Wednesday 19 May 2010

Kisah saya dan Lemongrass


Cerita ini tak ada kena mengena dengan Mynn Salam2benua,tapi hari ini masa tengah baca blog Salam 2 Benua yang gelaran namanya dalam dunia blogger ialah Lemongrass terus teringat pula cerita saya yang ada kena mengena dengan Lemongrass atau pun nama dalam bahasa Malaysia Pokok Serai. Saya tak tahulah orang lain yang baca my entry kali ini rasa apa.Tapi saya bila teringatkan peristiwa ini mesti tersenyum and mengeleng kepala sendiri.

Kisah ini berlaku masa saya berumur 9 atau 10 tahun,Saya bila cuti persekolahan sahaja pasti akan diambil oleh makcik saya untuk duduk dirumah nenek saya di Gombak Setia.Saya akan menghabiskan cuti saya disana dari mula cuti persekolahan hinggalah dua tiga hari sebelum sessi persekolahan bermula kembali. Memandangkan saya ialah cucu perempuan sulung kepada nenek saya maka jika ada apa-apa kerja dirumah yang nenek saya perlukan pertolongan maka sayalah orangnya yang akan kena dulu.

Ada suatu hari tu saya telah disuruh olehnya untuk minta serai empat atau lima batang dirumah jiran dihadapan rumah nenek saya. Nenek saya berhajat nak masak rendang ayam hari itu.Saya yang pada masa tu diantara dengar dengan tidak terus sahaja kerumah jiran nenek saya itu. Yang kelakarnya saya minta makcik itu serai sebanyak 45 batang. Makcik itu pandang muka saya macam tak percaya dan kata pergilah ambil kat belakang rumah. Saya pun menjawab yang saya sebenarnya tak reti nak ambil macamana.Akhirnya makcik itu pun tolong ambilkan serai yang sebanyak 45 batang itu,kesiannya dia sampai tergaru-garu gatal masa nak ambil serai itu.Dari pokoknya yang merimbun sampai dah tak rimbun dibuatnya.

Selepas itu saya pun pulang kerumah sambil membawa satu plastik besar batang serai dengan senang hatinya .Sesampainya dirumah nenek punya lah terperanjat melihatkan serai yang banyak itu.”kenapa banyak sangat ini Jana”dia bertanya.Saya pula dengan muka yang confident menjawab” nenek kan nak 45 batang serai”. “Ya Allah budak ni nenek nak 4 hingga 5 batang serai bukannya 45 batanglah”kata nenek.Saya pun terus menutup mulut sebab terasa bersalah sangat dan terbayangkan makcik itu dengan anaknya duduk mencakung mengambil serai-serai itu untuk saya.Tak tahulah agak dalam hati pasti makcik tu mesti menyumpah-nyumpah dengan berkata”kenapa lah agaknya nenek budak ni tak beli serai di pasar sahaja sampai togel pokok serai aku dibuatnya.”

End of the story ,setelah siap sahaja buat rendang ayam tu nenek pun terus suruh saya pergi hantar sedikit kerumah makcik tu. Nenek saya kata “hah pergi kau hantar rendang ni sikit kat rumah makcik tu,sebab kau dah dera dia kena ambil serai sampai 45 batang ".Untill now walaupun dah 31 tahun berlalu tapi kalau tengok pokok serai je mesti teringat kisah ini.Makcik tu sekarang dah buka kedai makanan ala-ala Thailand di Jalan Melati Gombak Setia.Sekarang kalau ada kenduri kendara dirumah nenek ,makcik ini biasanya akan dijemput hadir. Automaticlah pula saya akan teringat muka makcik itu berpeluh –peluh mengambilkan serai untuk saya bila saya terlihatkan mukanya.Moral of the story kalau dengar sesuatu arahan kenalah pastikan dengar betul-betul .Jangan jadi macam saya nenek tak habis cakap lagi terus je menonong pergi,kalau tidak macam ini lah jadinya hendak serai 4 hingga 5 batang sahaja tapi ianya sudah jadi 45 batang serai.Ngeee

Agak-agak ada tak dalam 45 batang serai ni he he

4 comments:

  1. hehehehehe....Kesian Makcik tu berpeluh2 cangkul serai ;-). Mesti dia ingat you all nak buat kenduri tapi tak jemput dia kan :-).

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha mak jana you dah penah cite kat i tapi i still nak gelak jugak...hahahahahahahahahahahahahahahhaha togel pokok seraitu....so what happen for the rest 40 batang serai tu erk??? hahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  3. Mynn(lemongrass)
    Wa ka ka,tu lah cerita kelakar I Mynn,makcik tu kan patut namakan kedai makan dia Lemongrass.You taulah daun pokok tu kan boleh buat tangan luka kalau tak betul-betul,luka juga lah tangan dia masa tu.

    Ochu,
    Tak surelah apa yang jadi kepada 4o batang serai lagi,mungkin sepanjang bulan tu nenek masak segala masakan yang kena masuk serai kot.Kak Jana rasa nenek pun dah tak ingat cerita ini,masa tu nenek sehat lagi dan boleh jalan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wr,wb:
    Saya:Sekeluarga mengucapkan terima kasih Kepada KY SANTANU
    Yg telah merubah hidup kami yG duluh ya,hidup susa ?
    Sekarang sudah merasakan Ke,bahagiaan Alhamdulillah.
    Hanya Sekedar Berbagi Cerita Jalan Ke,Hidupan……!!!!
    Duluh keluarga kami mengalami Ke,susahan Ekonomi
    Dikejar2 tagihan hutang barang berharga sudah terjual
    Dan
    Kami sekeluarga sempat berputus asa tak,tau harus bagaimana lagi
    SupaYa bisa dapat Uang agar bisa melunasi hutang2 kami…Yg sudah cukup lama
    bolom terlunasi…?
    Dan ahirnya Saya tanpa sengaja bercerita masalah Ekonomi keluarga kami
    sama tetanga yang baru beberapa bulan
    Pindahan Dr.jawah timur ke,bali buka usaha..
    Alhamdulillah …..!!!!
    Dia berikan saya No.KY SANTANU Saya lansung menhubungi beliau esok harinya
    Meminta solusi untuk merubah hidup keluarga kamiiii
    Saya diberikan jalan solusi Yg tepat sama KY SANTANU Untuk bermain togel 1x putaran
    Dengan cara saya diminta untuk terlebih dahuluh menyelesaikan membelian sesajen
    sesuai dngn tingkat permintaa saya di paket 4D…sebolom angka di berikan harus
    diselesaikan terlebih dahuluh.!!!
    Demi merubah hidup keluarga, Saya sangat percaya dan tulus Cari pinjaman
    Biar bisa menyelesaikan permintaan
    KY SANTANU.
    Dan beliau memberikan hasil ritUal,ya angka pasangan Togel “ 4D ”
    Angka Yg diberikanya benar2 tembus dan ahiranya keluarga kami bisa bernapas lega ..
    Membayar hutang2 yg sudah cukup lama dan bukan Cuma itu
    Keluarga kami jga sudah bisa buka usaha TOKO jual pakaiyan..
    Buat memenuhi kebutuhan keluarga sehari2
    Terima kasih banyak MBAH Ke,luarga kami sudah bisa mersakan kebahagian Yg
    Tak perna dirasakanya..
    Bagi Yg pengen merubah jalan ke,hidupnya seperti keluarga kami..!!
    Kami sudah buktikan kelebihan beliau 1x permainan togel
    Tepat Dan terbukti bukan hanya sekadar ucapan Yg diberitahukan
    tetangga saya PAK NUR tapi bukti.
    Anda bisa buktikan sendiri semoga kita bisa sejalan keyakinan/kepercayaan
    Call: KY SANTANU
    No: 082 317 877 775
    Saya menuliskan cerita ini demi rasa senang dan bahagia atas bantuan beliau kesuksesan
    Tak,perna dibayankan ahirnya bisa kami dapatkan atas bantuan KY SANTANU

    TERIMA KASIH ..WASSALAM

    ReplyDelete