Cuti hari buruh nak tahu kami pergi mana,ha kami pergi kerumah yang tertera gambar diatas. Nak tahu rumah siapa ini, inilah rumah nenek saya Puan Fatimah Binti Rauf. Rumahnya terletak di Jalan Melati Gombak Setia. Dah lama sebenarnya kami tak balik Gombak ini, kami pergi ke Gombak sebab nak tempah baju melayu untuk hari raya nanti. On the way ke Gombak makteh kami Aziyan telefon menanyakan kami sampai di Gombak nanti pukul berapa. Waktu itu kami dah sampai pun di Danau Kota, saya beritahu makteh supaya masak nasi saja kerana saya akan beli lauk .Makteh mencadangkan kepada saya untu membeli lauk pauk di Marvelous Corner. Setelah selesai ukur-mengukur baju di kedai jahit Pg's, kami pun terus ke Marvelous Corner yang berdekatan Stesyen LRT Taman Melati. Bermacam-macam lauk pauk yang kami beli murah pulak tu. Selepas beli Lauk kami terus kerumah nenek.Nenek sangat gembira kerana kami datang kalau tidak sunyi katanya. Makjang kami yang duduk disebelah rumah nenek tiada dirumah kerana pergi ke Johor kalau tidak mesti anak-anak saya akan keluar masuk kerumah Nek Jangnya maklumlah sebelah je dengan rumah nyangnya. Tayar kereta kami pecah masa suami dan anak nak pergi sembahyang Jumaat. Terpaksalah suami pinjam kereta Amirah untuk pergi sembahyang Jumaat. Balik dari sembahyang Jumaat berpeluh-peluhlah suami dan anak-anak menukar tayar kereta. Lepas dah tukar dengan tayar spare Encik Yazid terus pergi ke kedai tayar untuk tukar semua tayar terbanglah dalam RM lapan ratus lebih untu tukar semua tayar itu. Kami pulang dari Gombak dalam pukul 6.30 petang sebelum itu kami singgah ke kubur abah saya untuk tengok kuburnya yang telah kami siap dibina dan sedekahkan alfatihah . Itulah aktiviti kami pada hari Buruh yang lepas.
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
cian encik yazid kena tukar tayar keta..
ReplyDeletehehe.. maaf la ade jerangkap samar pulak kat garaj umah i tu.. hehe