Friday, 2 April 2010

Happy Birthday My Dearest Friends


Ana and Kyra anak my cousin

Ana dengan Japanese friends

Ana dengan family cousin I(Azril,emma and kyra)

Hari ini 2 April ialah harijadi kawan saya semasa disekolah rendah dulu iaitu Yuhana Binti Jamaluddin. Hari jadi yang ke berapa he he biarlah rahsia kan Ana.Setelah hampir 27 tahun hilang khabar akhirnya dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang saya dapat jumpa dengannya kembali melalui facebook. Mula-mula Ana ni tak ingat juga saya,tapi bila saya ceritakan balik kisah lama-lama akhirnya dia mengingati siapa saya. Ya lah dah hampir 27 tahun kan masa berlalu.

Ana ni dulu popular masa sekolah rendah dan sambutan harijadinya merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang,kalau kami dijemput ke majlis hari jadinya ia merupakan satu perkara yang sangat indah bagi kami.Really Ana kami semua rasa macam tu( kami tu ialah Mynn,Hezly,Zahrin,Subrina,Gurmeet,Wirda,oja and ramai lagilah. I still remembered hari jadi you yang ke 10 tahun. Masa tu di Sungai Rambai Estate sangat meriah Ana,makanan pun enak-enak. I still juga ingat masa tu I bagi you hadiah buku autograph .Bila you buka hadiah yang I beri, you dengan kakak you menjerit tiba-tiba dengan nada gembira. I masa tu terpinga-pinga hairan.Apalah yang menarik sangat hadiah yang I bagi tu. Rupa-rupanya buku autograph itu ada gambar watak cartoon Jepun kesukaan you and kakak you Rahayu.(ha ha suka sangat ye, sekarang pun sampai dah kahwin dengan orang Jepun kan Ana).

You mesti hairan kan dengan I,tu lah I ni memang senang ingat perkara-perkara lama even perkara yang remeh temeh macam ni.Satu lagi birthday you yang I pergi ialah masa sambutan untuk umur you 11 or 12 tahun.Masa tu jemputannya tak ramai sangat dan you jemput all girls sahaja. Rumah you yang kali ini agak jauh dari rumah I,driver you datang naik land rover lagi jemput kami yang berkumpul disatu tempat kalau tak silap yang pergi masa itu ialah Mynn,Geetha,Subrina,Gurmeet and me, .Walaupun birthday party kali ini agak sederhana tapi sangat meriah bagi kami yang menghadirinya.I ingat masa itu kami sangat bising main hide and seek and masa tu ada satu mat salleh lelaki yang agak berumur turut hadir sebagai tetamu your father, lepas tu dia complaint kita sangat bising. Itu pun you juga yang bagitahu kami pada keesokan harinya di sekolah.

See I still can remembered all about you lah Ana.I selalu tumpang you balik sekolah,sebab you selalu sorang-sorang balik naik kereta,you selalu suruh kami tumpang kereta you balik kan Ana.Oh how I missed those beautiful time Ana,masa tu kita happy je,seperti tiada masalah langsung.So once again Ana,Zana ingin ucapkan Selamat hari lahir,semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan diperkuatkan iman. Insyallah Ana satu hari nanti kita pasti akan jumpa kembali. Walaupun you jauh berada dinegara Matahari terbit tu.Ingatan Zana pada zaman kanak-kanak kita itu akan tetap berada dihati.

1 comment:

  1. Dear, zana how wonderful it is, knowing good lively memories we are so fond about. Saya dengan ana school mate masa sekolah menengah di cheras and she taught me english in a fun way.....

    raffedah a.k.a ford (as how she remembers me)

    ReplyDelete