Thursday 15 April 2010

Bertandang Ke Johor Bahru




Ini posing artis untuk majalah Mangga ha ha




Saya ini sekarang paling malas nak update blog tau,tapi bila dah start update berjela-jela lah pulak entrynya.Since saya dah janji pasal entry majlis bertandang di Johor bahru layan je lah cerita yang meleret-leret ni ya.Last week adalah minggu yang sungguh memenatkan buat saya dan hubby,mungkin untuk anak-anak juga ,tapi biasalah budak-budak kan penat=penat pun mereka sentiasa happy.Seperti yang saya katakan sebelum ini,kami pergi ke Johor Bharu untuk majlis bertandang Perkahwinan cousin saya Erwani.Kami pergi ke Johor Bahru pada 9hb bersamaan dengan hari Jumaat,sepatutnya kami bertolak pagi tapi memandangkan saya ada appointment dengan doctor di Hospital Putrajaya maka saya dan hubby terpaksalah untuk hanya bertolak selepas selesai appointment dengan doctor.

Nak jadi cerita appointment yang sepatutnya diadakan pada pukul 8.00 telah di tunda ke pada 10.00 pagi sebab doctor mesyuarat sekejap. Tapi nasib baiklah juga sebab pukul 12.00 dah selesai jumpa doktor dengan siap ambil ubat sekali. Actually ada buat treatment sikit di hospital hari tu and saya dapat medical leave untuk hari itu . Kalau diikutkan macam nak batal je pergi Johor tapi kesian kat anak-anak and hotel pun dah booking lama.Dari hospital singgah rumah ambil anak-anak dan beg-beg semua. Tapi berlegar dalam Putrajaya je nak dekat sejam.memang perangai hubby ada je dia nak singgah kalau nak pergi mana-mana pergi bank kejaplah ,pergi kedai tayarlah si bongsu dah bising bila nak start pergi Johor ni.He he dah start bertolak kononnya tapi berlegar dalam Putrajaya.


Kami sampai di Johor Bharu dalam pukul 5.30 petang, di Johor Bahru kami tinggal di Hotel Naza Talya ,semenjak hubby kerja dengan syarikat Naza ini lah pertama kali kami tinggal di Hotelnya. Oklah selesa biliknya cantik and ada kolam renang.Kami booking 2 bilik.Sebenarnya kawan hubby saya yang berbangsa cina yang tunjukkan macamana jalan nak pergi hotel ni,kalau cari sendiri rasanya tak jumpa.Saya tak sihat and tak larat nak kemana-mana.Malam itu itu Mak Njang saya dan gerombolannya yang menginap di Hotel Seri Malaysia ajak kami sefamily pergi makan Sea food di Jalan Chat dekat-dekat Danga Bay tapi saya yang tak sihat sangat dan tak larat untuk keluar kemana-mana.Sedangkan kawan hubby tadi pun nak bawa kami sekeluarga pergi makan malam pun kami menolak.Saya dan family hanya makan di bawah hotel sahaja. Ok lah juga hubby makan set nasi and Asam pedas,Naufal and Naqiuddin makan nasi goreng Cina ,Nabil pula makan salad sahaja(kan dia diet kira ok lah tu di makan juga). Selepas makan hubby ajak survey cari rumah pengantin untuk memudahkan keesokannya harinya,walaupun tak sehat saya ikut juga,duduk je dalam kereta takpalah,nak tinggal sorang-sorang kat hotel tiba-tiba rasa takut pula. Walaupun kawan hubby nak tunjukkan jalan esok segan pula nak menyusahkan dia.Akhirnya kami dapat jumpa rumah yang nak dituju esok tu.

Malam tu saya tak boleh tidur sebab demam,tengok hubby and sibongsu tidur lena kat sebelah sementara kita ni terkebil-kebil tak sehat,On TV layanlah cerita apa yang ada,bukan tengok sangat pun dengar suara je.Nasib baik keesokkan harinya saya dah agak oklah(actually tak OK sangat,tapi kena jadi OK juga)sebab tujuan ke Johor Bahru ini kan untuk memeriahkan majlis bertandang cousin saya Erwani and Ezrin.Majlis berjalan lancar pasangan pengantin Comel dengan baju pink,kononnya kami semua kena pakai baju coklat tapi bila dah berkumpul dah tiada keseragaman pun macam-macam colour ada.Baju saya pun lebih kepada colour peach(yang best tu saya pakai tudung pun terbalik dari hotel sempat singgah sekejap di Petronas Bandar Baru Uda untuk betulkan tudung. Di majlis kat rumah Ezrin tu Paklang saya asyik usik hubby dan saya dengan mengatakan dia tahu siapa yang bertanggungjawab menghabiskan cendol masa Majlis di Gombak hari tu kerana dia ada bukti(buktinya gambar lah tu).

Saya sepatutnya bercadang nak pergi kerumah abang Ipar di Mutiara Rini Skudai selepas majlis dirumah Ezrin,tapi bila kami telefon dia tak dapat(rupanya dia pergi tengok anaknya di Asrama Dekat JB and handphonenya pula tertinggal).Since tak dapat contact dia kami meneruskan rancangan kami untuk mencari gerai Kacang Pol Haji Husin di Larkin.Berdasarkan panduan jalan yang diberi oleh Edzham by handphone je,kami jumpa juga gerai tu rupanya di Medan Selera Larkin. Saya yang teruja sangat nak makan kacang Pol ini sebab pernah tengok gambarnya diface book cousin and di rancangan Jalan-Jalan cari makan di TV3 Serina Chef Wan hari tu. Beli 5 bungkus untuk bawa balik hotel dan dijadikan makanan malam nanti kononya.Selepas dah dapat beli kacang pol.Kna tunaikan hajat anak-anak nak pergi City Square Mall,besar sangat lah Mall tu badan ni tak larat sangat nak jalan tapi kesian kat anak-anak ,redah je lah. Anak-anak biasa le pergi ke kedai gadget atau yang ada kena mengena dengan PSP, kat situ jugalah mereka rasa nak tambah gig PSP mereka,lama jugalah nak tunggu nasib baik kat depan kedai tu ada kerusi saya pun duduklah depan kedai tu,sambil mata ni menjamu mata tengok orang lalu-lalang depan kedai dengan macam-macam fesyen budak-budak remaja di JB terutama yang berbangsa Cina,kelakar pun ada menengoknya ada yang daring semacam,rambut macam-macam fesyen macam cerita cartoon Goku,macam penyanyi Jepun pun banyak.Tangan saya ni dah gatal je nak ambil gambar mereka,tapi takut kena jeling lah pulak nanti,yang pakai kasut Platform yang tak tahan tu.jalan ke hulu-hilir dengan kasut platform yang tinggi gila.Mangsa fesyen sungguh mereka ni. Agaknya mereka pun pandang saya juga, kenapa ada makcik duduk depan kedai ni dok asyik memerhati orang je.

Balik je dihotel mandi sembahyang asar ,lepas terus makan roti dengan kacang pol tadi,Walawei rasanya memang marvellous,siap cakap dengan hubby sebelum balik Putrajaya esok nak singgah kedai tu dulu nak Tapau kacang Pol ni bawa balik Putrajaya.Hubby mengiakan saja(Dah masak dengan perangai bini dia kalau dah suka sesuatu makanan semua nak bungkus bawa balik).Malam itu lepas Maghrib hubby dan anak-anak bujang yang besar berdua tu pergi keluar makan Sea food di Sinabong(not sure betul ke tidak nama tempat tu)Sebab tak nak menghampakan kawan dia yang nak belanja makan tu.Saya dan yang bongsu tinggal di bilik hotel,lepas maghrib saya makan ubat dan terus tidur,Naufal pun ikut tidur sama mungkin tiada siapa yang melayannya dia pun tertidur masa main PSP .Lena sungguh saya tidur,hanya sedar bila hubby call pakai telefon bilik hotel suruh buka pintu bilik,Hubby try call handphone suruh buka pintu pun saya tak sedar.

Hubby balik dengan bungkusan makanan nasi putih,ikan Pari bakar,sayur campur and ketam masak Sweet Sour,saya sembahyang Isyak dulu lepas tu pun menjamu seleralah dengan makanan tadi, pukul sepuluh tu baru nak makan malam sambil tengok cerekarama di TV3,makan juga lauk-pauk tu pelan-pelan nak buang sayang(orang dah belikan kan).


Cut Short story besoknya kami check out hotel pukul 10.00 pagi , pergi singgah Medan Selera Larkin sebab nak beli Kacang Pol,nak jadi cerita kami ingat kami je yang punya niat nak Tapau kacang pol tu untuk bawa balik,rupa-rupanya family paklong kami pun ada disitu dengan niat yang sama. Saya beli 5 ,maklong beli 11 ha ha,kalau Tuan haji Husin tuan punya gerai tu tahu,orang dari K.L kemaruk Kacang Pol dia mesti dia ketawa dengan gumbiranya kan.Dari situ kami terus kerumah abang ipar di Mutiara Rini Skudai untuk makan tengahari.Banyaknya biras saya masak lauk ada asam rebus bende,asam pedas ikan merah(sedap tak hengat yang ni)masak lemak putih sayur sawi,tahu goreng dengan sambal kicap.Buahan-buahan pula pisang and buah kiwi. Sedap betul kami sefamily makan.Borak punya borak tau tau tengok jam dah pukul 2.15 kami sembahyang zohor dahulu ding dong ding dong nak dekat pukul 3.00 lah kami bertolak balik.Perjalanan balik very smooth walaupun dipertengahan perjalanan hujan lebat.Tapi banyak kali juga berhentilah sebab hubby mengantuk ,ialah drive dengan perut yang kenyang kan mata pun mulalah beratlah.Tapi naufal langsung tak tidur dalam perjalanan,mulutnya macam burung berkicau dalam kereta bercakap dengan ayahnya.Tak palah sekurang-kurangnya dia layan ayahnya jangan kasi mengantuk.

Kami sampai rumah lebih kurang pukul 7.30 petang,mandi-mandi sembahyang kemas-kemas beg,lepas tu makan malam kami ialah “Kacang Pol” . Malam itu kami tidur dengan lena sefamily ialah secantik mana pun hotel tentu tak sama dengan bilik sendiri di rumah kan “Home Sweet Home”. Kesimpulannya perjalanan kami ke Johor dipenuhi dengan acara makan,makan dan makan Ngeeee.

Sekian karangan saya kali ini,gambar tak banyak sebab camerawoman tak berapa sihat,anak bujang cakap berkali-kali suruh ambil gambar yang diambilnya sekeping setiap kali kita suruh hmmm.

1 comment: