Ini contohnya je ye
Hari ini pagi tadi saya pergi Hospital Putrajaya untuk buat Ultrasound dihempedu,buah pinggang and pundi kencing. Ultrasound ini dibuat kerana lanjutan dari sakit yang saya alami waktu hari Raya yang lepas dan kerap juga menyerang sejak akhir-akhir ini.
So keputusan yang didapati tadi memang ada dua ketul batu dihempedu saya dan agak besar jugalah.Lepas ini pada 8/11/2010 barulah saya akan jumpa pakar bedah bagi menentukan perlu dibuang melalui laser atau pembedahan untuk membuang terus hempedu saya yang ada batu itu.Saya akan menurut nasihat doktor kepada apa yang terbaik buat saya.Dan saya kalau boleh apa-apa pun samaada dilaser atau dibedah perlulah dibuat pada cuti sekolah hujung tahun ini.
Senang sikit nanti En.hubby nak uruskan anak-anak kalau waktu cuti sekolah,takut nak menghadapi memanglah ada rasa takut tu,tapi bila mengenangkan kesakitannya masa diserang sakit itu,baiklah batu itu dibuang secepat yang boleh.Bila sakit menyerang walaupun kena jab ,5 jam selepas itu baru sakitnya akan hilang. Cuma bila kena warded nanti duduklah sorang-sorang ye,kalau nak suruh anak lelaki bujang saya jaga dan teman maknya ni waktu siang je bolehlah,waktu malam pandai-pandailah emaknya ini membawa diri. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.Doa-doakan ya.
Apa dia Gallstones boleh lah tengok kat sini
Gallstones
Jana, suami saya dulu pun pernah ada gallstones in his bladder. He was in real pain. Tak pernah I tengok dia dalam kesakitan macam tu, and his pain threshold memang tinggi. But he couldn't take the pain caused by these stones.
ReplyDeleteI'm sure you will be fine masa operation to remove it nanti. There were a lot of advice given my friends - one of them is to drink soup lobak putih. I don't know whether that would work or not because my husband prefers the modern medicine method. If you are going to wait until Nov, maybe you can try drinking soup lobak putih.
Take care and all the best!
Gina,
ReplyDeleteakan cuba juga drink soup lobak putih tu,memang nenek jana pun pernah cakap macam tu juga,tapi rasanya ia lebih sesuai untuk yang ada gallstones di bladder atau buah pinggang,tapi untuk dihempedu hanya ada satu jalan sahaja ialah laser or operation.
apa-apa pun thanks gina and doakan jana ya :)
kak janaaa!!!! :( jage diri baik2 tau..God bless you..ida doakan kak jana tau!
ReplyDeleteMak Jana, Kalau nak I temankan kat hospital bole je nanti saya ambik cuti :) Get well soon! Ocu doakan kak jana cepat sembuh..AMIN! ape2 cara pun untuk sembuh buat aje asalkan sembuh sementara tunggu 8/11 tu minumla lobak putih tu (sedap ke tak tibai je)
ReplyDeleteida and ochu,
ReplyDeleteterima kasih noo,hangpa lah sedara-mara kak jana,tak sia-sia kak jana bagi hangpa kenyang dengan nasi goreng kak jana,
Apa-apa pun terima kasih,I lap you all
kami doakan moga kesihatan kak jana bertambah baik.teruskan berdoa padaNYA.amin.amin.amin
ReplyDeletekami,
bro&cuani
Jana, awat tak tegur hari tu....tak sempat nak borak panjang.....! seronok tol tengok aida kawin kan...
ReplyDelete