Pada hari Sabtu yang lepas pagi-pagi lagi saya sekeluarga dah bersiap untuk pergi ke sessi photoshot Naufal.Saya dah membuat temujanji dengan Adinang seorang jurugambar professional untuk berjumpa dihadapan masjid Putra di Putrajaya.Adi tiba tepat pada pukul 9.30 pagi,dari situ kami terus bawa adi ke lokasi pengambaran iaitu di taman permainan kanak-kanak berhadapan dengan Putrajaya Covention Centre. Adi adalah seorang yang peramah walaupun ini adalah pertama kali kami berjumpa dengannya tapi rasa macam dah kenal lama.Pada mulanya mood Naufal ok je,senang Adi nak ambil gambar tapi bila cuaca dah mula panas mukanya dah mula merah dan dia pun mulalah buat perangai dengan tak mahu memberi kerjasama . Saya pun dah risau kerana bayarannya bukan murah kalau Naufal bad mood alamat gambar nanti tak cantiklah. Adi akhirnya memberi cadangan agar lokasi pengambaran ditukar ke Alamanda Putrajaya sebab sejuk sikit.Nampaknya cadangan Adi tu memang berkesan mood Naufal memang terus bertukar dari masam ke ceria ditambah lagi saya mengumpannya dengan vcd cerita Tinkerbell . Dari kedai vcd,keatas escalator sampailah keplayground depan Parkson Adi ambil gambar Naufal. Adi memang pandai layan Naufal,naufal pula menjadi terlebih peramah sebab dia selesa daengan Adi. Adi layan je bila Naufal cerita mengenai Princess dan Tinkerbell . Selesai sessi pengambaran kami mengajak Adi minum di Noodle's Station depan Parkson Alamanda tapi Adi taknak makan sebab dia dah janji untuk makan tengahari dengan ayahnya yang datang dari Pahang . Naufal menyampok dia kata kalau kita sayang ibubapa kita kita akan masuk syurga,tercengang Adi dibuatnya itulah anak saya mulut seperti diajar bila bercakap walaupun sebenarnya apa yang terkeluar dari mulutnya adalah secara spontan.Saya dan suami takut juga bila dia bercakap taulah budak-budak bukan kita boleh jangka apa yang keluar dari mulutnya. Semuanya selesai pada pukul 12.30 tengahari dan kami terus pulang kerumah,sampai dirumah semuanya tidur keletihan.Rupa-rupanya bukan senang sessi photoshot ni ya,kena pula ambil gambar kanak-kanak harapan saya hasilnya nanti adalah memuaskan.Adi kata nanti kita boleh tengok hasilnya di adinang.net mulai minggu depan so apalagi jom kita enjoy the picture...
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
astawa azim...naufal beli vcd tinkerbell ka...
ReplyDelete