Friday 8 May 2009

Selamat Hari Ibu












Hari ini sampai je rumah selepas balik dari kerja saya disambut oleh Naufal yang berlari-lari ke muka pintu sebab nak bagi hadiah sempena hari ibu. Bila saya tanya ini apa,dia kata ini anak itik Tok We adik buat kat sekolah untuk hadiah hari ibu. Lepas itu dia kata besok adik suruh ayah beli kek pulak untuk emak nanti kita ambil gambar. Patutlah sebelum ini dia ada cakap dekat sekolah adik buat itik Tok We dengan cikgu sebab nanti nak bagi ibu. Terharunya saya sebab itik itu cantik dan di dalamnya ada bunga rampai yang menyebabkan itik itu berbau wangi . Bagus sungguh cikgu sekolahnya mengambil inisiatif bersama dengan murid-murid membuat kraftangan untuk dihadiahkan sempena hari ibu.Bayangkan banyaknya daun pandan yang terpaksa dihiris untuk dimasukkan kedalam itik itu. Jenuhlah juga cikgu dan pembantunya menghiris daun pandan agaknya. Walaupun begitu keletihan saya setelah seharian penat bekerja hilang bila dapat hadiah Itik Tok We yang berwarna kuning ini. Terima kasih Naufal.






2 comments:

  1. Super Duper Sweeet!!
    HappY Mother's Day!!

    ReplyDelete
  2. comel..comel..comel...
    selamat hari ibu!!
    kalau cuani buat anak itik tok wi ni kasi nekjang sempena hari ibu mesti mjang gelak...
    so i belanja die makan cendol je..

    ReplyDelete