Monday 7 June 2010

Pertunangan Aida Yurani And Flying like Superman



The Pelamin's


Aida and cousin-cousin belah babahnya



Aida and me

Semalam ialah hari pertunangan my cousin Aida Yurani And Khairul Idlan,selalunya pertunangan cousin-cousin saya akan dijalan dirumah nenek saya di Gombak,tapi kali ini pertunangan untuk Aida dibuat dirumah opahnya iaitu rumah nenek Aida sebelah ibunya.Ok juga sekali-sekala saya dapat datang sebagai tetamu je,biasanya kalau dibuat dirumah nenek Timah alamatnya tak akan senang duduk dibuatnya,ada sahaja kerja yang Nenek Timah suruh buat.

Tema warna pertunangan Aida ialah Lilac(purple muda).Aida kelihatan sangat berlainan dihari pertunangan dengan kata-kata lain,amat berserilah sangat.Barang hantaran diantara kedua-dua pihak sangat cantik,even pelamin untuk upacara menyarung cincin pun sangat indah.Kisah cinta Aida dan Khairul sangat menarik tapi tunggulah akan diceritakan nanti masa saya buat entry untuk majlis perkahwinannya.

Majlis perkahwinan akan diadakan pada bulan Oktober,dan Insyaallah akan diadakan dirumah Nenek Timah pula.Untung sebenarnya Khairul dapat my cousin Aida ini,sebabnya Aida ini tersangatlah pandai memasak dan very caring orangnya.Masakannya yang paling saya gemari ialah"Shepard Pie".Pak Long and Mak Long mesti orang yang paling gembira kerana akhirnya sampailah juga hajat mereka nak tengok Aida Yurani berumahtangga.

Disebelah petangnya pula diadakan majlis harijadi secara kecil-kecilan untuk Mak Teh Dearest untuk yang ke 56 tahun,mulai esok mak teh akan bersara dari pekerjaan sebagai pembantu tadbir Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebenarnya mak teh tak berapa sehat semalam,tapi dia gagahi jua untuk pergi sekejap ke majlis pertunangan Aida.Di sambutan majlis harijadinya semalam pun mak teh kelihatan tak selesa seperti menahan kesakitan.Semuga Allah panjangkan umur mak teh dan sembuhkannya dari penyakit yang dialaminya.

Saya pulang dari rumah nenek lebih kurang pukul 6.00 petang,tapi sempat singgah sekejap ke kubur abah,sebab terasa rindu hendak menziarahinya.Selepas mensedekah Alfatihah kami pun pulang ke Putrajaya.

Kubur arwah abah

Kami sampai ke rumah betul-betul tengah azan maghrib.Sedang saya sibuk berjalan untuk pergi menaikki lift tiba-tiba saya jatuh tersungkur dilobby bawah apartment saya.Saya macam pening lalat sikit,macamana saya boleh terjatuh ketika itu.Tak terasa tergelincir atau apa-apa.Masa itu pula tangan saya ini penuh dengan plastik berisi barang-barang yang diperbuat dari kaca.Dalam terjatuh itu masih ingat lagi barang barang itu dengan mulut berkata "habislah pecah semua".Nak tahu gaya saya macamana masa terjatuh itu.Bayangkan lah sahaja "Superman tengah terbang " macam tu lah keadaanya.Saya masih terfikirkan apa yang menyebabkan saya jatuh,tapi my hubby kata masa tu kan waktu maghrib biasalah tu.

Malamnya seluruh badan saya sakit-sakit,walaupun dah diurut oleh my hubby yang memang pandai mengurut.Kesudahannya hari ini call office minta E.L sebab tak larat nak pergi kerja.Even malam tadi nak pergi toilet untuk buang air kecil kena jalan pelan-pelan sebab seluruh badan sakit.Malam ini kena urut balik dan hope keadaan akan lebih baik esok.

Superman terbang atas udara,saya terbang atas lantai

3 comments:

  1. Alahai kesiannya you jatuh mcm superman and sakit2 1 badan. Dah lah bila umur dah meningkat mcm kita ni kan, cepat sgt sakit badan klu tersilap sikit.
    Take care ye! Hopefully takde apa2 muscles yg sprained teruk.

    ReplyDelete
  2. mynn,
    tu lah umur-umur macam kita ini,kalau jatuh macam ini boleh buat penyebab untuk macam-macam sakit kan,memang tak boleh silap,tapi dah ok sikit,sampai siang tadi zana siap kira berapa kali pernah jatuh ha ha,itu tandanya "badan ku ini tidak stabil" he he

    ReplyDelete
  3. wah meriahnyer... cam pelamin orang kawenjer...

    ReplyDelete