Tuesday, 27 April 2010

Juling-Juling Tapi Comel


Inilah lagu kesukaan dan video clip kegemaran family kami sekarang ini,Naufal yang paling suka sekali.Kalau video clips ni keluar kat TV dia akan berdiri di hadapan TV dan menghadang pandangan orang lain pada TV.Dia akan berdiri hingga lagu itu habis dan kesudahannya akan tergelak-gelak tengok pengakhiran video clip ini.Walaupun sebenarnya dia dah tengok berkali-kali tapi dia akan ketawa macam tak pernah tengok lagi video clip ini sebelum ini.

Saya suka dengan suara Akim ini,tapi tak suka tengok dia menyanyi(dengar suara ok).Tapi sekarang saya suka dengar dan tengok juga.Sebabnya saya tak suka tengok dia nyanyi dulu-dulu,kerana pada pandangan mata saya Akim ni matanya juling air sikit,ini membuatkan saya rasa penat tengok muka dia bila dia nyanyi(eh dia yang juling ke saya yang juling he he).Ada lagi seorang penyanyi yang saya rasa begitu juga. Dia ialah Adam AF2 matanya pun juling air juga so saya suka dengar sahaja dia mennyanyi tapi tak suka tengok.(Tapi Adam ini terror menari pula ha ha).Mereka berdua ni akan cover juling air mata mereka ini dengan style rambut mereka. Saya rasalah mereka buat begitu(ke saya je yang perasan macam tu,tapi orang lain tidak).

Itu menurut pada pandangan mata saya lah ya,eh orang tau ke apa juling Air ini.Dulu-dulu masa saya kecil-kecil mak saya selalu cakap "Juling Air" ialah mata yang juling tapi tak ketara sangat.So apa pandangan orang lain,betul tak apa yang saya rasa tentang mereka berdua ni.Kalau tidak sama dengan saya maknanya saya yang juling air sebenarnya ha ha.Whatever lah Jana oooi.


Inilah Adam AF2


3 comments:

  1. terima kasih mak jana... Ika dah tersenyum2ni... suka amatni..

    ReplyDelete
  2. Kalau juling air takpe asal suara sedap, ada sesetengah artis tu muka punyalah cun tapi suara entah kemana...bunyi burung gagak lagi sedap hi3....

    ReplyDelete
  3. Cho zila
    ika pun suka lagu ni ya

    Kak zaitun,
    bak kata upin dan ipin betul-betul-betul,he he,
    sebut pasal burung gagak tadi burung gagak berbunyi depan tingkap office kami,dah 8 tahun kerja di office saya tak pernah dangar bunyi burung gagak pun,orang tua-tua cakap kalau dengar burung gagak berbunyi depan rumah ada alamat tak baik(betul ke)kecoh juga lah office tadi

    ReplyDelete