One in a million,saya tahu mesti ramai yang tengok rancangan ini,besok adalah rancangannya yang terakhir untuk musim ini. Berdebar-debarlah pulak siapa yang akan menang ya. Peserta yang terpilih masuk keperingkat akhir ialah Tomok,Esther and Aweera. Kalau tanya saya siapa yang saya nak menang tentulah saya pilih Tomok. Dulu masa anak saya yang sulung Qudin masih kecil dalam umur 8 ke 9 tahun,tak berapa ingat pulak saya dia sangat meminati Tomok. Tomok masa itu bersama dengan kumpulan New Boyz. Saya punyalah marah anak saya kalau dia hendak pasang cassette New Boyz dalam kereta. Jika nak dengar casette hanya dibenarkan dirumah saje yang boleh(mak yang suka gunakan kuasa veto). Macam-macam saya komen lagu New Boyz masa itu lemaulah, sengaulah kalau dah tak suka macam itulah. Tapi sekarang ini dah terbalik maknya pulak yang lebih kalau Tomok menyanyi dekat One In A million tu, punyalah kecoh dibuatnya. Kadang-kadang dah tak larat mata mengantuk tunggu giliran Tomok menyanyi,bila dia kena turn menyanyi last. Macam-macam gaya nak menahan mengantuk dengan cik chu yang lebih kurang samalah juga(nasib tak baik terlelap terus tahu-tahu Tomok dah habis nyanyi). Qudin pula sekarang yang buat tak tahu je kalau Tomok menyanyi . Emaknya menjerit-jeritlah' Udin tomok nyanyi' dia buat dek je he he. Insyaallah saya akan undi Tomok malam esok,kalau dia tak menang pun esok sebenarnya dia telah menang dalam menukar pandangan orang terhadapnya terutama sekali (Syafinaz dan Paul Moss) dari penyanyi lemau ke penyanyi rangup ha.ha.ha . Undi tak boleh banyak-banyak sebab bil telefon encik Yazid yang bayar. So bak kata Awal ashaari and Marion Counter "Let' Vote".
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
mak tomok tealady kat opis chik jaja...mak dia ari2 suh undi tomok...pening mak dia sbb nak kena undi isma gak....pastu mak dia kata penat jumaat nak kena g oiam, sabtu lak nak kena pegi AF...but mak dia kata OIAM lagi best...mak dia baik sgt...buat air pun sedapppp...hahaha
ReplyDeleteweh org atas promote mak ke promote anak???
ReplyDeleteAnyway, Glad to hear that TOMOK is the OIAM!!!