Sejak akhir-akhir saya selalu dengar ibu mertua yang merungut menantu lelaki malas kerja,anak perempuan sendiri bertungkus lumus bekerja tapi menantunya malas kerja. Sebelum ini kakak yang duduk disebelah saya dioffice selalu mengeluh menceritakan perihal anak lelakinya yang sulung tidak pernah bekerja ditempat yang sama lebih dari 3 bulan,lepas tu mesti berhenti.Tak kerja pula lah untuk tempoh 2 bulan duduk melepak aje dirumah,bila mak nya bising-bising dia kerjalah balik,masalahnya tak lama kemudian berhenti kerja semula.Isterinya pula yang bekerja tapi manalah nak cukup bayar sewa rumah,duit susu anak, lampin pakai buang lagi,( yang paling tak kuasa nak dengar ialah isteri juga nak kena sediakan duit rokok laki lagi). Kesudahannya anak dah 3 orang tapi menumpang di rumah emak lagi.Masalahnya adik-adik masih ramai ,rumah emaknya pun bukan besar sangat yang nak ditumpang itu.Tapi kita sebagai ibu-bapa tak sanggup nak tengok macam itu je kan.Benarkan lah juga anak lelaki ini duduk menumpang.Kadang-kadang kakak ini bercerita sambil menangis mengenangkan apa silapnya yang dia telah lakukan semasa mendidik anak lelakinya ini.
Entahlah sebenarnya trend sekarang ni memang macam ini kot. Saya perhati banyak berlaku perkara seperti ini.Malahan dikalangan family saya ada juga yang kena seperti ini.Yang perempuannya bekerja bertungkus lumus tapi si lelakinya malas bekerja.lebih rela tidur sepanjang hari .Kesian saya tengok.Saya memang tak fahamlah macamana lah pemikiran silaki-laki yang begini.Mertua nak tak hendak kena bantu serba sedikit ialah kalau tak bantu anak perempuan mereka juga yang susah kalau dah beranak pinak lagilah.
Saya dah melihat dari dua keadaan yang berbeza iaitu dari sudut pandangan anak lelakinya sendiri malas kerja dan juga dari sudut menantu lelakinya pula malas bekerja.Lelaki-lelaki seperti ini tak rasa ke betapa berdosanya mereka tidak berusaha untuk cari nafkah untuk family and anak-anak.Katakan dulu baru kahwin tak ada anak bolehlah teruskan juga dengan sifat malas ,bila tiada duit start cari kerja dah ada duit sikit berhenti .Tapi bila dah ada anak dan nak membesarkan lagi satu kehidupan manusia yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya kenapa tak berubah juga.Come on wake up lah,Sebenarnya sakit hati saya menengoknya,tapi nak buat macamana,tak ada kah langsung perasaan malu didalam hati mereka-mereka ini.Saya pun tak tahulah cara pemikiran mereka-mereka ini macamana lah agaknya.Tak boleh nak imagine langsung
Saya selalu nasihatkan anak-anak lelaki saya janganlah jadi macam mereka-mereka ini.Berdosa besar !kalau macam ni tak payah lah kahwin, diri sendiri pun tak terbela. Contoh dah ada didepan mata dan mereka dah tengok sendiri kesengsaraan yang pehak perempuan hadapi .Ambillah sebagai iktibar dan pedoman jangan sekali-sekali buat perangai macam ini. Ya Allah ya tuhanku minta dijauhkan lah.Bukan tiada peluang kerja mereka-mereka ini,peluang kerja memang sentiasa ada tapi sikap diri sendiri yang ego dan terasa diri pandai menjadikan mereka-mereka ini seperti ini.Mungkin juga kah kelemahan dan kekurangan dari segi bimbingan agama menyebabkan mereka tidak sedar secara langsung perbuatan mereka ini adalah salah disisi agama.Tidak menyediakan nafkah untuk anak isteri adalah salah. Sedangkan mereka-mereka ini didalam keadaan badan dan kesihatan yang sehat walafiat.
Kalau nak dicerita dan dikenangkan memang tak habis,apalagi benda ini berlaku disekeliling kita.Semoga mereka-mereka yang seperti ini akan mendapat pedoman satu hari nanti. Hmmm sedih,bengang semua ada bila melihat perkara-perkara seperti ini. Bukan tak boleh nasihatkan tapi kalau ibu-bapa mereka dan mertua sendiri dah nasihatkan tak jalan juga,apalah yang ada pada kita yang orang luar ni kan.Sekali lagi Ya Allah hamba mu ini memohon agar kau berikan kepada mereka-mereka ini hidayah dan petunjuk kejalan yang benar .Amin .
No comments:
Post a Comment