Tuesday, 20 April 2010

Lagi Khabar Tentang Mak Teh



Sibaju merah kalau kat Bangkok ini dah dikira penyokong Thaksin

Dulu saya ada cerita mengenai Mak Teh saya yang ada ketumbuhan didalam usus kan,2 minggu selepas dia operate ususnya,ususnya bocor sendiri,so last Saturday selepas seminggu Mak Teh dimasukkan ke wad semula barulah kami sefamily sempat melawatnya.Kami sampai diHospital Besar Kuala Lumpur dalam pukul 2.00 petang.Di HKL waktu melawat untuk weekends ialah dari 12.00 tengahari hingga 7.00 petang,so waktu yang kami pergi sana tu tak ramai orang sangat may be orang prefer pergi situ pukul 4.00 petang ke atas.

Makteh saya tengah tidur masa kami sampai, tapi dia tersedar sendiri masa kami tiba tanpa kami kejutkannya.Mesti dia terperanjat tengok kami,terutama sekali bila tengok hubby dan anak bujang yang besar 2 orang tu,kebetulan pula merka semuanya pakai baju colour merah.Sekali pandang macam kumpulan pemberontak yang sokong Thaksin di Bangkok tu ha ha.


Mak Teh nampak ceria,walaupun sebenarnya saya pun tak berani nak cakap keadaan sebenarnya macamana.Perut Mak Teh ada diletakkan satu pouch plastik and makanan yang telah diproses menjadi najis akan keluar disitu.Makteh pun tak boleh makan lansungdan hanya boleh minum sahaja.Makanan yang boleh masuk hanya susu khas yang disalurkan melalui tangan(maybe urat ke tak sure) and susu itu akan terus masuk ke perut. Katanya susu itu mahal harganya,nasib baiklah Mak Teh ialah seorang kakitangan kerajaan so kalau boleh keluar nanti tak lah teruk sangat kena bayar bil hospital.Susu itu dimasukkan kedalam badan berterusan selama 24 jam bukan ada waktu tertentu yang ditetapkan.


Doktor belum buat keputusan lagi nak buat macamana dengan usus Mak Teh saya ini,sebab ia bocor sendiri.Saya rasa Mak Teh akan duduk di hospital untuk jangka masa yang lama.Oh ya Mak Teh juga baru menerima kehadiran cucu lelaki,kerana anaknya Afizah yang dah lama berkahwin(kalau tak silap dah 5 tahun) telah menimang cahayamatanya yang pertama. Kesian Mak Teh tak dapat lagi melihat cucunya hanya dapat lihat gambar sahaja.Kena tunggu anaknya lepas pantang baru lah boleh dibawa cucunya itu untuk jumpa neneknya . Itupun jika neneknya tak keluar hospital lagi la.Namanya cucunya yang pertama itu ialah Amir Miqta(Putera yang Dermawan).


Saya dan family menghabiskan masa selama 2 jam disitu,layan Mak Teh berborak dia nampak oklah.Boleh bangun sendiri pergi toilet cuma susu yang dimasukkan kedalam perut itu kena dibawa sekali kemana dia.pergi (ia menyukarkan pergerakkannya).Sebenarnya kesian saya tengok Mak Teh ialah duduk di hospital untuk jangka masa yang lama tak da siapa pun akan suka.Ditambah pula dengan keadaan Hospital besar Kuala Lumpur yang dah lama itu,tengok cara mereka sediakan makanan pun (tak sampai hati nak cerita).Apa-apa pun yang pasti di HKL lah terdapatnya pakar-pakar yang terbaik yang ada di Malaysia ni kan.Janganlah difikir sangat ketidak selesaan keadaan di Hospital besar Kuala Lumpur tu yang penting doktor-doktor yang terbaik ditempatkan disitu.

Sedih juga nak tinggalkan Mak Teh masa kami nak balik tu,tapi tak pa lah kami janji akan melawatnya setiap minggu jika kami berkesempatan.Semoga Mak Teh cepat semboh dan Insyaallah segala masalah akan dapat diatasi oleh pihak doktor(dapatlah mak teh pulang ke rumah),Kami hanya mampu mendoakan sahaja agar apa yang terbaik akan dilimpahkan kepada Mak Teh.Amin


Baby Amir Miqta cucu pertama yang dinanti semoga memberi sinar kepada family Mak Teh

No comments:

Post a Comment