Tuesday 28 April 2009

Cik Ochu Kami


Ini ialah sepupu saya Suhana Bt Hashim dia sekarang tinggal dirumah saya kerana rumah saya berdekatan dengan tempat kerjanya iaitu di Lim Kok Wing Universiti. Sudah hampir setahun dia duduk dirumah saya. Kehadiran ochu nama gelarannya atau cik chu dipanggil oleh anak-anak saya memeriahkan lagi suasana dirumah saya almaklumlah rumah saya kan ramai kaum lelaki so sekarang adalah geng saya nak tengok cerita korea atau desparate housewife. Kami pun sekarang berselera makan kerana ochu ni pemakan orangnya, tengok dia sedap makan kami sekeluarga berselera makan juga. Masalahnya badan dia macam itu juga tapi badan kami yang sesedap rasa(gebu he he). Dia ini rajin melayan kerenah anak-anak saya dan juga merupakan teman bergaduh sinaufal. Selalu juga berebut dengan dengan qudin and abil pasal Portable Play Station(PSP). Sekarang dia tiada dirumah sebab dia pergi bekerja di Lim Kok Wing cawangan Cambodia selama dua minggu . Sekarang dia sebenarnya ada masalah peribadi sikit. Kesian dia gambar yang diatas itu mengambarkan keadaan dia pada waktu sekarang.The Thinking Girl mengambarkan cik chu kita yang terlalu banyak masalah yang harus dihadapinya manakan masalah peribadi ditambah lagi dengan masalah kerja yang menimbun-nimbum.Tetapi tak apa ye ochu anggap ini sebagai cubaan dan dugaan. Insyaallah kak jana sedaya upaya akan membantu apa yang termampu. Ikut je motto kak jana biarlah orang kata kita tak ada wawasan tapi kita ada pendirian. Jangan lupa solat minta pada allah dipermudahkan jalan dalam menghadapi rintangan dan masalah yang menimpa. Allah takkan menguji kita jika dia tak sayang kita. Semua masalah yang kita terima ada hikmahnya.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu.Insyaallah


4 comments:

  1. tak sesuailah gambar cikshu with the cat...hahaha

    ReplyDelete
  2. terharu....speechless! Thanks...Amin!

    ReplyDelete
  3. auww.. sedih pulak baca post ni...
    btw, cikcu, baik je sean lepak kat peha u ye~~
    hehe

    ReplyDelete
  4. tu kucing mainan tu...hahaha

    ReplyDelete