Hari ini hari jadi emak saya yang ke 64 tahun,Emak saya yang bernama Asnah Binti Ahmat.Emak saya ialah anak yang kedua dalam adik-beradiknya.Emak juga adalah sorang pendengar yang baik,mak mertua yang baik,nenek yang baik dan yang paling pasti emak yang baik. Bagi mak menantu-menantunya adalah yang terbaik,mak tidak pernah menceritakan yang tak baik mengenai menantunya melainkan yang baik belaka.Masa mak saya mengeluarkan duit kwspnya dulu mak memberi menantu-menantu sejumlah wang sama rata dengan apa yang anaknya dapat.Begitulah pemurahnya emak saya.Saya rasa kadang-kadang menantu kalau dapat wang EPF pun belum tentu boleh bagi mak mertuakan.Agaknya kalaulah mak ini seorang yang berada mesti lagi mak suka membantu orang.Emak sekarang tak nampak sebelah matanya
itu yang membuatkan dia tak boleh buat kerja sangat.
Emak saya seorang yang pandai memasak,masa dia muda-muda dan sihat dulu dia memang terkenal dikalangan penduduk-penduduk diTaman perumahannya untuk jadi ketua bahagian masak-memasak di kenduri-kendara.Kalau dia diamanahkan memasak untuk kenduri kahwin seawal selepas sembahyang subuh dia dah pergi ke rumah kenduri itu dan waktu pulang pula mungkin dia adalah salah seorang yang terakhir.Malangnya saya ini sikit pun tak ikut kepandaian mak saya itu dalam bidang masak-memasak ini.
Anak saya yang sulung dijaga oleh mak saya dari umur 1 hari hinggalah 6 tahun.Sebab itulah anak saya yang sulung sangat manja dengan neneknya.Semenjak abah meninggal emak saya duduk dengan abang saya.Ada ramai orang yang bertanya kenapa emak saya tak hendak duduk dengan saya dan duduk dengan abang dan menantu perempuan pula ,sebab biasanya emak-emak suka duduk dengan anak perempuan.Tapi pada saya mana yang emak saya rasa selesa itulah yang terbaik untuknya.Walau apa pun yang orang akan kata yang penting buat saya ialah kegembiraan dan keselesaan emak.Lagi pun kakak ipar saya seorang yang baik(kalau tidak takkan emak boleh duduk lama dengannya kan).Seperti yang saya katakan tadi emak tak pernah membezakan ana-anak dan menantu,baginya semuanya adalah yang terbaik.
Emak sempena hari jadi emak ini,jana,yazid dan anak-anak mengucapkan selamat hari jadi,semoga emak panjang umur,sehat selalu sehinggalah dapat tengok cucu-cucu kahwin dan InsyaAllah dapat tengok cicit-cicit pula nanti .
Selamat Hari Lahir Mak Ngah, teringat time pegi US mak ngah bekalkan ikan bilis berlada yang sangat sedap...mak ngah pandai masak and kak jana pun pandai masak!!!
ReplyDeletekak jana pandai masak ke,macam cerita kelakar seram je,ochu je yang tekak macam anak kak jana semua boleh telan tu yang sedap tu kah kah kah
ReplyDeletehello tekak i ade taste tau... i tau sgt yang mana SEDAP dan yang mana BUAT-BUAT SEDAP... renung2kan dan selamat beramal!! ahaksss
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi, Makcik Asnah! Semoga panjang umur dan sentiasa murah rezeki. Sungguh bertuah anak menantu beremakkan Makcik.
ReplyDeleteGina,
ReplyDeletenanti I sampaikan ucapan you tu pada mak jana ya,I dua beradik je Gina,I and ada seorang abang,
macam anak you juga sepasang,Jana rasa you juga akan jadi mertua yang baik macam mak jana kan.Insyaallah