Sunday, 3 May 2009

Adengan Yang Jarang Dapat Dilihat


Adengan-adengan seperti diatas mungkin jarang berlaku dirumah orang lain,tapi dirumah kami ia biasa saje. Memandangkan dirumah saya banyak kaum lelaki beginilah keadaan bila waktu malam. Saya memang telah melatih anak-anak lelaki melakukan kerja rumah. Maklumlah anak saya semuanya lelaki kalau tak diajar melakukan kerja-kerja rumah alamat teruklah saya. Gambar diatas tu suami dan anak-anak melipat kain sambil menonton Anugerah Industri Muzik. Anak saya yang kecil itu didalam bilik cik chunya menonton vcd cerita Peter Pan yang baru dibeli di Alamanda. Emaknya mana ya, ha.ha.ha emaknya sedang berbaring-baring didalam bilik sambil membaca majalah yang baru dibeli di MPH Alamanda. Jangan Mare ;-).

3 comments:

  1. baiknye kaum adam di rumah u.. =)

    ReplyDelete
  2. baik-baik belaka pilihan ibu mertua....

    ReplyDelete
  3. I know-know, they miss their PSP!!!

    ReplyDelete