari syarikat penyiaran TV yang berbayar.Jadi tidak perlulah rasanya mereka pergi keluar untuk menonton perlawanan bola sepak diluar.Walaupun saya tahu tak semua remaja dapat dikawal

Berbalik pada kejadian diatas tadi pada pandangan saya pihak polis sendiri mana nak pasti yang memandu kenderaan itu berlesen ke tidak,remaja bawah umur ke,atau orang dewasa.Yang dia pasti kenderaan itu mencurigakan dan cuba lari dari polis apabila ditahan. Saya rasa tindakan yang diambil oleh pihak polis yang melepaskan tembakan itu adalah berdasarkan tindakan yang perlu mereka ambil bila mereka berhadapan dengan keadaan-keadaan seperti ini. Remaja itu pula panik yang amat sangat dan ini menyebabkan mereka memandu juga kenderaan walaupun cuba ditahan oleh pihak polis.Pihak polis pula bila remaja ini terus lari juga menyebabkan mereka ingat remaja ini merupakan penjenayah ataupun dengan kata kata yang berlapik ialah orang yang membuat kesalahan dan hendak melarikan diri dari kesalahannya.

Memanglah ada orang yang akan kata tak kena batang hidung sendiri boleh lah cakap macam-macam. Saya simpati juga dan mengucapkan Takziah kepada ibu remaja berkenaan ,ya lah siapalah yang tak sedih bila kehilangan anak.Cara pemergiannya pula sungguh tragis .Hmm kita tengok je lah kesudahannya peristiwa ini nanti.Diharap dilakukan penyiasatan yang telus and tolonglah jangan dipolitikkan kes ini oleh pihak-pihak yang tertentu.

Apa-apa pun saya simpati juga kepada pihak polis .Sekarang ini apa sahaja yang berlaku pihak polis selalu dipersalahkan.Walaupun saya pasti pihak Polis cuba bertugas sehabis baik untu menjaga keamanan negara. Contohnya kisah anak seorang pelakon(yang juga pelakon ) ditangkap atas sebab memproses dan memiliki dadah.Ibu pelakon itu tidak puas hati dengan pihak Polis dan minta campur tangan dari pihak Menteri. Adakah kerana dia dikenali ramai hingga perlu pihak Menteri campur tangan di dalam kesnya itu.Makin rumit dibuatnya. Saya rasa makin sukar polis hendak memulihkan imej mereka sekarang.Bila mereka melakukan tugas mereka,ada sahaja pihak yang terlebih pandai yang akan mempertikaikan tugas-tugas mereka ini. Dan kalau boleh jangan dipolitikkan jika berlaku perkara-perkara seperti ini oleh pihak-pihak yang tertentu.

Apa yang pasti perkara-perkara seperti ini diharap akan menjadi satu pengajaran kepada anak-anak,ibubapa dan juga keluarga,boleh dikatakan semua pehak lah dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba dan penuh dengan macam-macam dugaan.Dan sentiasa lah kita pastikan dimana anak-anak kita berada, mungkin kita perlu lebih prihatin lagi selepas ini. Akhirmya Al-fatihah untuk remaja yang telah pergi itu.

1 comment:

  1. Amirulrashid adalah penuntut sekolah menengah section 9 Shah Alam, satu sekolah dengan anak buah kak Zai. Di sekolah dia terkenal dengan murid yang sangat baik dan menurut kata, itu kata cikgu mereka. Dia juga seorang murid yang aktif sukan terutamanya bolasepak.

    Hairan juga macamana dia boleh keluar tengah malam dan memandu kereta tanpa lesen.

    ReplyDelete