Lama rasanya saya tak update blog ini kan,bukan apa server broadband kat rumah tu selalu huru hara. Booring sungguh dibuatnya kalau nak update kat office pula tak kuasalah pulak nak cakap.Ada unsur-unsur favouritisme. PC saya ada masalah sikit,tapi nak minta tolong technician betulkan macam nak minta sedekah pula susah pula nak tolong, tapi bila certain orang minta tolong bukan main lagi tolong sampai benda tak patut ada didalam PC mereka pun boleh adakan. Takpalah nak buat macamana memang dah resmi manusia macam itu kita terima sajelah. Dekat office sekarang sana-sana sibuk pasal peperiksaan PTK(Penilaian tahap Kecekapan). Saya tak ambil pun peperiksaan itu. pernah ambil dapat tahap 3, lepas itu pernah ambil lagi tiga kali bukan lebih baik malah makin teruk . Makanya saya mengambil keputusan tidak akan mengambil peperiksaan itu buat sementara waktu, tahap 3 melayakkan untuk kenaikan pangkat so rasa saya oklah tu. Semalam pula pada perhimpunan hari Pekerja kakitangan Awam Perdana Menteri ada mengumumkan kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih dari lima belas tahun dijawatan hakiki berpeluang untuk naik pangkat. Saya nampaknya terlibat jugalah kerana saya telah berkhidmat selama 17 tahun dijawatan sekarang, syarat-syarat untuk melayakkan kenaikan pangkat itu pun semuanya saya ada. Insyaallah kalau diizinkan dapatlah saya naik pangkat. Semuanya akan berkuatkuasa mulai 1 julai 2009. Kita tengoklah nanti ya, ada rezeki tak kemana. Kalau bukan rezeki kita orang kata yang dah berada didalam mulut kita pun boleh terkeluar.
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
Amin Ya Rabbalalamin!!!
ReplyDelete