Tuesday 6 April 2010

Erwani Weddings


Pasangan Pengantin Shahril Ezrin And Erwani







Inilah Edzham Abang Wani


Last week saya sibuk dengan perkahwinan cousin saya Erwani,hari Jumaat lagi saya dah cuti dan pergi kerumah nenek saya di Gombak Setia,rumah cousin saya ini disebelah rumah nenek saya je.Petang Jumaat pada 2hb april itu juga diadakan majlis khatam quran Erwani dan cousin lelaki saya Muhammad Faiq dan Muhammad Haziq.

Upacara nikahnya pula berlangsung pada pagi Sabtu l 3 April 2010 pukul 10.00 pagi.Since abah Wani ni dah meninggal pada tahun 2006,maka wani telah dinikahkan oleh abangnya sendiri Edzham.Untuk makluman semua abang wani ini sebenarnya sendiri belum berkahwin ya dan umurnya 27 tahun. Pada pagi hari itu saya ada bertanya kepada abangnya Am."Wani nikah nanti pakai wali hakim ke atau kau yang nikahkan?.Dia menjawab "tengoklah keadaan nanti".

Akhirnya Am berjaya juga menikahkan adiknya sendiri hasil dari tunjuk ajar Tuan Kadi.Sebenarnya saya yakin Am memang boleh aje menikahkan adiknya itu,sebab saya tahu dia ni selamba orangnya.Selepas ini kalau Am nak kahwin mesti tiada masalah punya sebab dia sendiri pernah menikahkan adiknya kan

Lepas upacara nikah tetamu disajikan dengan Mee curry yang enak dan kuih muih dengan air Teh O(air teh O ni saya yang buat untuk 150 orang minum)saya buat sorang-sorang nasib baik ok.Tengok orang minum ok je.Bukan apa selalu buat air pun untuk 10 orang kebawah je.Takutlah terlebih manis ke tertawar ke ataupun orang akan tanya air apa ni sebenarnya.Fuhh lega sikecik pun suka walaupun dah ada air lain pun waktu tengahari tapi still masih nak minum air Teh O lebihan pagi tadi he he.

Majlis persandingan dilangsungkan dengan meriah dan ramai jemputan yang hadir .Saya telah diberi tugas oleh Mak Njang saya untuk menjaga beg yang berisi duit hasil salaman dari tetamu.Takut Weii jaga beg ni,nak pergi toilet pun susah dibuatnya.Kalau nak pergi toilet saya hanya percayakan my hubby je untuk jaga beg tu tau.Makanan yang disajikan ialah nasi putih,masak lemak nenas dan ikan masin,begedel,ayam goreng,sambal sotong,sayur campur , sambal belacan dan ikan Keli goreng dengan sambal. Makanan lain yang disediakan ialah Satay,Cendol and bubur dengan tepung colour-colour campur buah Nangka(tak tahulah bubur tu nama apa).

Saya respect dengan Am abang Wani ,sebab dia memang bertungkus lumus menjayakan majlis wani, dengan memasang pelamin,buat tempat makan beradap yang cantik,mengemas-gemas rumah,menyambut tetamu dan boleh dikatakan membuat semua bendalah,nak diharapkan abang-abang iparnya yang 2 orang tu setakat nampak muka waktu makan and lepas tu tiba-tiba hilang.Apa salahnya tolong sambut tetamu dengan Am,bila lagi nak cuba buat perkara- perkara seperti ni.I have to say this la walaupun tak sedap sikit nak didengarkan,sebab kesian kat Am.Tak apa Am, kak Jana bangga dengan Am,harap anak-anak kak jana akan jadi macam Am juga bertanggungjawab untuk family.

Ellyza kakak Wani juga banyak bertungkus lumus untuk menjayakan majlis perkawinan Wani seperti orang-orang tua cakap hingga tak kering tangan Ellyza lah dibuatnya,sampai dia kehilangan handphone Black Berrynya pada majlis perkahwinan Adiknya itu. Sabar jelah Jaja mungkin rezeki sampai setakat tu je nak pakai handphone yang hilang tu,tapi Kak Jana percaya sekarang ni mesti dah beli Blackberry baru kan. Nampaknya lepas ni kena pakai censored kat pintu rumah Mak Njang tu ,supaya jika ada orang yang bawa balik barang yang bukan kepunyaanya akan automatic berbunyi alarm(ada ke yang macam tu ngeeee).Pada sesiapa yang ambil handphone tu,kalau dah bukan kita punya kenapalah nak ambil,nak jual ke.Lepas tu hasilnya jualannya nak bagi anak-anak makan pula, kalau yang dah berkeluarga lah yang mengambilnya.Kalau yang bujang pula kalau nak bergaya setakat handphone orang hati boleh rasa bahagia ke tayang ke hulur-kehilir dengan handphone hasil curian.Kalau dah tak mampu buat je cara orang yang tak mampukan.Eh termembebel pulak he he.

Kepada Wani dan Shahril Selamat Pengantin Baru ya,semoga kekal hingga ke hujung nyawa.Shahril jaga Wani baik-baik tau.Hari tu bukan pengantin perempuan je yang berseri si pengantin lelaki pun berseri juga. Sorrylah lepas majlis tu kak jana balik awal sikit,bukan apa kepala ni dah sakit sangat macam nak pecah mungkin sebab hari tu cuaca agak panas. Di tambah pula dengan tangan yang sakit disebabkan kena pegang beg yang berat penuh duit ngeeee.

So this weekend pula kami akan pergi majlis bertandang di Bandar Baru Uda di Johor Bahru,kami sekeluarga excited nak pergi sana,bila balik nanti saya buat entry untuk majlis dirumah Shahril pula ya.Oh ya kalau ada sesiapa terasa hati dengan hasil tulisan saya kali ini saya memohon ampun dan maaf ya.Itu hanya pandangan ikhlas dari saya yang hanya manusia biasa sahaja.Ialah kadang-kadang kita ini salah sendiri tak nampak salah orang juga yang kita nampak.

Tugas yang paling berat,pikul duit ke hulu ke hilir.


Suami/isteri sakan makan Cendol

pantun untuk pasangan pengantin ya

Air terjun celahan batu
Udara Nyaman petang dan pagi
kasih terkumpul disudut kalbu
Berpisah jangan sampai ke tua


4 comments:

  1. thanx for the entry mak jana...
    mcm2 rencah dlm entry yg ni.. happy bace.. tibe2 pedas (dan tang yg pedas2 tu cuani mcm setuju je).. hehe...
    dan touching bile masuk cite cikam.. mmg terhutang budi dgn die sbb mmg die bertungkus lumus... tq cikam!!
    terima kasih to makjana n family sebab dtg membantu dan memeriahkan majlis... =)

    ReplyDelete
  2. Salam jana,

    Selamat pengantin baru buat Erwani n Shahril Ezrin.

    Jadi orang kuat majlis, akan datang boleh cuba buat air minuman lain pula.

    ReplyDelete
  3. Ochu- kak jana rasa kadang-kadang perlu cerita yang apa yang kita rasa,walaupun pedas atau pahit,may be teguran itu akan ada hikmahnya.

    Cuani-he he biasalah cik kiah ni menegur dan memuji,anggap je lah teguran itu dari seorang kakak yang ikhlas,tak boleh terima pun tak pa,kak jana tegur atas apa yang kak jana rasa lah,Am memang sempoi! habis kak jana cerita dengan orang office Am nikahkan wani,apa-apa pun" Selamat Pengantin Baru wani"

    Kak Zaitun,
    lama tak singgah,Teh O bolehlah kak,kalau Teh tarik tak lepas kot nak buat

    ReplyDelete