Tuesday, 28 December 2010

Episod Pertama(Jana dan Gallstonesnya)

Inilah dia Gallstonesnya macam Ferraro Rocher kan





Dengan yang bongsu Naufal, masa ini belum Laproskopik lagi



Lamanya tak update blog ini,ambil masa yang lama juga la nak vacuum sawang-sawang yang ada kat blog ini he he.Banyak cerita sebenarnya tapi feel tak ada susah jugakan.Ini digagahi jugalah untuk mengupdatenya.Saya baru sahaja menjalani pembedahan Laproskopik untuk membuang batu karang didalam hempedu saya.Terperanjat melihat agak besar juga batu karang yang keluar itu,anak-anak dan Encik.Hubby kata bentuk batu karang saya itu seperti chocolate Ferraro Rocher .

Saya masuk ward pada 20/12/2010 dan pembedahan dijalankan pada 21/12/2010 pukul 12.00tengahari.Dotor yang menjalankan pembedahan untuk saya namanya Mr.Hussin.Pembedahan mengambil masa 3 jam.Saya diberi penerangan mereka akan membuat 3 tebukan diperut saya,tetapi bila saya sedar En.hubby cakap diperut saya ada 4 tebukan.Saya memang telah diberitahu diperingkat awal jika mereka menghadapi masalah untuk membuat pembedahan secara laproskopik terhadap saya mereka akan terus potong sahaja ditempat yang mereka hendak keluarkan batu karang itu.

Memang persetujuan dan tandatangan telah diambil oleh pakar bius masa penerangan diberikan kepada saya tentang risikonya.Saya pernah menjalani 3 kali pembedahan secara tak sedar(full bius) and satu kali secara half bius(dari pinggang kebawah sahaja).Masa kali pertama dulu yang saya buat pembedahan secara tak sedar itu saya rasa saya berada dibilik mesyuarat dan tengah mesyuarat,yang kali kedua pula saya dirumah menguruskan dan memerhati anak-anak dan yang kali ketiga ini saya dioffice juga busy buat kerja .Mimpi ke apa ke tak tahulah,tapi mungkin juga bila kita tidak sedar roh kita berjalan-jalan and kali ini di pergi ke office (cewah boleh pakai ke teori ini he he) almaklumlah sejak 3 bulan terakhir ini saya asyik kerja,kerja,kerja termasuk weekends. Boleh tak bayangkan berapa banyak parut disebabkan pembedahan yang ada pada badan saya ini kan.

Saya sedar kembali lebih selepas dibedah lebih kurang kurang pukul 3.30 petang dan dihantar dari bilik bedah ke ward 3B semula pada pukul 4 petang. Saya terpaksa minta jasa baik baik cousin saya Amirah untuk jaga saya malam itu.Ialah dengan keadaan yang tak berapa nak kuat lagi,nak bangun duduk memang kena ada orang tolong,lagipun tangan ada drip lagi lah susah nak bergerak kan.Masa ini barulah sedar betapa susahnya kalau tak ada anak perempuan yang boleh tolong jaga kalau kena duduk ward.Anak perempuan boleh jaga emak dan ayah kalau duduk dalam ward,anak lelaki boleh jaga ayah sahaja kalau kena duduk dalam ward,kalau mak kena masuk ward jawabnya(maknya jagalah diri sendiri ya hwaaa sedihnya.



En.hubby and anak-anak(yang sulung tak ikut kena jaga nenek kat rumah)



To Be Continued in next Episod






1 comment:

  1. Happy New Year once again Jana! Semoga the recovery post-surgery bertambah baik.

    Betul juga Jana kata mengenai susahnya kalau tiada anak perempuan yang menjaga di hospital jika mothers kena admitted. Looks like kita kena depend on relatives untuk bantuan menjaga. Hopefully ada yang sudi menolong. And hopefully our stays in hospital are kept to the most minimum.

    ReplyDelete