Sunday 17 May 2009

Selamat Hari Guru


Ini adalah hadiah hari guru yang saya sediakan untuk Naufal bawa kesekolah esok. Bukan apa-apa pun sekadar tanda ingatan kepada guru-guru Naufal kerana mengajar Naufal dengan sabar.Bila tanya Naufal siapa nama guru-gurunya, alamatnya nama-nama shortform je keluar awin,min,ida dan ita. So maknya terpaksalah call sekolah tanya nama guru-gurunya yang sebenar, rupanya semua ada 6 orang semuanya iaitu norazwin,soleha,rushdah,siti aminah,zarina dan rosnita . Masalahnya sekarang dia cakap adik tak ada cikgu nama zarina lah emak. Tapi itu nama yang diberi oleh pengetuanya. Lantaklah Labu kalau takda nama zarina bagi jelah kat abang syafiq yang hantar dia balik sekolah itu he he he. Abang syafiq pun ok apa,ajar naufal macam-macam doa. Tapi Naufal cakap abang syafiq tu ustaz rock,sebab semasa menghantar naufal balik dari sekolah dalam van dia suka pasang lagu rock. Sorrylah kalau gambar tak berapa cantik sebab gambar ini diambil menggunakan handphone.

No comments:

Post a Comment