Thursday, 22 April 2010

Cerita Kejadian Ngeri Semalam


Semalam petang selepas hubby menjemput saya pulang dari kerja,kami terus pergi ke Alamanda untuk pergi betulkan phone BB saya.Saya tak cerita ya saya dah beli phone BB.Tiba-tiba je rasa nak tukar phone(terus pi tukar) macam bagus je kan.Bila dah tukar my Soxx Ke Blaxx Berxx,tiba-tiba rasa menyesal pula.Rasanya baik stick dengan Soxx atau pun tukar kepada Noxxx. yang latest. Bila-bila saya suruh anak ambil handphone dalam my handbag anak pun pandai jawab” Black Bongok ke mak “he he.Apa yang saya merapu ni.

Sebenarnya saya nak cerita kejadian yang mengerikan berlaku semalam di Alamanda Putrajaya.Pernah dengar tak pasal orang tersepit di escalator,so semalam kejadian ini berlaku budak yang berumur dalam linkungan 6 ke 7 tahun tersepit diescalator(apa yang tersepit tak payah lah dinyatakan disini),walaupun saya tak melihat tapi saya mendengar jeritan budak itu. Pada mulanya saya mendengar budak itu ketawa keseronokkan tapi tiba-tiba je suara budak itu menjerit kesakitan yang amat sangat. Saya terus mengeletar ketakutan ,hubby yang tengah bayar duit parking di mesin masa tu nak pergi lebih dekat untuk melihat budak itu,tapi bila dia melihat ramai yang patah balik tak sanggup nak tengok dia pun membatalkan niatnya.Nasib baik ada yang bergerak pantas menghentikan pergerakkan escalator itu.

Saya ingat saya je yang mengeletar rupanya hubby pun sama,masuk dalam kereta kami berdua terus cari air mineral dan minum untuk mententeramkan diri masing-masing.Saya rasa pihak pengurusan Alamanda kena buat sesuatu di escalator itu untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi.Rasanya ini kejadian yang kedua berlaku dalam tahun yang sama.Cuma yang pertama kali tu,kami tidak ada masa kejadian berlaku.Kami tiba masa selepas kejadian itu berlaku dan diceritakan oleh kedai gunting rambut India(favourite si bongsu) di Alamanda itu. Huuuh memang ngeri seperti terdengar-dengar lagi suara budak itu dari ketawa tiba-tiba je menjerit (memang bergema dia menjerit) disambut pula dengan orang menjerit Allahuakbar sebab terperanjat sama.

Sampai rumah terus saya ingatkan anak-anak bujang saya jaga adik betul-betul bila pergi mana-mana pun shopping complex jika kita gunakan escalator. Ya lah kejadian yang berlaku memang tak dijangkakan .Tapi kalau boleh minta dijauhkan lah. Masa sembahyang Isyak siap malam tadi saya turut berdoa lagi minta budak itu selamat dan minta dijauhkan kejadian seperti itu berlaku kepada anak-anak,cucu-cicit atau saudara mara.Amin.Rasanya saya dan hubby akan fobia sekejap dengan escalator selepas ini.Hmmm.

2 comments:

  1. Kadang2 nak salahkan pengurusan komplek pun tak boleh juga sebab kak Zai pernah tengok budak main diescalator tanpa ditegur ibubapa mungkin sibuk membeli belah masaalahnya bila kita tegur anak dia maknya pula menjeling kat kita.

    ReplyDelete
  2. Kak Zaitun,
    jana setuju sangat tu,harap kalau ada sesiapa yang terbaca blog jana ni berhati-hatilah lepas ni,jangan leka,peka sikit bila anak-anak diescalator,hee ngeri kalau berlaku apa-apa.fobia tak habis lagi ni

    ReplyDelete