14/04/2009 Adalah harijadi anak saudara saya yang tersayang Nurul Atikah binti Mohd Rafi yang ke 3 tahun,hari jadinya telah disambut secara sederhana tapi meriah dirumah nenek saudaranya di Shah Alam. Adik-beradik saya tak ramai hanya dua orang sahaja lepas tu saya dikurniakan dengan tigaorang anak lelaki manakala abang saya pula dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan. Oleh itu merekalah inilah harta yang tak ternilai bagi saya.Memandangkan saya tidak ada anak perempuan Nurul Atikah dan adiknya Nurul Azaliah adalah tempat saya melepaskan geram jika saya nampak baju budak perempuan yang cantik-cantik. Selamat Hari Jadi Atikah semoga menjadi anak soleha,mendengar kata ibu dan ayah dan anak yang pandai. Mak jana selalu mendoakan agar anak-anak mak jana ni berjaya dunia dan akhirat.Mak jana ni nampak je garang ,tapi mak jana ni sebenarnya sayang dengan anak-anak saudara mak jana ni he he he tak caya tanya abang udin,abang abil dan abang opal. Atikah ini merupakan kesayangan nenek Asnah sampai Naufal panggil neneknya pun nenek atikah bukan nenek dia ha ha ha. Naufal dan Atikah sangat rapat kalau dah jumpa dimana ada atikah disitulah ada naufal,tengoklah gambar birthday atikah sampai boleh confuse birthday siapa sebenarnya dua-dua sekali tiup lilin comeynya.
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
1 week ago
No comments:
Post a Comment